Thursday, March 24

Bahagiakan Ibu bapa anda


“Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Barangsiapa ketika paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan semua pintu syurga. Sebaliknya jika ketika pagi lagi sudah menyakiti hati ibu bapa. Nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka."

***

Ingatlah, untuk terus kekal berjaya dunia dan akhirat yang kita perlukan hanyalah berkat dari ke dua ibu bapa kita. Tak susah mana pun nak jaga hati mereka. Doakan mereka, taat pada mereka, dan sentiasa lah memelihara percakapan dan pergaulan terhadap mereka. Cukup bahagia kalau dapat dengar suara mereka, gelak tawa mereka dan lagi indah jika kita dapat buat mereka tersenyum. 

p/s: Jauh bukan alasan tak dapat nak bahagiakan ibu bapa. Telefon kan ada =) Give them a call, that could make them smiling all day long. Trust me. I did it!


Mengenai Penulis Entri Ini :
Aida Ismail juga penulis untuk blog On Stage. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "Learn English with trust".

4 comments:

risa said...

tak sempat bahagiakan ayah!!! uwaaaaaaaaaaaa

cHeQgu sQema said...

yup, bahagiakan ibu bapa! selagi masih ada, kebahagiaan saya adalah melihat senyuman ibu~ heh~

Aida Ismail said...

@risa

inshaAllah, doa kan ada. inshaAllah. itu boleh bahagiakan =)

Aida Ismail said...

@cheqgu schema

inshaAllah. sama sama buat ibu ayah kita tersenyum dan bahagia =)