Friday, March 11

"apa anda akan buat?"


Hari ini kita akan cuba dapatkan sebanyak mungkin reaksi, (kena jujur!) kepada situasi tertentu yang selalu kita hadapi tetapi jarang kita tanya orang lain, sebab situasi ini berlaku semasa kita berseorangan, tanpa kehadiran orang lain dan semestinya tanpa jelingan mereka, maka tindakan kita hanya akan dilaksanakan pada rasional pemikiran kita sahaja, berdasarkan keadaan yang sedang kita hadapi. Aku akan bagi beberapa contoh situasi yang pernah aku hadapi tetapi telah ditokok tambah, dan juga reaksi yang aku telah buat tapi aku tak akan mengaku itu yang aku buat sebab ia akan membuat aku tersipu malu tapi pada dasarnya aku tak boleh tipu yang itu sebenarnya apa yang berlaku. Ya, ayat yang memeningkan supaya anda tak faham dan aku tak berdosa menipu.

Situasi satu.

Anda terpaksa menggunakan tandas awam kerana malam semalam anda telah makan nasi biryani di empat majlis kenduri kahwin, dan anda pasti salah satunya menyediakan kuah yang agak melekit tetapi anda lantak juga atas dasar tidak mahu dilabel tidak menghormati tuan rumah. Akibatnya, anda perlu ke tandas setiap 17 minit tetapi terpaksa juga keluar rumah untuk bertemu sahabat sekolah lama, yang akan pergi berhijrah dan berkerja di Macedonia selama dua tahun.


Semasa anda sudah selesai salah satu sesi rutin 17 minit anda di sebuah tandas awam yang agak bersih di sebuah stesen komuter yang agak terpencil dari bandar, tatkala anda mencapai seluar anda, telefon bimbit iphone 4 anda, atau samsung galaxy S anda, atau blackberry torch anda, atau nokia 3310 sekalipun, terjatuh ke lantai dan melantun, "plup" masuk ke lubang tandas. Menyesal tak pilih tandas duduk.

"mak aih baru beli ni, payment bulan bulan tak habis bayar lagi" 7 saat telah berlalu. "apa aku nak buat ni?!" peluh mula menitik dari dahi, 10 saat telah berlalu. "sempat lagi ni, kurang kurang aku usahakan sesuatu!"

Adakah anda akan menyelup tangan anda ke dalam lubang tandas tersebut?

Situasi dua.

Malam ini anda berseorangan di rumah, rakan-rakan lain semua sibuk bersama bakal pasangan sehidup semati masing-masing, perhatian kasih sayang kepada anda sebagai sahabat telah pun diabaikan. Kerana anda tidak suka makan seorang diri, anda tunggu mana tahu ada kelibat sahabat pulang ke rumah, namun setelah puas menunggu di depan televisyen menonton Australia's Junior Masterchef, perut anda mula berkeroncong melihat lamb stew yang si adik 12 tahun tu masak di kaca tv. Anda tercabar.

Maka anda terus ke dapur, masukkan air ke dalam periuk, dan mula mencari pek maggi kari letup yang baru dibeli di tesco semalam. Apabila rencah kari mula ditaburkan ke dalam air yang mendidih, aroma kari yang enak mula menusuk hidung, "budak tu tadi mesti tak reti masak maggi macam aku" kata anda dalam hati. "nak bagi special sikit lah asyik maggi kosong je" terlintas di benak perut anda yang kelaparan. Anda mula mencapai telur di tepi dapur, memecahkannya ke dalam periuk seperti apprentice hell's kitchen. Namun tatkala berangan, "pupp" cengkerang telur yang baru dipecahkan terjatuh ke dalam periuk, anda angkat dan lihat pada cengkerang tersebut, ada kesan tahi ayam bersama bulu ayam melekat padanya, jatuh ke dalam maggi anda yang sedap itu. Perut anda mula berbunyi lagi.

Adakah anda akan terus memasak dan makan maggi kari letup tersebut?

Tindakan yang aku ambil, tapi aku tak mengaku aku buat, tapi memang pada dasarnya telah aku buat, berdasarkan dua situasi di atas. Ya, dan ya. (malu) Bagaimana dengan anda?
  

Mengenai Penulis Entri Ini :
Koshary juga penulis untuk blog Livingkoshary. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Koshary. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "apa yang kita dah buat hari ni?".



8 comments:

KeCiK said...

Pertamaxxx !!!

1st situation - I did it, twice yo. Masa sekolah rendah, ada awek ni terjatuhkan jam tangan dia kat lubang tandas. So dia mintak tolong. Sebagai hero sejati yang selalu baca buku X-Men takkan gua nak biarkan. The second time was my own fault. Spek sangkut kat baju pastu dem! Ter-masuk pulak dalam lubang. Dua-dua kes ni gua buat pakai plastik ok, then basuh dua-tiga kali.

Situasi kedua - Ni dah macam soalan perangkap la bang. Tapi kalau ikut situasi kena-abai-dengan-member, perut-keroncong-tengok-master-chef then that-lamb-stew rasanya belasah je lah. So jawapan saya ya. Apa la sangat cengkerang tu, letak seasoning sikit.

Ok macam mana nak letak icon blushing kat sini? Malu weh.

:)

Hafriz Mohamad said...

situasi 1..
wktu drjah 5 klau x silap. aku prnah alami situasi mcm tu. Mase tu, name card aku trjatuh dlm lubang tndas. Klau x, ambik..nt cg marah. Last choice...celup! ambik..hehe~ tahan la..

Situasi 2..
ermm..biarkan jer lah. Klau dh trang tang2 bnde tu najis, kotor ler..huhu~ Lbih rela mnebalkan muka mntak mknan dr jiran..haha.

malu mmg malu..hehek

koshary said...

@kecik

hang memang an honorabel guy la dude, walaupun aku sangsi awek tu nak ke pakai jam tu balik. and then spec tu memang guna balik jugak la kan? aku faham situasi orang rabun macam kita ni, no choice, what to do kan. kenapalah aku tak terfikir langsung nak guna plastik, kenapa? kenapa?

maggi tu, aku pasrah. if anything happens tomorrow, then i know i did a bad judgement today. bad stomach bad stomach. dia tarik habis sekali fikiran logik.

ak pun malu sama. takpe dude. :D

@hafriz

itu situasi hidup mati, memang kena hati kental. macam mana dulu takut punya dekat cikgu sampai macam tu pun kita sanggup. dulu aku kena dengan senior, lebih kurang lah jugak. :D

kenapalah aku tak terfikir jugak kan, boleh jek nak mintak dekat jiran. ni mesti gara gara masterchef kanak kanak ni influence judgement ni. hehe.

isabelle said...

erkk..berpeluh2 fikir situasi tu.hahaa
tak pernah lg hadapi. tapi bila tgk 3,4 org ngaku dah prnh buat..rasa mcm boleh kot try amalkan yg 1st tu. yg 2nd tu rasanya x la.
but, u r really cool, man!

Aida Ismail said...

jujur jujur, tak tahu nak buat apa kalau situasi macam ni jadi. rasanya terkedu kat situ jugak. =D fikir banyak kali la kot. tapi apa kan daya, mintak tolong orang lain la agaknya untuk ambilkan. hehehe

situasi ke-2, okeyy surrender. Masak lain. =D

anyss said...

AsSalamualaikum,
Fuhhhhhhhhhhhhhhhhh! macam nak kena jawab soklan exam pulak hu hu hu

Situasi 1: tengok keadaan. Kalau canggih manggih punya telefon, ambik jugaklah tapi cari plasti dulu buat lapik. Kalau takat telefon cap ayam je, biar je lah orang IWK yang ambik masa sedut tangki kumbahan ;)

situasi 2: Masak je megi baru (yang bestnya, saya tak makan megi hu hu hu). Kalau tu pack last, buat neskepe panas, rendam je dengan biskut. Benda2 kurang bersih ni buatkan tekak kembang, apa lagi kalau memanglah benda tu sah2 ayam punya bahan buangan. Tapi kalau masa tu berada di tengah padang pasir Sahara, dan itulah makanan terakhir dalam hidup...rasanya makan jugak (kot!). Bila libatkan antara hidup dan mati...kenalah jugak makan sambil pejam mata, kalau tak DOSA!

Dah boleh masuk exam tak dengan jawapan ni? hu hu hu


“Tsunami di Jepun: Rakyat Malaysia selamat”

“Sabah dilanda Tsunami?”

shandye. said...

situasi 1..
pernah sekali masa tu kunci bilik (sekali dgn kunci locker, kunci bilik debat, kunci mende ntah lg aku dh tak ingat) jatuh dlm lubang. nasib baik (eh?) masa tu aku kencing je. slumber kodok aku seluk n amek kunci tu. tangan masuk tak sampai pergelangan tangan, tapi basuh dua tiga kali sampai ke siku. hahahaha... kunci tu aku jirus air byk2 kali, bungkus dlm plastik aku jmp kat mana ntah dlm toilet tu jugak, lepas tu basuh sekali lagi dengan body wash. hahahaha...


situasi 2...
penah tapi masa tu tak perasan pun kat cengkerang tu ada poop. masa dh sudah makan, nk kemas dapur baru perasan. hahaha. too late oredi. sudah masuk perut lorr...

crazyhorsea29 said...

situasi 1 tu tandas dah flush ke blum sblum hdset jatuh?
jawapan bergantung kepada jawapan.

situasi 2: aku sanggup berlapar je dari makan..xda kebulur lgi kut...