Tuesday, March 29

analogi jatuh cinta.


Pernah jatuh cinta?

Sila terjun daripada bas Kiffah zon 3 (yang sedang bergerak kerana yang pegun tidak mampu membuat anda mengalami injuri yang kritikal kerana kedangkalan anda) jika anda menafikan persoalan di atas. Ya, aku tidak main-main.


Bagi aku, perasaan jatuh cinta itu bolehlah dianalogikan sebagai suatu situasi seperti di bawah:

Anda sedang beratur di mesin ATM, mahu keluarkan wang kerana cardigan Gap itu tersangatlah cantik dan anda yakin benar ia akan padan dan tampak menarik dengan semua kemeja dalam himpunan anda, makanya anda MESTI memilikinya. Sedang anda sibuk berSMS tentang hal itu dengan rakan sekolej anda (dengan harapan dia akan cemburu dan mahu mencuri asid sulfurik dari makmal di FST untuk menyimbah anda jika dia melihat anda memakai sweater yang kebetulan dia juga dambakan itu), tiba-tiba jejaka idaman anda melintas. Katakanlah namanya Lelaki A (bukan Lelaki Ini, ya… kerana aku tidak mahu disaman Anuar Zain). Anda sebenarnya telah lama menaruh hati terhadap Lelaki A sejak dari semester lepas lagi tetapi oleh kerana anda seorang yang pengecut (atau tidak pasti sama ada dia lurus atau kontroversial) anda tidak meluahkan rasa hati anda kepadanya. Dia terus melangkah. Dalam hati anda berdoa agar dia berpaling dan melihat ke arah anda. Mungkin Tuhan sekadar bersimpati, lantas berkata: “Oh, what the heck… let the man see this fellow then.” Sekonyong-konyong itu Lelaki A menoleh dan tersenyum ke arah anda, membuatkan anda yang tidak sakit jantung tiba-tiba sahaja rasa seperti diserang Alzheimer (apa kaitannya, entah!). Namun ketika itulah sesuatu yang tidak terduga berlaku. Anda menyedari bahawa cawat anda terselit di celah punggung, atau bahasa Inggerisnya: wedgie. Mahu sahaja anda tarik cawat anda itu tetapi anda tidak mahu kelihatan tidak hip dan terkini di hadapan Lelaki A yang semakin menghampiri anda untuk bersalaman dengan anda. Tetapi pada masa yang sama anda mahu lekas keluar daripada ketidakselesaan yang membelenggu bontot anda itu. Dilema sebeginilah yang dinamakan rasa jatuh cinta.

Dahsyat bukan analogi aku?

Itu baru sahaja tentang rasa jatuh cinta. Bukan lagi rasa bagaimana mendengar orang yang kita cinta cakap ke telinga kita yang dia cintakan kita. Itu sudah semestinya analogi yang berbeza tuan-tuan dan puan-puan wahai pembaca blogku.

Baiklah. Sekian sahaja ngomelan tidak tepu aku untuk hari ini. Cheerio.

Sedikit Cuplikan Tentang Makhluk Aneh Ini:
shandye juga kerap menceceh tidak tentu hala di Monyet Merah Jambu Menulis. Setiap Selasa makhluk aneh ini mesti mahu membebel di 100p. Dia juga rajin melepaskan burung-burung biru di Twitter. Klik label shandye untuk membaca semua bebelan makhluk aneh ini di 100p. Terkini, makhluk aneh ini telah menulis S'petang Bersama Kamu | Bab: 22.
Kthnxbai!

3 comments:

nn said...

analogi kau memang dasyat. teringat lecturer aku masa first year yang mengajar sarat dengan analogi.

p/s: dah lama tak jatuh cinta...

shandye. said...

that makes the two of us, nn. aku pun dah lama tak jatuh cinta. =_=v

chenta said...

hahahha...tak dapat bayangkan keadaan tu