Tuesday, March 15

Adat Berkawan..

Assalamualaikum w.b. t terlebih dahulu..well, aku ingin memeinta maaf banyak2 sebab minggu lepas aku tidak berkesempatan untuk menulis di ruangan ini. Pelbagai perkara yang terjadi. Terlalu busy dengan test dan assignment. Aku nak kongsi satu cerita. Benda yang dah lama aku perhatikan dari dulu sampai sekarang. Kisah tentang kawan. Semua orang pasti ada kawan. Samada kawan baik atau kawan biasa2 shj. Kalau dah nama kawan, of course lah kita akan sentiasa cuba menjaga hati dia kan?? Tetapi sorang kawan aku ni…aku amat pelik sikit dengan perangai dia. Contohnya apabila aku berselisihan faham dengan kawan yang lain..bukan main lagi dia berkhutbah..suruh aku berdamai dan meminta maaf. Mula-mula aku okey je. Dia nak jadi pendamai. Bagus lah tu. Yelah…kawan kan..dah banyak tolong aku.. Aku sentiasa fikir positif . Tetapi satu perangai dia yang aku memang tak boleh tahan, “orang tanya leklok dijawabnya dengan tengking2..pe kes??” Kat aku kemain lagi suruh muhasabah diri. Tetapi aku diam je. Lagipun dia bukan boleh ditegur. Aku bukan nak kutuk dia. Tetapi cara dia melayan kawan-kawan yang lain agak keterlaluan. Tau lah budak pandai. At least..hormatlah perasaan kawan-kawan yang tak berapa bijak ni. Kan??kan???
Jadi, sebagai peringatan, aku nak share lah sikit tentang perkara yang patut ada dalam diri semasa berkawan atau lebih sinonimnya adat semasa berkawan ni ialah :-
1) Yang paling penting, menghargai kehadiran mereka. Sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka. Contohnya, jika seorang kawan itu berada dalam keadaan susah hati, kita seharusnya memainkan peranan untuk menggembirakan mereka.
2) Jangan pentingkan diri sendiri. Dalam belajar, sesetengah situasi kita boleh alpa dengan kehadiran kawan kita. Elakkan perkara ini terjadi. Dalam mnyebarkan ilmu, sesungguhnya kita tak boleh ada sikap pilih kawan. Kerana ilmu itu semakin disebarkan semakin bertambah ilmu didada kita nanti. (tetapi jarang orang nak sedar hal ni..)
3) Cara percakapan dan pertuturan. Semasa bercakap dengan kawan, elakkan bercakap dengan nada yang tinggi. Jangan gunakan bahasa yang kasar. Kalau hal itu terjadi, walaupun kawan kelihatan biasa-biasa je depan kita, tetapi dihatinya dah beribu kali mengutuk kita. Percayalah. (ingatan untuk diri aku jugak ni..hihihi)
4) Jangan nak suka mengarah2 kawan. Seseorang kawan itu tentunya tak suka kalau asyik diarah-arah. Mungkin dia akan buat tanggapan negatif kat kita. Nak ker camtu???Kalau boleh, elakkan menjadi Lady Boss yer..kita berkawan untuk selamanya bukan untuk sehari dua. Ingat tu..!!
5) Sentiasa tolong menolong antara satu sama lain dan menghormati kawan. Kawan yang sejati adalah kawan sentiasa ada dengan kawannya. Malah, kawan yang sejati juga tidak merendah-rendahkan kawan2 nya lain tetapi akan berusaha menutupi kelemahan masing-masing dan saling melengkapi.
Aku bukan perfect sangat nak keluarkan petua seperti ini. Tetapi aku sedar dalam berkawan, pasti ada hati yang terluka kalau kita tidak tahu mengendalikan asam garam dalam persahabatan ini. Aku Cuma ingin berkongsi selebihnya terpulanglah pada diri sendiri.
Hurm..setakat ini sahaja coretan aku kali ini. Renung-renungkan dan selamat beramal…..

Mengenai Penulis Entri Ini :
GadisMerahJambu juga penulis untuk blog Ceritera Gadis Merah Jambu. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Gadis Merah Jambu. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kisah Aku,Dia dan Impian (Part 4).

No comments: