Friday, February 25

"Salah ke kalau..."


Salah ke kalau Ibu meminta tolong dari anaknya sendiri?

"Along, tolong Ibu angkatkan kain di ampaian. Ibu pening kepala. Tolong Ibu yer nak" "Kejap la Ibu, tak nampak ke Along ada kerja ni"

Salah ke kalau Ibu mengingatkan kita tentang suruhan Allah?

"Along bangun solat subuh, matahari dah nak terbit dah ni" "Along dah alarm clock dah la. Nanti Along bangun la"

Salah ke kalau Ibu sendiri merindui anaknya?

"Along, bila Along nak balik kampung. Ibu dah rindu sangat dengan Along" "Along banyak kerja la Ibu. Lagi pun  bukan senang nak mintak cuti sebab nak balik kampung je. Lain la kalau ada kematian ke. Ini kalau nak balik saja saja tak payah la Ibu"

Salah ke kalau suatu hari jiran kamu menelefon, cuba untuk menyampaikan berita...

"Hakim, Ibu kamu dah meniggal dunia Hakim. Sudah sebulan Ibu kamu terlantar di hospital"

Sekarang apa kamu nak buat? Semuanya sudah terlambat. Kamu kehilangan saat untuk kamu kucup dahi Ibu kamu, memohon keampunan di atas dosa kamu selama ini. Kamu juga kehilangan doa mustajab dari Ibu untuk kamu. 

Tapi sebagai tanda kasihnya Ibu pada kamu, Ibu tidak pernah lupakan kamu. Ibu telah selitkan sekeping nota di dalam Quran yang sering menjadi penemannya  untuk diberikan kepada kamu. Tak panjang pun. Cukup ringkas. Jangan risau, Ibu tahu kamu tak suka masa kamu diganggu.

"Along, salah ke kalau Ibu mintak Along mengimamkan solat jenazah untuk Ibu? Ibu tak ada duit nak bayar. Tapi Ibu dah doakan kebahagian Along dunia dan akhirat. Cukup kan Along?"

Mengenai Penulis Entri Ini :
Aida Ismail juga penulis untuk blog On Stage. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "Part 2: Destinasi Cinta".

4 comments:

koshary said...

baru semalam tengok show dr. fadzilah kamsah, dia cakap, kalau boleh, gaji pertama yang sikit tu, jangan lupa bagi dekat ibu, mintak murah rezeki doa ampun.

doa ibu dan ayah tu lah doa paling berkat kan, =)

jom tolong mak angkat kain ambik daun pandan pergi beli garam ambik adik dekat sekolah jom! =D

syaftome said...

mintak dijauhkan...
so, kena bersedia daripada sekarang...
apabila ibu bapa semakin dimamah usia...

r.k said...

kita semua ada tarikh luput yo ! beringat-ingatlah ..

Fina Sophie said...

hargailah apa yg ada hari ini. nothing last forever.