Thursday, March 10

"Aku rasa, aku nak pilih umur 70 baru aku bersedia nak mati..."


Sekarang kita tak perlu risau. Sebab kita dah diberi peluang untuk pilih bila kita nak mati. Tilik punya tilik pada kalendar di tangan, tiba tiba seseorang bersuara...

"Aku rasa, aku nak pilih umur 70 baru aku bersedia nak mati, kira okey tak?"

Yang seorang lagi mencelah...

"Kau biar betul umur 70 tahun, pilih la 100. Hebat woohh kalau mati pada umur 100tahun"

Mimpi. Tinggal lah kalian di dalam mimpi, dan teruskanlah bermimpi jika kalian rasakan kalian berhak untuk memilih. 

Mati itu pasti. Bila dan bagaimana itu yang kita tidak tahu. Lagipun perihal mengenai kematian itu adalah diluar pengetahuan kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Siapa la yang tidak takut pada kematian. Memikirkan amalan yang tidak seberapa, kita jadi malu dengan Pencipta kita. Mengingatkan dosa-dosa lalu, kita jadi gelisah. Kadangkala ketakutan manusia sesama manusia melebihi  ketakutan manusia kepada Allah. 

Kalau lah kita tahu bila kita mati, ramai la yang sudah bersiap sedia mencari planner untuk mengingatkan diri masing masing untuk bertaubat seminggu sebelum kematian itu tiba. Mungkin sudah di buat reminder pada handphone. Kalau lah itu tidak mustahil. Tapi kita tahu, itu semua mustahil.  

Masih segar di ingatan, kecik-kecik dulu suka sangat tengok cerita doraemon. Pukul 7.30 malam semua nak menghadap TV. Waktu tu jugak la waktu maghrib. Rasa tertekan bila kena membuat pilihan antara solat dan doraemon. Tiba-tiba abang datang...

"Kakak, maghrib dah ni. Pergi solat"

"Kejap kejap, 5 minit lagi. Tunggu iklan" Macam biasa, mesti ada nak "kejap kejap"

Macam terkena das tembakan bila abang cakap...

"Nanti jawab sendiri dengan Allah. Nak mati nanti pun mintak la 5minit"

Sampai sekarang, menusuk ayat tu. Semoga kita sama-sama memperingati antara satu sama lain.

p/s: bila lintas jalan, kadang-kadang membayangkan "macam mana kalau kereta ni langgar aku". takut. dan sebab kematian tu boleh berlaku bila bila masa itu lah yang memerlukan kita untuk sentiasa bersedia. Mungkin esok, atau mungkin juga sesaat kemudian. Semoga kita mati di dalam iman. 

Mengenai Penulis Entri Ini :
Aida Ismail juga penulis untuk blog On Stage. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "Dosa jangan di (+), Iman jangan di (-)".

4 comments:

cikpia said...

dulu kalau aku lewat semayang, member sekolej selalu sindir- HA, DELAY LA SEMAYANg..... NANTI ALLAH DELAY KAN KO MASUK SYURGA.... sentap dowh!!!!

anyss said...

AsSalamualaikum,
Hidup lama sangat bosan tau hu hu hu geng semua dah tak ada. Larat ke nak main game je isi masa tunggu umor 100 tahun hu hu hu


“Cara Orang Bujang Ngelat Cukai”

“Ngelat Cukai? Pusat Khidmat Pelanggan LZS no 1”

KeCiK said...

Pergh, entri ni garang skit compare to previous entries yang syahdu-syahdu belaka.

"Nanti jawab sendiri dengan Allah. Nak mati nanti pun mintak la 5minit"

Pawned. Direct hit.

:)

koshary said...

dulu masa kecik, selalu ada fobia, nak buat apa pun mesti takut mati, nak naik basikal takut accident, demam sikit teringat dah nak mati, rasanya kena kembalikan peringatan tu balik lah bila dah tua ni. =D

dan bila dah tua ni jugak, situasi dah lain, kita mula tangguh solat bukan sebab tengok doraemon, tapi buat kerja berbagai, bila balik kelas, kena pergi beli barang, terus fikir, "balik nanti lah solat, surau penuh". balik balik dah habis waktu, tak ke masalah.

maka ayat abang, makan dalam jugak ni =D