Friday, February 4

Rahsia di sebalik Susu Kambing


Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas, Si Tukang Tulis bersama beberapa orang rakan telah pergi ke sebuah kedai Nasi Arab di Kajang. Kami memilih 'lamb hanith' ataupun nasi arab bersama daging kambing yang telah di masak di dalam aluminium foil bersama rempah2. Bezanya dengan masakan melayu, rempah pak arab ni tak sekuat rempah bila orang kita masak. Maka kali ini, Si Tukang Tulis akan berkongsi perkara berkait dengan kambing. Si Tukang Tulis ingin berkongsi berkaitan kebaikan susu kambing berbanding susu lembu. Si Tukang Tulis terdetik untuk berkongsi tentang susu kambing setelah memikirkan kenapa Orang Arab lebih meminati kambing daripada daging lembu. Banyak sirah Nabi Muhammad yang memperihalkan tentang kambing. Kambing telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Mungkin ada yang memberi alasan bahawa di padang pasir lembu tak boleh hidup sebab kurang rumput!

Walau bagaimanapun, Si Tukang Tulis mengajak sahabat semua untuk memandang isu ini dari sudut positif. Jika Nabi Muhammad memakan kambing, pasti ada rahsia yang besar dan kita tak sedar mengenainya. 

Apa rahsianya?


Dalam kajian saintis barat, mereka mula sedar tentang kebaikan kambing berbanding lembu. Antara produk yang banyak dikaji adalah susu kambing. Dalam satu kajian di University of Granada, Doctor Javier Díaz Castro telah berjaya membuktikan bahawa susu kambing lebih baik daripada susu lembu. Susu kambing berupaya untuk menghalang penyakit ferropenic anemia (kekurangan zat besi) dan seterusnya membatu dalam menguatkan tulang. Beliau telah membuktikan bahawa susu kambing mampu memulihkan kembali mencit yang mengalami simptom ferropenic anemia selepas pengambilan susu kambing.

Banyak lagi kajian yang telah dilakukan dalam mengkaji perbezaan susu kambing dan susu lembu. Daripada segi kandungan, susu kambing kaya dengan vitamin, mineral, unsur surih, enzim, protein, asid lemak dan sebagainya. Susu kambing  juga didapati mempunyai kandungan kalsium  (32.6%) yang lebih banyak berbanding lembu (29.7% sahaja) dalam kuantiti yang sama. Kandungan asid lemak yang lebih baik juga menjadikan susu kambing sesuai untuk mencairkan kolestrol dalam salur darah. Si Tukang Tulis merasakan, orang yang pening selepas makan kambing atau minum susu kambing adalah kerana kolestrol dalam salur darah mereka cair dan menyebabkan darah mengalir dengan laju ke otak dalam masa yang singkat...Lihat perbandingan kandungan susu ibu, susu kambing dan lembu di bawah.






Jadual-jadual di atas memberi penjelasan jelas mengenai kelebihan kandungan susu kambing berbanding susu lembu.

Dalam jadual ke-3, susu kambing mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi. Kalsium penting dalam melindungi usus besar daripada bahan penyebab kanser, membantu menguatkan tulang akibat umur yang lanjut atau monopous, mengurangkan simptom pening dan migrain serta melancarkan proses metabolisma dan fungsi organ tubuh badan.

Daripada segi kesihatan pula, susu kambing hanya memerlukan 20 min untuk dicernakan berbanding susu lembu yang memerlukan lebih dari 2 jam. Susu kambing juga sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu kerana susu kambing tidak mempunyai bahan penyebab alahan (antigen) dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang membesar. Susu kambing juga mampu menghalang muntah-muntah, penyakit usus, cirit-birit, sakit dada, masalah pernafasan dan banyak lagi. Ia juga sesuai sebagai bahan menjaga kesihatan kulit. Terdapat banyak lagi kebaikan Susu kambing dan boleh dilayari daripada beberapa laman web di bawah ini.

Rujukan:
Semoga para pembaca mendapat sedikit manfaat daripada rumusan ini. Jika ada tersilap, mohon di betulkan. Jom sebar-sebarkan jika bermanfaat. Tak perlu minta izin :)



Mengenai Penulis Entri Ini :
Si Tukang Tulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Si Tukang Tulis. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.

5 comments:

therosputih said...

tak makan daging kambing, susu kambing sangat suke...acanne tu...

pearl apple said...

susu kambing nih byk kebaikan nya...bagus pd yg suka amalkannya...insya ALLAH sihat selalu kan..=)

ezzu said...

ezzu suka minum susu kmbg...hehehehe

Cikgu Nizam said...

Tapi, memang best makan kambing tapi panas.. Jadi, siapa2 yang tak tahan panas sebab ada darah tinggi, makanlah sikit2 jer.. hehehe

Write review to get paid

zahidah dihaz said...

tak makan daging kambing dan tak minum susu kambing...cam ne rasa susu kambing tu?


Hari pertama