Thursday, March 3

Bila Manusia dan Jin Berkongsi Habitat...

Pukul 11 pagi.

Pulang awal dari kelas memandangkan tiada lecturer. Menyusup masuk ke kawasan asrama dengan mengikut pintu rahsia. Maklumlah peraturan di IPG seperti di sekolah, pintu pagar asrama akan dikunci sepanjang sesi pembelajaran.

Pulang ke bilik menahan penat. Sedang asyik berbaring melepaskan penat, tiba2...

"Tang! Tang! Tang!"

Dan terus saya bangun dan terkedu. Muka pucat tak perlu ceritalah. Manakan tidak, sapa pula yang menendang bawah katil saya ni? Sedangkan tiada siapa di bilik ini melainkan saya seorang?..

Perlahan-lahan saya turun dari katil dengan langkah yang takut2......

Saya kuatkan semangat untuk melihat makhluk apakah yang berani mengganggu ketenteraman saya sebentar tadi. Beg yang penuh dibawah katil saya tarik keluar cepat2.

Spontan pandangan saya tertangkap pada satu cahaya putih yang melintas di depan mata lalu menghilang. Saya pasti yang saya nampak itu bukan sebarang bayangan, sebab bilik saya dalam keadaan gelap, langsir bertutup.

Tiba2 pintu bilik cuba dibuka dari luar. Terus saya tunduk melihat bawah pintu. Dan saya nampak sepasang kaki yang mencecah lantai bilik. Terus saya buka pintu. Alhamdulillah, roomate saya.

Saya ceritakan apa yang terjadi kepada dia. Dan, tak sangka.. dia pun buka cerita juga..

"Pagi tadi, masa kau tengah mandi, tengah azan subuh. Tiba2 aku dengar bunyi 'psst...psst..' Aku buat bodoh je. Tapi bunyi tu makin dekat. Terus aku bangun pergi mandi"

Ah! Apakah yang melanda kami ni? Saya hampir bingung campur terkejut dengan apa yang terjadi. Nak kata hantu, mana ada siang2 begini. Sampailah roomate cakap..

"Yan. Kita hidup dalam dunia ni bukan untuk kita saja. Tapi kita kena berkongsi dengan makhluk lain yang kita tak boleh nampak. So, tak mustahil dalam bilik ni kita duduk dengan makhluk2 tu juga. Chill k!"

Termenung sebentar dengan kata2 roomate. Yup. Dunia ini adalah sebuah perkongsian. Tidak perlu takut kepada mereka, kerana mereka makhluk Allah juga, tambahan lagi darjat mereka tidak setaraf kita sebagai manusia.

Tapi, saya musykil. Kot ye pun berkongsi, yang pergi tendang katil aku ni apa jadahnya?!!!!


Mengenai Penulis Entri Ini :
Dya Adriza juga penulis untuk blog Dear Dinda Dya. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label dya adriza. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Istimewa Buat Mama Abah.



11 comments:

Zulkifly Omar said...

eeiii takot.. jaga2.. mahluk tu reti kot baca blog juga.. hahaha

nn said...

dia nak berkawan kot? dulu masa duduk hostel ada senior pernah kena kacau juga. benda tu siap bagi dia ros hitam. tapi kena lah tolak. kena ingat, sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. huhu

g0m0k9enDek said...

ooo... seram lah plak.. nasib baik masa zaman duk kolej kediaman x kena cam nih... hati2 k...

anyss said...

AsSalamualaikum,
Sesiapa pernah dok asrama akan alami cerita ceriti macam ni...masa tu memanglah gigil, dah lepas belajar, jadi kenangan indah pula


“Ngendap SI Ensem Walkwagon Merah”

“Gila Menunggu Hikayat Merong Mahawangsa”

Aida Ismail said...

pengalaman kena tindih pun dah kena. mintak jauh la kalau diganggu macam ni. huhu

KeCiK said...

Pergh. Terus teringat kat cerita child-killing clown, It by Stephen King. Badut makan budak.

r.k said...

better way is ignores .

dulu masa ghua kat asrama mula-mula dia kacau ,bleh tahan banyak kali .. lepas ghua ignore , dia stat buat baik .. ghua satu bilik 3 orang , tapi dua orang lagi selalunya tidur bilik kengkawan , maka ghua hari-hari tido sorang , kadang-kadang 'berteman' , oklah .. tak lah sorang-sorang lagi . kadang-kadang tolong kejut subuh lagi . tapi jangan dilayan .. ignore je . takut-takut nanti dia dan kita ber'satu' .. Ah , Sudah !

zahidah dihaz said...

agak seram juga...huhuhuhuhu


New Entry: Selamat berhujung minggu

Siti Nurhayati Dollah said...

:) Assalamualaikum..

Jin pun makluk Allah juga. Dia nak mengusik-usik manja je tu.

Fina Sophie said...

biasa kalo alami bnda2 mcm ni, satu je jwpn, 'dia' just nak usik2 je tu.. kehkeh :)

chenta said...

sepanjang duduk asrama, tak pernah kene lagi..alhamdulillah...