Tuesday, March 1

Bergurau Senda Tanpa Menyakitkan Hati..


Bergurau adalah cara menambahkan kemesraan. Tanpa gurau senda, hubungan sesama kita akan menjadi dingin dan hambar. Dalam erti kata yang lain, tanpa gurau senda tiada senyuman yang terukir dan keriangan yang wujud.
Contohnya dalam rumah tangga,si suami yang selalu bergurau dengan isteri dan anak2nya mampu melahirkan suasana rumahtangga yang harmoni lagi bahagia. Begitulah juga apabila seorang pegawai/majikan disesebuah syarikat sekali sekala bergurau senda dengan orang bawahannya sekaligus dapat memupuk keseronokan dalam bekerja tanpa rasa stress.
Tetapi, bergurau senda haruslah berpada-pada. Jangan sampai menyakiti orang lain terutamanya orang2 tersayang. Ramai orang yang bergaduh kerana berpunca daripada gurauan. Perlulah diingat ada ketikanya apabila perasaan seseorang tersentuh maka gurauan menjadi sebab untuk bermusuh.


 Jadi, disini ada beberapa perkara harus diambil perhatian ketika bergurau senda :
1. Elakkan bergurau dengan menggunakan kata2 yang menghina. Contohnya menghina ibu bapanya,adik2nya, isteri atau suaminya dan sebagainya.

2. Elakkan bergurau dengan isteri pasal poligami (kalau dah yang beristerilah..), kerana ada isteri yang tak kisah tapi ada juga isteri yang sensitif, nanti tak pasal2 kena mangkuk terbang.hihihi..

3. Elakkan bergurau tentang masalah agama seperti isu akidah. Contohnya “Weh!!perangai ko cam si kafir!!” Sah-sah kata macam ni cukup menghiris perasaan seseorang.

4. Elakkan bergurau menggunakan gelaran yang tidak baik. Contohnya kita bergurau memanggil namanya dengan gelaran MAMAT HITAM, MINAH KONTOT, ABU BUNCIT, ALI BOTAK dan sebagainya yang tidak disenangi oleh orang yang disapa itu. Gelaran-gelaran seperti ini dapat membuka pintu kemarahan dalam diri seseorang.

5. Elakkan bergurau disertai perbuatan ganas.

6. Hindarkan juga bergurau dengan menggunakan kata-kata lucah. Ia dapat memalukan seseorang itu.

7. Elakkan bergurau yang boleh menimbulkan salah faham kepada orang lain..

Ok…ini sahaja perkongsian saya untuk kali ini…Renung-renungkan dan selamat beramal.

Mengenai Penulis Entri Ini :
GadisMerahJambu juga penulis untuk blog Ceritera Gadis Merah Jambu. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Gadis Merah Jambu. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah KISAH AKU,DIA DAN IMPIAN (Part 2).

5 comments:

Aida Ismail said...

yang pertama tu memang sensitif habis. never never joke around about my family. and yang lain pun betul jugak.

bergurau biar bertempat. tapi mungkin ada kala kita sendiri yang tak sedar yang kita bergurau dengan kawan kita dan ada pulak kita guriskan hati dia. elok juga kita lebih berhati-hati sebelum menuturkan kata-kata =D

zahidah dihaz said...

setuju...bergurau biar bertempat...


New Entry: Termakan ulat? Yurk!

chenta said...

betul tu..tp ada je org yg jenis tak reti nk jaga ati kwnkan..gurau ikut suka je..bila kwn tu kck ati, dia mrh kwn tu plak..pastu kuar la ayat..

"tak blh gurau dok surau la.."

anyss said...

AsSalamualaikum,
Tak suka dengan orang suka bergurau lucah2, kuat-kuat suh satu dunia dengar padahal kita rasan nak nyorok bawah meja malu orang dok pandang


“Ngendap SI Ensem Walkwagon Merah”

“Gila Menunggu Hikayat Merong Mahawangsa”

Fina Sophie said...

setuju ngan chenta. lain org, lain ssensitiviti dia. ada bnda dia tak bleh nak terima sbgai gurauan. gurau2 pun mestila kena tgok org jugak kan. pndang kiri kanan. bila dah sktkan hti org, bleh pula ckp 'ala gurau sikit pun tak bleh' like wth (- -")