Wednesday, February 9

Tanggungjawab itu Amanah

Salam semua, hurmm~~pejam celik pejam celik hampir seminggu sudah lamanya apple berada di sini. Tidak dapat dinafikan sememangnya amat sibuk sepanjang minggu selepas cuti ini. Walaupun begitu, tanggungjawab yang di amanahkan perlu jugak lah di selesaikan dengan segera supaya dapat terlaksana seperti yang di inginkan oleh semua.

Tanggungjawab merupakan satu amanah yang sangat berat dan hanya layak dipikul oleh insan-insan yang betul-betul faham maksud tanggungjawab yang sebenar. Bukan insan yang sekadar melepaskan batuk di tangga malah inginkan tanggungjawab tersebut semata-mata untuk mendapat populariti yang tidak seberapa.

Secara semula jadinya setiap manusia mempunyai tanggungjawab dan amanah tersendiri. Oleh itu, berusahalah untuk menerima amanah tersebut dengan sebaiknya. Hal ini kerana setiap amanah yang diberikan merupakan kepercayaan orang yang memilih anda. Mereka percaya bahawa anda sememangnya layak untuk menunaikan amanah tersebut.

Oleh itu, anda perlu melakukannya dengan baik agar orang yang memilih anda itu, tidak merasa mereka melakukan sebarang kesilapan dalam pemilihan itu. Sebagai orang ISLAM juga kita perlu tahu bahawa tanggungjawab yang diberikan akan tetap di soal di akhirat kelak. Jadi bersiap sedia lah anda. Fikir-fikirkan dan selamat beramal~~


Mengenai Penulis Entri Ini :
Pearl Apple juga penulis untuk blog Pearl Apple. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Pearl Apple.

No comments: