Monday, February 7

'wahai bekas gf/bf ku, ini lagu untukmu'



Assalamualaikum readers.

Bila bercinta bagai nak rak, tup-tup cinta yang konon-kononnya forever terputus di tengah jalan. Lepas terputus dengan pakwe makwe sekalian, mula lah berkabung 24/7, tak keluar dari bilik, asyik memerap je. Menangis usah cite lah. Habis bertong-tong dah air mata. Frust menonggeng! Lepas tu, mula lah. dengar lagu! 

Alahai, mana-mana yang baru lepas clash tu, tok sah la duk dengar lagu jiwang 24jam! Toksah dengar lagu yang mengingatkan kamu tentang bekas pakwe/makwe kamu tu. Yang sedih jadi makin sedih. Mana tak nya, kalau dengar lagu sayu mendayu? 


Lepas tu biasanya dalam radio buat request lagu jiwang karat nak tujukan pada bekas pakwe/makwe. Alahhh. Tok sah la adik kakak abang sekalian.

Why not kalo korang tujukan lagu yang lagi best atau korang dengar lagu yang sangat best. 
Korang request la dalam radio; ' dengan ini saya nak tujukan lagu ni buat si dia yang pernah hadir dalam hidup saya buat seketika', dengarlah.

sepohon kayu daunnya rimbun, 
Lebat bunganya serta buahnya,
walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya,
walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang, apa gunanya.

kalau nak yang lagi masyuk, dengar lagu ni,

bila izrail datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan.
seluruh tubuh akan menggigil, terbujur badan dan kedinginan.

haa! tak pn, nyanyi lagu yang adik korang selalu nyanyi tu bila balik dari tadika, (sambil buat gaya okey)

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab hujan,
Nanti jawab angin tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Lihat dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Amacam? lepas dengar atau nyanyi lagu ni, mesti korang terus lupakan segala kenangan manis bersama bekas pakwe/ makwe kan? haa, so? apa lagi? cepat cari lirik lepas tu hafal :D


Mengenai Penulis Entri Ini :
afifaa. juga penulis untuk blog .wilayah afifaa.. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label afifaa.. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Selesai berBTN untuk kali kedua.

2 comments:

chenta said...

An "ex" is called an "ex" because it's an EXample of who you shouldn't go for again in the future

baru je jumpe quote ni..sesuai la dgn entry..hehehe

humbleyat said...

hoho2..idea yg best..klau lyn lagu cintan, betambah karat la jawabnye hehe..tp paling bagus istighfar byk2..kembalikan cintA itu kepada ALLAH;-)