Wednesday, March 30

Dari Mataku : Apa Yang Tak Patut Ada Dalam Akademi Fantasia Musim Ke9


Semua dah tahu kot yang Akademi Fantasia ke9 akan membuka tirainya pada 2 April ini.. Jadi ramai yang dah menanti dan bermula jugaklah demam AF sekarang ni~ Tapi aku ni bukanlah peminta tegar AF woo.. Walaubagaimanapun, terdapat jugak beberapa perkara yang aku tak berkenan dengan Akademi Fantasia ni..
Ini antara benda yang aku tak suka tengok dalam AF dan aku rasa ramai jugak yang tak gemarkan nya..
  1. Aksi gedik depan kamera.. Ini selalu berlaku pada pelajar perempuan saban tahun..
  2. Isu berpacaran.. Kalau yang sudah berpunya tu, sakit jiwa je pakwe/makwe/tunang dia tahan rasa tengok dalam diari..
  3. Tangisan kerinduan.. Ya ya ya, memang tak dapan nak dinafikan lah kita akan rindu kat family tapi tak kan baru seminggu dah nak menangis bagai? Huhh.. Ade yang rindu kucing lagi tak logik! Tak kan tak pernah duduk asrama masa kat sekolah/universiti kot..
  4. Lagu bahasa Inggeris.. Yang ini pun jadi masalah jugak buat yang tak pernah nyanyi lagu orang putih.. Tu lah, kalau nak jadi artis kenalah bersedia.. Last last boleh je dia bawa.. Ermmmm..
  5. Saat tersingkir.. Berpelukan! Haish.. Tolonglah lelaki dan perempuan tak perlulah kot.. Babak babak menangis pun harus di kurangkan..
*Cukuplah 5 kot.. Kang kena hentam balik, naya woo.. Hahaha.. Pendapat je pun..

Senarai pelajar AF9 [KLiK SiNi]
Senarai Tenaga Pengajar [KLiK SiNi]
Pengetua? [KLiK SiNi]

Mengenai Penulis Entri Ini :
d_tieah juga penulis untuk blog d_hatie. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label d_tieah. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kak Limah And The Geng Berfacebook Pulak Dah...

2 comments:

chenta said...

tak layan AF!hahahha

zahidah dihaz said...

tak pernah layan AF..heheheeh


New Entry: Pemandu Lelaki lebih ramai terlibat dalam kemalangan