Wednesday, February 2

Tukar Jantina


Masalah penukaran jantina sememangnya bukan satu berita yang terbaru mutakhir ini.. Pernah suatu ketika, kita dikejutkan dengan berita perkahwinan rakyat Malaysia, Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari dengan lelaki warga Britain Ian Young.. Tetapi menurut berita yang dilaporkan [KLIK SINI], beliau tidak melakukan pembedahan penukaran jantina.. [BACA SINI] Untuk huraian tentang isu perkahwinannya.. Tetapi hari ini, satu berita tentang pasangan pelik yang bertukar jantina pula..

*Si perempuan itu sebenarnya lelaki dan si lelaki itu sebenarnya perempuan*


PRAGUE - Sepasang kekasih di Republik Czech layak digelar pasangan paling pelik di dunia kerana mereka jatuh cinta selepas kedua-duanya menjalani pembedahan menukar jantina.
Dominik Sejda, 45, atau nama asalnya Ilona Tomeckova, dilahirkan sebagai wanita pernah menjalani pembedahan menukar jantina untuk menjadi lelaki dan dia kini hidup bersama dengan seorang lelaki yang telah menukar jantina menjadi perempuan, Andrea Kajzarova, 32.
Sejda memainkan peranan sebagai lelaki manakala Andrea merupakan wanita dalam hubungan tersebut.
Mereka yang bekerja sebagai pembantu ambulans di dua hospital di sini, berkenalan dalam satu laman web pondan.
Lebih aneh, Sejda pernah melahirkan seorang anak lelaki 25 tahun dahulu, Radim, yang juga telah menjalani pembedahan untuk menukar jantinanya menjadi wanita. - Agensi
Sumber: Kosmo Online
(Nota Hatie: Macam2 lah sekarang ni.. Mungkin ENTRY INI dan INI ada rasionalnya.. Apa2 pun, kita kena bersyukur dengan diri sendiri..)


Mengenai Penulis Entri Ini :
d_tieah juga penulis untuk blog d_hatie. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label d_tieah. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Misi Menyelamatkan Pelajar Malaysia di Mesir dan Hosni Mubarak Umum Berundur.

6 comments:

therosputih said...

pelik2...nauzubillah...

z said...

bukan setakat pelik..melampau..

pearl apple said...

nauzubillah..dunia da makin pelik..hehee..eh silap, penduduk di dunia makin pelik~~ neway semoga kita sentiasa di lindungi oleh NYA..amen..=)

Zulkifly Omar said...

pelik.. macam2 manusia zaman skarang ni... haish.... dah la tukar jantina.. pastu kawen plak ngan pasangan tukar jantina.. ermmm pelik2..

humbleyat said...

peliknyer..last balik perasaan yg fitrah itu jugak..T.T

nn said...

erkkk. ok sangat kelakar. dengan anak-anak sekali tukar jantina.