Friday, February 25

TiraMisu: TIRAi di sebalik MISsU

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita di hari Jumaat yang indah dan dingin. Jika dibaca tajuk en3 ni betul-betul, ia akan berbunyi 'Tirai di sebalik Miss U' Sebenarnya bukan nak memeningkan sahabat tentang rindu-rindu ni. Hehehe...Sebenarnya Si Tukang Tulis teringin berkongsi pendapat tentang drama tv3 yang baru tamat baru-baru ni yang bertajuk TiraMisu...coklat tiramisu ni pun belum penah rasa lagi..


Si Tukang Tulis jarang meminati drama sampai setiap hari mesti nak tengok. Drama Tiramisu ni salah satu drama yang jadi kegemaran Si Tukang Tulis. Kenapa Si Tukang Tulis minat? Ok, sebenarnya gaya penceritaan dan jalan cerita tiramisu ni sangat unik berbanding drama melayu biasa. Jika diteliti, gaya penceritaan dan aksi pelakon ada sedikit unsur-unsur drama jepun macam Team Medical Dragon, 1Litre of Tears dan sebagainya. Nama pengarah Dani pun Lan Bagero. Hahaha. Memang Si Tukang Tulis sokong gaya penceritaan drama TiraMisu. Secara keseluruhan, memang Terbaek dari Ladang! hehehe...


Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perkara yang perlu disentuh...Secara umumnya, drama Tiramisu ni agak jauh dalam menyampaikan mesej yang lebih utama iaitu membawa penontonnya agar mendekati Allah seperti kewajipan untuk menutup aurat serta kurang atau mungkin tiada babak-babak yang boleh menyampaikan unsur islamik yang jelas. Kalau ada pun, macam ayah Melur pakai baju melayu dan kopiah. atau kerajinan watak memberi dan menjawap salam. Tapi dalam jalan penceritaan...gaya hidup watak-watak utama agak tidak sesuai. Contohnya, seperti Melur yang bekerja...bekerja dan bekerja. Bila balik rumah, terus tidur. Pakaian yang tidak dijaga auratnya, persentuhan  di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim (macam kes Benny pujuk Melur masa kat rumah Melur) serta subjek yang menjadi perhatian drama ini hanya lilitan-lilitan cinta di kalangan wataknya sahaja. Walaupun ia hanya CERITA, tapi, tidakkah terbeban kepada sesiapa sahaja untuk cuba menyampaikan dakwah Islam?

Bila diteliti, tamatnya drama tiramisu seperti berkesinambungan dengan hari kekasih yang tidak sepatutnya  umat Islam menyambutnya. Apa yang diharapkan, kita hendaklah peka dalam segala aspek yang boleh mempengaruhi realiti generasi muda kita masa kini yang semakin hari semakin risau difikirkan. Ini hanyalah daripada sudut pandangan Si Tukang Tulis yang merasakan drama TiraMisu ini boleh jadi lebih hebat jika kita tak lupa menyelitkan unsur-unsur Islam itu sendiri. Dengan ini, secara tak langsung kita mendedahkan perkara yang patut dan tak patut dilakukan oleh generasi muda kita. Bukan hanya mengagungkan lilitan-lilitan cinta mereka sahaja :)

Sekadar pandangan yang dikongsi Si Tukang Tulis


Mengenai Penulis Entri Ini :
Si Tukang Tulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label NAMA ANDA. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.

3 comments:

Zaidah said...

setuju....

koshary said...

bila balik malaysia ni, selalu jugak tengok slot drama pukul 7 ni, sambil dinner/tea dengan family. itu yang kadang kadang download jugak nak tengok dekat mesir =D

tapi dua tiga perkara tu dalam cerita ni, melur selalu pakai dress, memang lah comel tapi tak membawa impak yang sepatutnya boleh dibawa, and sekecil-kecil macam tukang tulis cakap, habis 14feb, bukan satu yang agak bagus kalau diteliti.

pandangan yang bagus bro =)

Fina Sophie said...

good thought :)