Monday, March 14

Curi Masa Kerana Ia Tetap 24 Jam

Saya tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya hari ini. Tetapi beberapa kelas batal hari ini dan saya punya sedikit masa dan ruang untuk menyelesaikan beberapa kerja yang masih tertangguh. Apabila terlalu sibuk kita akan belajar lebih menghargai masa.


Kadangkala saya terfikir, betapa bagusnya jika, walaupun saya kurang tidur, saya masih boleh cergas. Ada waktunya saya terasa tidur itu telah mengambil masa saya daripada kerja-kerja yang mesti saya habiskan. Masa tetap tidak akan bertambah dan ia akan kekal 24 jam seperti itu jua.

Kita, dalam sedar, banyak membuang masa sebenarnya, hingga kita disesakkan oleh kesibukan, baru kita tahu sesaat yang berlalu bukan sesuatu yang murah untuk dilepaskan. Ya, kita selalu dalam kerugian.

Saya mampu mencuri sedikit masa menulis entri ini. Entri mesti tulis setiap hari isnin mesti saya tulis juga. Curi masa tiada salah apa-apa. Cuma saya tidak pasti sejauh mana mampu bertahan untuk menghabiskan tahun yang mencabar ini. 

Mengenai Penulis Entri Ini :
Fyzal juga penulis untuk blog Fyzal's Territory Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fyzal.

No comments: