Monday, March 28

Cepat je buat tanggapan salah ye.


Assalamualaikum warga-warga 100 penulis dan readers sekalian. Semoga sentiasa sihat :)

Manusia sering buat tanggapan yang salah. Cepat je hentam seseorang. Ambik contoh ni la, bila melihat seseorang perempuan tu tengah kusyuk online di waktu solat, terus tanpa ragu-ragu berkata; 'eh dia ni asyik online je. Time maghrib pn online. Time asar pn online. 24 Jam online! Tak smayang ke?' Wahh. Lantang berkata-kata. Walhal. Ketika itu, si dia sedang mengangkat bendera merah. Err, means, tak boleh smayang la. Tengok, senang-senang je korang mengutuk dia kan. Mana tahu kan, kot-kot kalau dia boleh solat pn, stop kejap online lepas tu solat, lepas tu sambung online balik. Korang bukannya nampak pn kan? Tak baik buruk sangka. Haishh.



Kedua, bila sang teruna merangkap kawan sekerja atau kawan sekelas layan korang dengan baik, sesedap rasa je terus cakap; 'eh, mamat tu minat kat aku la. Tengok, dia selalu je layan aku baik.'
Gulpp! Lepas tu mula la, buat gosip liar. Yang menjadi mangsa siapa? Siapa? Sang teruna yang mendengar terkejut macam batu sebesar seekor gajah jatuh atas kepala. Kesian. Dah memang cara dia layan dengan semua orang baik, nak buat macam mana? Isk isk isk. 

Haii manusia, manusia.

Err. Setakat ini sahaja dulu. Idea tak muncul-muncul. Hee. Sekian!


Mengenai Penulis Entri Ini :
afifaa. juga penulis untuk blog .wilayah afifaa.. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label afifaa.. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah 01012011.

5 comments:

nn said...

that's why kita kena sentiasa bersangka baik!

g0m0k9enDek said...

eer... sila jangan perasaaaaan membabi buta.. bersangka baik itu perlu! heh!

afifaa. said...

nn; yess. tak baik salah sangka kan?

gomol9enDek; errrrr. unik nama. Hehe. Sila jangan perasan membabi buta :)

chenta said...

paling menyampah hal ni! sekarang tengah berlaku dalam hidup sy..benci sungguh!

afifaa. said...

chenta; Huuuuhuuu. Sabar okey :)