Monday, March 7

Cinta Kadangkala Berhenti Begitu Sahaja


"Polan bin Polan" (bukan nama sebenar) is now single.
Kenalan aku tiba-tiba sahaja menukar status perhubungannya, di Facebook.
Kawan-kawan rapat mula bertanya, dengan begitu banyak persoalan di minda.
Dan aku pula, cuma mampu melihat, dari luar sahaja.

Senyap. Sunyi sepi.
Tiada jawapan yang diberi olehnya.
Dan persoalan kini, cuma tinggal kata-kata semata-mata.


Secara jujurnya, aku terkejut.
Aku baru sahaja berjumpa dengannya dan kekasih hati, beberapa minggu sebelum itu.
Apa yang kulihat, mereka sungguh ceria dan gembira.
Bergurau senda tanpa pedulikan orang lain di sekeliling mereka.
Tiada tanda berlakunya pergaduhan.
Tiada tanda berlakunya kisah duka lara.
Tiada tanda berlakunya perhubungan yang sarat dengan caci maki dan mencerca.
Dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa perpisahan adalah langkah seterusnya. Tapi, secara tiba-tiba, mereka berpisah. Tiada tanda dan tanpa berita.

Begitulah kehidupan apabila bercinta. Kadangkala, kegembiraan itu cuma seketika.
Dan kadangkala, cinta itu berhenti begitu sahaja.
Ramalan sebelumnya tidak benar dan tipu belaka.
Pada mulanya gembira, dan apabila semuanya tidak berjalan lancar, semuanya bertukar sedih dan duka.
Pada mulanya penuh dengan keasyikan dunia, dan bila perasaan itu beransur surut, apa yang tinggal cuma diri yang kecewa.
Benar kata pujangga, "Untuk mencapai kegembiraan adalah sangat mudah, tapi untuk mengekalkannya tidak semudah seperti yang disangka."

Berbalik semula kepada cerita kawan aku tadi.
Secara jujurnya, aku fikirkan bahawa keputusan itu dibuat tergesa-gesa.
Kenapa mereka berpisah?
Apa yang telah terjadi? Apa yang telah berlaku, sebenarnya?
Dan ini hanyalah spekulasi aku sebagai orang ketiga, pemerhati bebas tanpa motif dan apa-apa agenda.
Mereka berpisah bukan disebabkan pergaduhan dan maki cerca.
Walaupun mereka bergaduh, tidaklah sampai sehingga untuk berpisah.
Mana-mana pasangan pun tetap akan bergaduh dan berduka.
Tidak kiralah perkara besar atau sekecil mana.
Bukan begitu, anda semua?

Kesimpulannya di sini, bagi aku, secara jujurnya, perkataan misteri memang tidak dapat dipisahkan dengan istilah cinta. Kerana tiada definisi, yang tepat, untuk cinta. Dan tiada makna, yang tepat, dapat diungkaikan daripada perkataan cinta. Dan dalam situasi ini, cinta bukan segala-galanya. Ada faktor lain yang perlu diambil kira sebelum memberi komitmen sepenuhnya terhadap cinta. Dan mungkin atas sebab faktor-faktor itulah, perhubungan cinta yang dicapai sekian lama, berhenti begitu sahaja.


Mengenai Penulis Entri Ini :
syaftome juga penulis untuk blog Tour of My Existence. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label syaftome. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Lesson #26 ~ Always Backup.

11 comments:

Fina Sophie said...

nice elaboration. ;)

fatin zulkifli said...

erm, mungkin lebih tepat depan orang berpura bahagia, tapi dalam hati mereka sahaja yang tahu?

syaftome said...

Thank you...
i appreciated it very much...

syaftome said...

fatin zulkifli : tidak mungkin kita dapat mengenali hati orang laen...
lgpun...rambut sama hitam...
tapi hati lain-lain...

Cik Aien said...

cinta untuk manusia tidak kekal..
cinta untuk Allah selama-lamanya..

KeCiK said...

Pergh, dah level Yusof Haslam ni brader. Pewit. Life is vast, explore lagi mesti jumpa lagi kool.

If you seek for the right definition about this thing call 'cinta' I guess kak humbleyat posted something clear about it. That one gua rasa simple and understandable.

cinta sejati itu bukan pada manusia

syaftome said...

Cik Aien: well said...

syaftome said...

KeCiK: bro...aku nie xde lah smpi tahap yusof haslam...tue dh t'lebih sngt tue...haha...
but thanks though...

but its true...
cinta sejati bukan pada insan yang bergelar manusia...

Aida Ismail said...

ada orang cakap, sebab takde berkat dari Allah, sesuatu hubungan tu putus. Mungkin Allah nak pelihara dia dari terus melakukan dosa.

Syaftome, be a great Dr.Love laaa =P this entry is superb. hehe

Dosa jangan di(+), iman jangan di(-)

syaftome said...

Aida Ismail: ada kebenarannya di situ...dan keberkatan ibu bapa juga penting...

and thanks for the compliment...
but the thing is...
love and relationship is not my thing...really...
this is something i wrote...from my point of view...

nn said...

diri sendiri sahaja tahu perasaan. tapi kadang-kadang, diri sendiri pun keliru dengan perasaan. semua ni misteri.