Friday, March 25

cinta atau buta?


haha...tajuk...takleh blah betol kan...sape yang selalu bace entry aku kat sini, korang jangan terkejut kalu budak mentah ni tetibe nak cakap isu cintan cintun...selalunya cakap pasal plan pe aku nak buat sepanjang minggu, pastu psl apa yang telah aku jalani dan alami...tp kali ni? CINTA? wow...hihihi

sape yang tak pernah jatuh cinta? tak 2,3 kali, kompem pernah merasa kan betapa indahnya cinta...terbang lalalala je rasa, sebab tu lah ada pepatah mandi tak basah, makan tak kenyang, tido tak lena...sume sebab gara2 tak terasa setiap saat yang berlalu, indah sungguh cinta itu...



kata orang, cinta pertama adalah cinta yang tak mungkin dilupa dengan mudah...adehla wei...kalu cinta pertama tu bertahan, manis la gamaknya...kalu kecundang di tengah jalan, humang aih...tobat takmo hengat dah cinta pertama...pedih sedih!!

nak tau fakta cinta dari aku? terimalah...

1. jatuh cinta tak salah, tp akan jatuh hukum salah kalu salah bercinta

2. bercintalah selagi anda punya cinta

3. jangan carik cinta kerana cinta yang dicari akan pergi

4. cintailah dia yang mencintai kita

5. cinta tak semestinya memiliki, cinta adalah kebahagiaan apabila melihat dia yang kita cintai bahagia

6. cinta tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela

7. cinta sejati tidak memerlukan alasan kenapa anda bercinta

8. cinta adalah tentang menerima dia seadanya, bukan mengubah dia menjadi sesuatu yang kita ingini

9. cinta beri kekuatan bukan melemahkan

10. kerana cinta kita ada dan kerana cinta jugalah kita kembali

korang nak percaya ke taknak percaya ke ttg fakta yang aku tulis ni, terserahlah...jangan sesuke ati cedok akunye fakta ni without my permission tau tau tau...huh...walaupun aku tak diiktiraf sebagai seorang pemberi fakta, tp aku totap jugak nak demand2 kat sini...hakhakhak...jangan marah ye...

notakaki : tiap2 ari aku jatuh cinta dengan orang yang sama


Mengenai Penulis Entri Ini :
therosputih juga penulis untuk blog therosputih. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap hari Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label therosputih. Jom join GA terbaru dari aku, senang saje, klik GA komen dan menang, sehingga 30.03.11.

8 comments:

ennamaiya said...

nk curik..nk smpan wt kenangan..buleh eh??

therosputih said...

ennamaiya
anda ditangkap kerana mencuri...ameklah...wat kenang2an...

JHaZKiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, ziarahlah blog hamba (AKU SEBUTIR PASIR) kalau nak baca pengalaman hamba travelling ke 45 buah negara.. :)

therosputih said...

jhazkitaro
salam kenal juga...insyaallah akan dijengah blog tuan hamba...hehehe

chenta said...

cinta itu indah andai ia membahagiakan..tapi cinta akan jadi pembunuh bila ia dikecewakan...

therosputih said...

chenta
ciinta atau chenta? hehehe

chenta said...

cinta ye..

cik chenta baik ati..hahahah! :P

therosputih said...

chenta
hehehehe...layankan aje...zassss