Monday, February 7

Tiada Apa Dengan Kecantikan


Kecantikan.
Tiada apa sebenarnya. Betul ker? Ya, benar.
Tapi secara fitrahnya, manusia sukakan kesempurnaan.
Sebab kesempurnaan ditafsir berdasarkan kecantikan.
Dan kecantikan itu adalah fitrah. Sifat manusia semula jadi. Ciptaan Tuhan.
Tapi kenapa sebenarnya?
Dari pandangan manusia, yang buta tentang erti kecantikan sebenar, kecantikan itu amat penting.
Kecantikan itu adalah kesempurnaan. Kecantikan itu adalah segala-galanya. Dan kecantikan itu menetapkan standard. Suatu skala yang membezakan cantik dan hodoh.
Dan, percaya atau tidak. Bagi sesetengah daripada kita, kecantikan itu menentukan hala tuju perhubungan.
Menetapkan arah tuju perjalanan.
Perjalanan cinta yang sepatutnya berakhir ke destinasi jinjang pelamin.
Hmmm...tapi kebanyakan definisi ini semua bersifat sementara, yang pasti tidak akan kekal lama.
Luput di sebalik kulit yang semakin lama dimamah usia.


Kecantikan.
Erti sebenar. Amat subjektif.
Dan kita semestinya tidak akan dapat membuat tafsiran mengenai kecantikan.
Walaupun berdasarkan objektif ataupun pilihan yang diberi.
Kebanyakan orang, kecantikan itu bersifat luaran. Kulit yang halus dan cantik.
Putih gebu bak bidadari. Dan badan kurus, dan juga seksi.
Tetapi bagi sesetengah orang pula, luaran itu cuma dinding penghias penghilang seri.
Lebih menarik diperhati ialah isi hati. Berbudi bahasa dan indah budi pekerti.
Ibu bapa disayangi dan adik beradik dikasihi. Kerana itulah kecantikan yang sejati.
Jadi disini, dapat dilihat, kecantikan dimata setiap individu amat berbeza.
Oleh itu, tiada istilah yang dapat menentukan standard kecantikan yang sebenar.

Ya, aku tahu. Tidak dapat dinafikan. Manusia hanya nampak bahagian luaran.
Dalam sekali imbas. Ia menentukan persepsi pertama kita terhadap orang lain.
Ini semua, sebenarnya dapat dilihat daripada gerak badan dan perilaku yang berat dengan seribu bahasa.
Tapi awas!!! Bahasa badan juga dapat dimanipulasi untuk ke arah keburukan.
Jadi, jangan mudah untuk membuat kesimpulan. Periksa dahulu sebelum datang hampir kepada segala rumusan.
Kenali hati budi dan cuba selami kecantikan sebenar mereka.
Kerana pasti, banyak yang akan dapat diselongkar.
Tidak kira baik ataupun buruk.
Tidak kira sempurna atau tidak.
Yang penting, bagaimana anda mencerna segala intormasi tersebut.
Itu semua, terpulang kepada anda.

Kecantikan itu tiada apa sebenarnya. Benar.
Maka, jika ada yang menyatakan anda hodoh dan tidak sempurna.
Biarkan mereka. Erti kecantikan bukan terletak pada diri mereka.
Yang penting, adalah bagaimana untuk kita beri definisi kecantikan kepada diri sendiri.
Kita, adalah orang yang bertanggungjawab menentukan definisi kecantikan yang sebenar.
Kita mungkin memikirkan bahawa ada lagi manusia yang lebih baik daripada kita.
Lebih cantik daripada kita. Tapi tidak. Bukan.
Kita mempunyai kecantikan yang unik dalam diri masing-masing.
Yang pasti, tidak akan difahami oleh orang lain.
Oleh itu, berpeganglah kepada kecantikan itu.
Dan jadi diri anda yang sebenar.
Kerana itu yang lebih penting.

syaftome
"Apa erti kecantikan bagi anda?"

Mengenai Penulis Entri Ini :
syaftome juga penulis untuk blog Tour of My Existence. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label syaftome. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Nadya Bubble Give Away.

1 comment:

humbleyat said...

cantik itu terpulang pada hati kita...baru terpancar serinya di wajah kita:-)