Tuesday, March 22

doa yang baik2 saja

Assalamualaikum. Uwah dah agak lama aku x merapek meraban kat sini. yes sangat lama. mari dengar cerita dari aku.

seperti yang semua orang tahu, tsunami dan gempa bumi melanda jepun. dah seminggu berlalu dan kini semua ngah berhadapan ngan nuklear power plant kat fukushima lak. 

sejak daripada hari pertama, aku kat sini tak putus2 tengok tv, dengar berita untuk tahu perkembangan semasa. sampai dah naik  pening dah. bayangkanlah kalau 4,5 hari korang bukak tv tengok berita nonstop. tutup bila nak tidur je. bangun2 terus terjah remote bukak berita, agak biol la jugak. tambah lak ngan bahasa asing. bukan semua aku faham nak hadam perkataan saintifik lagi.

lagi 6 hari flight aku. tak sabar nak balik malaysia, tapi dalam masa yang sama sayu nak tinggalkan jepun ni. aku duk 4tahun kat sini, tengok macam mana dorg kat sini, siyesly rasa sangat sayu bila jadik mcm ni. 

walaupun mula2 fam dah desak suh balik awal, aku bukan taknak balik tapi tergamak ke aku ni nak tinggal kouhai2 aku kat sini. so aku bertahan sampai ke tarikh flight aku 26hb ni.

dengan berita yang kadang2 xtahu dah yang mana betul yang mana salah. memang berserah kepada Allah sahaja. kawan aku pernah tanya, "cmne kalau otw pergi ke epot nanti ada gempa bumi pastu ko lambat smpai xleyh naik flight"?

mula2 aku terkedu la jugak. sebab gempa bumi memang berlaku almost every day kot. yang berskala rendah. cuma bukan kat tempat aku la. tapi aku jawab la, kalau itu dah ketetapan Allah nak buat mcm mane kan. aku fikir kalau dah tanah kubur aku kat bumi jepun ni, nak buat mcm mane kan.

bukannye nak kata kita x payah berusaha, tgu je macam tu takdir Ilahi. sama macam the japanese. mereka semua ngah berusaha nak setelkan masalah tu. xkan la dorg  nak biar cmtu je kan. so marilah sama2 kita berdoa supaya segala2nya kembali pulih. walaupun xkena kat kita, tapi mereka pun hamba Allah jugak kan.

aku xtahu apa yang aku merepek haha. sebab otak dah biol. pening. macam2 hal nak setel lagi ni. siapa nak tahu sedikit cerita dari awal boleh jenguk my blog. n a little update direct from my twitter. awal2 dulu setiap minit dan ketika aku update . tgk news je kalo ade pape terus update kt twitter. sebab tu je cara y cepat nk bg org tahu kalo ade pape. n sgt2 membantu my fren y ngah kt kws sekitar y xde letrik, ngah on the road contohnya, kalau ade gempa senang dorg tahu.

ok xtahu cmne nk abeskan. lets pray for japan. gambare nippon!

Mengenai Penulis Entri Ini :
Ckynwan juga penulis untuk blog celoteh ckynwan. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Ckynwan. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Contohi Akan Dan Budi Mereka.

No comments: