Thursday, March 10

Drama Sekarang...


Dulu, zaman sekolah, saya memang gila dengan drama Indonesia. Kau cakap je drama apa. Bawang Putih Bawang Merah, Mutiara Hati, Kiamat Sudah Dekat, apa2 saja (heh sikitnya. Tak ingat la labu....) semua aku tau.

Masalah minat pada drama Indonesia ni bertambah kronik selepas saya habis SPM. Tiap2 hari saya bantai tengok Astro Aruna. Even drama kat Astro Aruna adalah original no cut2 segala, tapi tetap kata cerita tu best! Lama2, Mama dan adik2 pun sama terikut suka tengok Astro Aruna.

Paling kitorang suka, drama Aku Bukan Dia. Desta, seorang perempuan menyamar sebagai seorang lelaki sebab nak dekat dengan lelaki pujaan dia. Cerita ni memang kelakar habis even ada merepek2 sikit. Tiap2 malam pukul 10, memang dah terpacak dah depan tv.

Sampai la satu hari tu, Abah nak tengok tv. Tapi, dah rutin harian saya yang suka tengok cerita Indonesia, saya pun merengek-rengek minta nak tengok astro Aruna. (dulu merengek adalah normal kerana masih budak, sekarang merengek memang makan penampar).

Kau tau Abah cakap apa?!!


"Asyik tengok cerita Indon yang takde faedah tu je! Lama2 nanti cakap pun cakap seberang. Silap2 kawen dengan orang Indonesia!"

Pergh! Gila sentap...terus saya masuk bilik, merajuk. Hahahaha. Takde mood nak tengok dah. Nasib baik la Astro ni jenis yang mengulang2 cerita je. So, esok pagi pun boleh tengok.

Bila saya masuk USIM, tau2 je Astro Aruna dah takde. Sedih gila.. Start daripada tu, saya dah tak minat dengan drama Indonesia. Tambah plak masa tu tengah kecoh pasal drama Korea, dan saya plak spesies anti Korea. Jadi tak best la sebab takde member yang kamceng suka tengok cerita Indonesia.

Drama Indonesia sekarang makin pelik2 ceritanya. Yang tahyul, tahyul sangat. Yang sadis, memang lah sadis sangat sampai rasa tak logik je ceritanya. Drama dulu boleh lagi diterima. Sebagai contoh Kiamat Sudah Dekat.

Cerita tu bukan lawak bodoh. Cerita ni ada lawak berisi. Even dia nampak memalukan bila part adegan jahil tu, tapi sebenarnya itulah yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Dan, paling suka bila Daddy Mizwar tanya pada Fandy:

"Kenapa perlu sembahyang?"

"Sebab lapisan ozon semakin menipis hasil kebocoran dari sinaran UV"

"Kenapa nak belajar sembahyang?"

"Sebab ada komet yang bakal melanggar bumi beberapa tahun lagi. Dan masa tu dijangka semua orang akan mati"

(Sila baca dengan dialek Indonesia. Tak kuasa aku nak menulisnya)

Even jawapan dia punya la saintifik dan mengarut, tapi ada kebenarannya. Orang sekarang ni macam sengaja 'menangguhkan kiamat'. Bagi diorang, takkan datang kiamat itu selagi kejahilan tak berleluasa di dunia. Jadi, diorang pun buat la filem pasal sekolah tahfiz, belajar sembahyang sebab takut kiamat. Tapi.. mana keikhlasan mereka?

Nampak sangat otak orang sekarang makin kronik (kamu tau kan otak sapa yang aku maksudkan).

Bukan niat nak merendah-rendahkan drama Indonesia yang semakin berleluasa masuk ke dalam negara kita sekarang ni, tapi cuba mengajak anda berfikir, apa rasionalnya drama tahyul, pelik2 itu kita tonton? Walaupun hanya untuk hiburan semata-mata, tetapi sedikit demi sedikit ia tetap akan mempengaruhi pemikiran kita yang semakin senang untuk bertoleransi dengan perkara2 sebegitu.

Jadi anda sendiri mampu menilai drama mana yang terbaik untuk dijadikan hiburan.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Dya Adriza juga penulis untuk blog Dear Dinda Dya. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label NAMA ANDA. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Fenomena 2.

4 comments:

anyss said...

AsSalamualaikum,
Sangat bernas duhai adinda Adriza...
Betul sangat2. Buat apalah segala jenis hantu, toyol, hal2 kurafat dan pesongkan akidah kita ternak kat tv ka...konon2nya nak bagi pengajaran. Betul ke?

Apa yang nampak, pemikiran kita semakin MENERIMA benda2 macam tu pulak lagi ada...


“Cara Orang Bujang Ngelat Cukai”

“Ngelat Cukai? Pusat Khidmat Pelanggan LZS no 1”

nn said...

macam-macam drama indo ni. kengkadang nak bagi pengajaran tapi mengarut. sebenarnya memang ada kot yang fikir macam tu. tapi tak elok kalau budak-budak tengok. cepat terpengaruh. huhu

tak layan drama indo tapi abah and adik suka tengok. hehe

koshary said...

drama indon tak tengok sangat, cuma tengok movie hasil karya habiburrahman macam ayat ayat cinta tu je. Lagi-lagi bila konflik #malaysiacheatlaser masa aff suzuki cup dulu, lagilah jiwa ni tiba tiba anti indon, padahal serumpun, okey dah sedar. =D

apa pun, tak salah kita mula sokong drama melayu balik, aku tertarik dengan konsep nur kasih, adamaya pun boleh diterima jugak, bagi aku lelaki konon macho.

cuma drama indon yang tak boleh diterima, bila dia buat lagu suspen, lepas tu camera focus dekat muka pelakon. terguling aku dibuatnya!

shandye. said...

drama indon paling best stakat ni yg berjaya ditonton sampai habis hanyalah kut'lah jatuh cinta. maybe sbb ada si agnes kasi darah hidung tu blakon kot. hahaha... mebbe...