Friday, February 25

Salman Khan Bagi Tiusyen Matematik...?


Adakah pelakon Bollywood ini mengubah haluan hidup dan menjadi seorang cikgu matematik pulak?


Tak taulah pulak kebolehan matematik Salman Khan yang itu. Tapi, Salman Khan yang lagi satu ni memang dikagumi ramai...


Gambar oleh: The Khan Academy

Salman Khan yang ini atau nama "manjanya" Sal, bukanlah seorang pelakon filem Hindi yang terkenal. Hensem pun rasanya taklah sangat pada ukuran majoriti. Tapi, Sal ada banyak ciri-ciri yang lain yang membolehkannya "menawan hati" pelbagai orang di seluruh pelusuk dunia termasuk Bill Gates yang pada satu ketika merupakan manusia terkaya di dunia dan CEO Microsoft.

Sal merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dan memegang bukan satu, tapi tiga (!) ijazah dari MIT dan juga mempunyai kelulusan MBA dari Harvard Business School. Jadi, tak hairanlah yang gajinya dalam bidang pelaburan hedge funds (dalam bahasa Melayu apa nama ye benda nie?) sebelum ini mencecah berjuta USD setahun.

Tapi, setelah beberapa tahun berkerja, Sal dah berpuas hati dengan kekayaan duniawinya. Mengikut Sal, dia mempunyai seorang isteri dan beberapa orang anak yang lawa-lawa belaka, dua bijik kereta Honda dan sebuah rumah yang besar (yang dah terbayar) di Silicon Valley, California. Oh, dan isterinya yang lawa tu juga merupakan seorang doktor pakar! Apa lagi yang dia nak, kan?

Dalam kegawatan ekonomi beberapa tahun yang lepas, Sal mengambil keputusan untuk berhenti dari kerjayanya.

Pada masa Sal menganggur (dengan tujuan mencari ilham), sepupunya meminta bantuannya sebagai seorang pakar matematik untuk mengajar anaknya yang pada masa tu agak ketinggalan dalam subjek algebra di sekolah. Sal agak buntu macam mana nak bagi tiusyen dekat anak saudaranya tu. Sal di California manakala anak saudaranya tinggal beribu batu jauh darinya di New York. Buat sementara waktu, Sal menggunakan Yahoo Doodle untuk mengajar anak saudaranya online. Tapi, setelah beberapa percubaan, Sal dan anak saudaranya mendapati perbezaan waktu lebih 5 jam antara New York dan California merupakan halangan yang sukar diatasi oleh Doodle.

Setelah beberapa percubaan yang lain, Sal akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan YouTube sebagai kaedah penyampaiannya.Video-videonya ringkas tapi teramat fokus kepada topik yang diajarnya. Anak saudaranya yang sebelum ini plaing corot dalam kelas dah mula menampakkan perubahan yang baik sehingga mendapat #1 di sekolahnya.


Kalau ada yang minat grafik dan video yang warna-warni, ini bukannya tempatnya. Pada yang nak belajar tentang sesuatu topik atau ingin memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam lagi The Khan Academy boleh dijadikan tempat memulakan pembelajaran kita bersama - tak kira umur, masa dan tempat.

Sal menubuhkan The Khan Academy setelah mendapati yang video-videonya ditonton oleh kawan-kawan sekelas dengan anak saudaranya untuk membantu mereka untuk bertanding dengan anak saudaranya itu di sekolah. Setelah membuat beberapa lagi video, Sal mula menyedari yang video-videonya bukan saja dapat membantu anak saudaranya dan kawan-kawannya tetapi ramai lagi orang di dunia terutamanya golongan yang tak berpeluang untuk belajar di sekolah-sekolah yang elok.

The Khan Academy menyediakan video ini secara percuma kepada orang ramai tapi Sal juga perlukan wang untuk hidup, menyara keluarganya dan membuat video-video itu sendiri. Kalau ada antara kita yang boleh membantu dari segi kewangan, dipersilakan tapi kalau tak berupaya dari segi itu, banyak lagi cara yang kita boleh bantu contohnya, mengalih bahasa video Sal dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu atau bahasa Mandari atau Tamil supaya mudah difahami di Malaysia dan negara-negara jiran pula.

Buat sementara itu, si penulis sedang mendalami topik Banking yang digemarinya tapi tak pernah berpeluang untuk dipelajarinya. Setelah puas mengarut dengan video hip-hop kuda-kuda, elok juga kalau kita mula belajar benda-benda yang berfaedah pulak. Jom kita sama-sama menambahkan ilmu di dada...



Mengenai Penulis Entri Ini :
Chip juga penulis untuk blog Hikayat Skuter Hijau.... Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Chip. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kuyt Puts Sparta Out.

2 comments:

Fina Sophie said...

see? byk cara nak berjaya dlm dunia ni. even bnda simple2 pun :)

humbleyat said...

setuju ngan fina..janji kita kreatif je kan?