Monday, March 14

Elemen Etika; Tatahias pakaian dan gaya


Assalamualaikum readers. Maaf, kerana sudah 2 sesi terlepas dari membicarakan tentang Asas Protokol dan etika majlis. Bagaimana? Sudah kah anda membaca dalam post terdahulu? Tidak lupa juga akan elemen penting etika. Bagi yang belum membaca post terdahulu, elok benarlah jika anda luangkan sedikit masa membaca, mengambil pengajaran dari post-post terdahulu agar boleh diadaptasi dalam kehidupan seharian. Hari ini, kita akan masuk pula ke tajuk,
Tatahias pakaian dan gaya


Kepentingan Tatahias.

Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis tersebut. Penampilan seseorang individu dalam sesuatu urusan rasmi sentiasa diiringi dengan dua bentuk imej:-
i)                    Imej organisasi di mana ianya berkhidmat
ii)                   Imej peribadi

a)      Kesesuaian pakaian wanita
-          Elakkan memakai kain berkilat/ berkilau di siang hari
-          Elakkan memakai satu warna sahaja
-          Jangan melebihi empat warna dalam satu masa
-          Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan
-          Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai
-          Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang
-          Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan
-          Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat
-          Rambut hendaklah tersisir rapi
-          Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung
-          Jika memakai tudung, warna mestilah bertentangan dengan warna baju
-          Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang berloceng yang akan membuat bunyi bila anda berjalan
-          Jauhi daripada memakai baju yang banyak ropol ataupun berbunga besar
-          Perhiasan hendaklah minima dan bukan menjolok mata
-          Jangan memakai gelang tangan dan jam di tangan yang sama.

Habis untuk bahagian wanita. Next, kita akan sambung dengan lelaki pula. Moga-moga dapat diadaptasi dalam kehidupan seharian jika ada sebarang jamuan majlis rasmi atau tidak. Sekian :)
 
Mengenai Penulis Entri Ini :
afifaa. juga penulis untuk blog .wilayah afifaa.. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label afifaa.. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah 01012011.

2 comments:

nn said...

hari tu ada buat talk pasal ethics ni. tapi tak dapat pergi cause ada kelas. dapat baca yang ini pun OK lah :)

afifaa. said...

ehheee. mekasih. :)