Tuesday, March 29

Cerita tentang Perpisahan Abadi..

Assalam...
Lewat waktu ini, aku masih terfikir…perihal seorang sahabat rapat aku. Ingin aku kongsikan dengan kalian. Serius, saat ini aku risau padanya (sahabatku). Saat mendapat khabar insan kesayangannya meninggal dunia, aku berulang kali beristigfar. Sungguh besar kekuasaan Allah sedangkan baru kelmarin mereka ber”skype”,saling bertanya khabar. Enam tahun mereka menjalinkan perhubungan cinta atas nama Allah, akhirnya si lelaki itu memberikan sahabatku perpisahan abadi. Pada mulanya lelaki itu terpaksa berpisah dengan sahabatku kerana menurut perintah keluarganya. Akhirnya lelaki itu berkahwin dengan gadis pilihan keluarganya tetapi ingatannya,cintanya hanya pada sahabatku. Rumah tangga yang dibina bagaikan tiada seri. Berulang kali lelaki itu cuba menghubungi sahabatku. Dan kelmarin, setelah 2minggu usia perkahwinan lelaki itu dengan gadis pilihan keluarga, entah mengapa sahabatku bersetuju untuk ber “skype” dengan lelaki pujaannya itu. Lelaki itu berulang kali mengucapkan rasa sayangnya pada sahabat aku. Tetapi sahabatku, hanya diam membisu. Padanya lelaki itu sudah menjadi milik orang lain. Dan dia telah meletakkan jurang diantara mereka.
Walaupun lelaki itu menuduhnya bukan-bukan tetapi dia hanya membisu. Hatinya hancur luluh tiada terkata. Dan hari ini…sahabatku sempat bercerita mengenai lelaki itu padaku petang tadi. Sungguh,dia sayangkan lelaki itu. Selepas Maghrib tadi…sahabat aku memberitahu aku bahawa lelaki itu sudah tiada. Teresak-esak dia menangis. Ya Allah..aku terkelu. Bagaikan tidak percaya. Lelaki itu meninggal dunia akibat kemalangan dengan sebuah kereta. Tetapi kecederaan yang dialami tidak seteruk mana. Hanya luka-luka biasa. Mungkin dalamannya lebih parah. Mungkin dia sudah tiada kemahuan untuk terus hidup. Tetapi..harusnya kita percaya bahawa Allah yang menentukan segalanya. Sahabatku amat sedih menerima berita kematian ini. Dia amat terkilan kerana tidak dapat meluahkan rasa rindu dan sayangnya pada lelaki itu. Katanya, separuh jiwanya telah pergi. Aku turut bersimpati. Enam tahun perhubungan mereka diakhiri dengan perpisahan abadi. Disini, kita dapat melihat begitu besar kekuasaan Allah. Sekelip mata dia mengambil nyawa hambanya. Kita yang masih hidup..janganlah mempersia-siakan hidup kita dengan segala perkara yang dilarangNYA.
Duhai sahabatku…kuatlah..kuatkan dirimu..aku tahu kau tersenyum kerana tidak mahu membuat aku risau…tetapi dalam masa yang sama kau menanggung kesedihan yang amat atas pemergian sidia… Aku hanya mampu berdoa untukmu sahabat..agar kau terus kuat..kerana yakinlah setiap ketentuan Allah ada hikmahnya. Mungkin suatu hari nanti, kau akan menerima kebahagiaan yang kau cari. Janganlah bersedih..kerana aku ada denganmu. Dan pada arwah,aku mendoakan agar dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…amiin….

Mengenai Penulis Entri Ini :
GadisMerahJambu juga penulis untuk blog Ceritera Gadis Merah Jambu. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Gadis Merah Jambu. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kisah Aku,Dia dan Impian (Part 6).

1 comment:

fee_qah said...

huhuhu sedih teramat sgt bc citer ni..6thn bkn tempoh msa yg lma..moga Allah berikn dia kekuatan..