Friday, February 11

Stail Eewwwwwwwwwww Moncong-Moncong Mulut

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Ramai anak muda kini suka menerima sesuatu yang baru dengan mudah. Budaya paling jelas kini adalah bahasa sms yang akan memendek-mendekkan perkataan. Cuba lihat contoh ayat di bawah;

Apalh budk skrg ni, minum arak cm minum air teh je…xtau ke bende tu haram? klu adik aku dh lma aku pelangkung dgn kayu..Sedih tgk org melayu skrg….
I kan nak go sanalah
Pu3 2 kn x senonoh, suka kcu ppl
2nang dier ni bks bfrn bdk 2
Tht prnces is bad, suka kcu org
Tunang dia ni ex-bfrn tht boy


Apa pendapat anda?

Tak salah anda pendekkan istilah terutama bila menggunakan SMS yang sangat terhad ruangnya. Namun, kependekan berkenaan biarlah berpada-pada. Biarlah tidak mencacatkan keindahan bahasa kita. Biarlah juga difahami oleh orang yang menerimanya.

Bagaimana pula jika melibatkan hal-hal yang tidak berkaitan dengan “untuk menjimatkan ruang” seperti penggunaan “ewwww”, “nyerrrr”, “skunk”, “ittew” dan sebagainya. Semakin banyak ruang yang digunakan, semakin panjang istilah pula.

Apa kata kita hayati video di bawah yang dihasilkan seorang remaja berumur 20 tahun ini?



Bersetuju dengan pandangan beliau? Sekiranya sayangkan Bahasa Melayu, apa kata kita ikut sahaja nasihat remaja kacak ini.

Saya pernah menulis tentang Bahasa SMS dan Bahasa SMS II yang mengandungi fonomena bahasa SMS yang semakin hangat melanda. kajian ilmiah telah dilakukan, dan hasilnya…cukup mendukacitakan. Sebagai warga yang ada rasa tanggungjawab terhadap keberterusan Bahasa Melayu, sama-samalah kita perjuangkan bahasa ibunda kita itu.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Maharam Mamat juga penulis untuk blog Dunia Menulis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Maharam Mamat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Perpindahan Tempat Kuliah .

11 comments:

nitestalker said...

big turn off kalau banyak sangat digunakan dalam penlisan blog... sepantas kilat kotak bertanda x aku klik....heheheh

DiriKu said...

kekekeke...hahahhahha...!!!!yeewwwww awwww..sukewwww entri niwww...XDDDD

Fina Sophie said...

By time, they'll learn :)

izfanora said...

sangat suka tengok video tersebut. budak itu yang sangat comel okay.. :)

bahasa jiwa bangsa.. sangat mendukacitakan kerana terlalulah penat saya mengajar anak murid mengeja. tapi,kerana bahasa 'tak cukup sifat' ini, ia merosakkan generasi pelapis negara. fikir-fikirkan.. :)

koshary said...

memang susah nak faham kalau;

tlis mcm n, siap dgn lettew euww mncng mlut mcm brng pipt.

okey exaggerate dah. =D

insyaAllah kita cuba menulis dengan cara yang betul. jaga maruah bahasa sama sama.

dan anwarhadi ni antara vlogger malaya paling berkaliber. bukan senang nak buat video macam tu dengan penuh ekspresi menarik. patut disokong.

nn said...

SMS pun kengkadang macam tak sesuai guna shortform yang terlalu pendek. contoh:

'nk g mcd. nk kot or krim?'


ayat kat atas tu the actual SMS my friend bagi. sumpah tak faham. rupa-rupanya dia tanya nak ikut dia ke, nak kirim apa-apa ke sebab dia nak pergi McD. HAHA

kusut said...

topik yg menarik lah! aku rase dlm blogging, penggunaan bahasa santai, bahasa komik, atau ejaan yg informal; semua tu aku terima. asalkan tak menyusahkan pembaca.

kecuali lah kalau ejaan (atau lebih tepat rasenye kita panggil 'code') tu cuma utk kawan2 dia je yg baca.. although semua tu beats all the purpose of having a blog (which is sharing of information with people around the world kan).

oh ye. nice vid. 1st time dengar nama anwarhadi. he's doing a great job lah. thanks for sharing ye

maharam said...

nitestalker: Saya pun akan berbuat begitu juga

Diriku: Errrr tergeliat lidah nak sebut ;)

Fina: Kita doakan...

maharam said...

Izfanora: Yup! dia comel. Lagi comel bila buat video yang bermanfaat sebegitu. Dia juga nampak matang...

Koshary: semua video dia ada isu yang serius untuk kita fikirkan walaupun nampak macam kecil je

maharam said...

nn: banyak sms kelirukan penerima


Kusut: Betul sekali...jangan sampai rosakkan bahasa sendiri.

anyss said...

Salam,
Padan m uke kena perli adik ensem ni hu huhu ----> sumpah! saya tak guna bahaser eeewww ewwww ni hu hu hu


Terkini di blog saya;

Berapa banyak Cukup Untuk Kita