Thursday, February 17

"Sebenarnya siapa yang salah?"


Memikirkan entry untuk kemunculan baru setelah hampir sebulan bercuti sememangnya keliru. Apa kata untuk entry kali ini korang cuba selesaikan masalah di bawah.  Mungkin juga korang pernah mengalami situasi yang sama. Ini kisah benar yang sedikit sebanyak diedit untuk kesesuaian pembaca dan juga "privacy".  Mana la tahu, saya boleh dilantik menjadi kaunselor yang tidak bertauliah. *senyum*

***
Kebetulan pagi itu bangun terus online facebook, terpandang pada status facebook Nurul (bukan nama sebenar). Dalam hati dah dapat agak mesti ada yang tak kena dengan dia ni, kalau tak takkan la buat status macam ni. Terus di online facebook chat, dan laju sahaja mata melilau-lilau mencari namanya dan  pantas tanganku menaip...


"Kenapa?"

"Saya sedih sangat. Ada masalah dengan "A" 

(Aku cuba untuk mengorek rahsia, mencari punca sebenar)

"Apa yang terjadi? semalam okey je saya tengok"

"Semalam lepas makan semua okey, tapi masa on the way balik dari makan tu...."

"Laaa, kenapa pulak?"

"Ermm, macam ni. Masa dia tengah drive handphone dia bunyi, ada mesej masuk. Saya suruh dia reply mesej tu, walaupun saya tahu tu perempuan yang mesej dia. Tapi dia cakap nanti dia reply. Lepas tu saya ambik la phone dia tolong reply. Lepas tu dia macam marah marah saya"

(Belum sempat aku tulis....dia sambung lagi)

"Saya tak kisah pun dia nak mesej dengan perempuan tu. Tapi yang saya geram, kenapa dia nak tipu saya. Dah la dia siap cakap dekat perempuan tu yang bukan dia yang reply mesej tadi tapi orang lain.  Dengan perempuan tu boleh pulak nak jujur bagai. Dulu masa dia keluar dengan perempuan tu dia siap tak mengaku lagi. Perempuan tu sampai suruh dia tipu saya lagi. Saya rasa sedih sebab dia macam lebihkan perempuan tu dari saya. "


(Perlahan tangan aku menaip, sambil otak aku berusaha untuk berfikir dan terus berfikir)

"Okey macam ni la, saya rasa dua dua salah. Awak salah sebab awak reply mesej dia. Kadang kadang kita kena faham. Tak semua lelaki suka kita ambik tahu hal diaorang. Lagipun awak tak sepatutnya reply mesej dia kalau dia tak suruh. Dan salah dia pulak sebab dia tak jujur dengan awak. Tak salah nak keluar cuma kalau bagitahu tu lagi baik. Boleh mengelakkan syak wasangka. Kalau yang pasal melebihkan perempuan tu dari awak, mungkin salah jugak. Tapi saya tak tahu, tak berani nak komen lebih lebih. Apa-apa pun awak kena berbincang. Be matured okeyy."

(Lama Nurul mendiam...)

"Kalau saya nak block dia dari facebook saya boleh tak?"

"Awak betul ke nak block dia? Awak bukannya kecik lagi, dah besar. Cuba selesaikan dengan cara baik. Sama sama cari persefahaman. Kalau dia dah mintak maaf, okey la tu. Kalau awak rasa sakit hati lagi, awak boleh nak diamkan diri, tapi jangan la lama lama. Kesian dia..."

***
Sekarang korang bagitahu, sebenarnya siapa yang salah?

p/s : I'm back with a new blog. The old blog cikdaismail.blogspot.com has been deleted due to the "hacking" issue. 

Mengenai Penulis Entri Ini :
Aida Ismail juga penulis untuk blog On Stage. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "It's the present that matters the most".

9 comments:

nn said...

setuju lah kot. dua-dua pun salah. pernah mengalami benda yang lebih kurang sama.

tapi lelaki tu pun... nak menipu kenapa? memanglah nak ada privacy tapi kalau tak ada apa-apa dengan perempuan lagi satu tu perlu ke cover?

melainkan kalau perempuan (nurul) tu kuat sangat jealous and pernah terjadi gaduh sebab lelaki tu lepak dengan member perempuan. kalau ada kes macam tu, haruslah lelaki tu rahsiakan sebab taknak gaduh.

Fina Sophie said...

WHAT? WHAT? pmpuan tu siap suruh dia tipu kwn cikda tu lagi?? grr. sy pernah hadpi bnda mcm ni, and in my case, mmg dia curang dekat blkg i. dunno bout this one. for me, setiap kemungkinan tu ada dan hnya tuan empunya badan yang benar2 tahu situasi sbnrnya dan should be the one yang selesaikn dgn cara baik. kita skdr memerhati dan bagi pendapat, biasalah kwn2 kita kdg2 confuse.. kan..

Aida Ismail said...

@nn

mungkin jugak lelaki itu nak elak dari gaduh. tapi itulah, setiap manusia, lelaki mahupun perempuan tetap ada rasa cemburu kann =)

Aida Ismail said...

@fina sophie

itu lah. kita sebagai kawan hanya mampu mendengar dan nasihat setakat yang kita mampu. selebihnya diaorang kena berbincang dan selesaikan mana yang patut diselesaikan dengan cara yang baik.

chenta said...

erm...mmg dedua salah..tapi tak patutla nk gdh hanya kerana sms...

tp kan..i pelik dgn perempuan even diri i sendiri. bila kita gdh dgn partner kita, dari benda kecik terus jd besar sbb kita akan cerita benda lepas..kira ungkit benda lepas..mungkin kes lepas tu dah ada maaf kemaafan, tp bila gdh..haish..mesti keluar blk..contohnya macam kat atas la..i pun tak paham..

matey la kena marah dengan perempuan2 lain..larikkkk! :P

Aida Ismail said...

@chenta

sebab kalau kita perasan, sifat perempuan ni selalu nak mengungkit. ibaratnya macam tak mahu kalah. ego kot. dan kadang kadang, mengungkit kisah lalu bukan bermakna tak dapat lupakan atau tak maafkan kesalahan lama, tapi mungkin juga sebab kita perempuan yang terlalu observant. sampai kita ingat nak analisis satu satu tindak tanduk partner =D

anyss said...

Salam,
Susah2 sangat..blah je hu hu hu
Buat apa tunggu lagi kalau dah tahu belum ada apa-apa pun dia payah nak jujur, benda kecik pasal reply sms pun gaduh seantario alam...cari je lelaki lain yang lebih sesuai dengan kehendak jiwa ;)


Terkini di blog saya;

Berapa banyak Cukup Untuk Kita

Aida Ismail said...

@anyss

nak blah itu yang susah. sebab dah sayang. hehehe. dan nak cari lelaki lain lagi la susah. rasa macam limited sangat dah lelaki. =D

r.k said...

if the guy angry when the gurl replied the message , ghua sarankan tinggalkan aje laki tu .. honesty is hard to find yo !
XD