Friday, February 25

POZER GILERR

Artikel ini adalah sumbangan daripada TheSharkox

Tadi masa aku jalan-jalan kat Facebook kawan-kawan aku, aku redah sana, terjah sini, korek sana, korek sini, haa, aku terjumpalah kawan kepada kawan aku punya kawan. Tak kenal rapat pun, nama pun taktau sebelum ni, kenal-kenal gitu ajer. Bak kata Mat, roomate aku dulu, "kenal-kenal anjing".

Bila tengok dia, aku rasa nak tergelak pun ada. Yelah..dengan dressing ala-ala budak Indie pulak sekarang ni..macam gampang. Siapa dia ni, biarlah aku rahsiakan. Dia ni memang POSER sikit dengan aliran muzik. Main ikut ajer apa yang trend sekarang ni.

Dulu waktu tahun 2002, Too Phat tengah meletup-letup dengan Anak Ayam. Too Phat Ya aa auww, dia pun Ya aa auww jugak. Dress up bagai, dengan seluar baggy, pakai cap mesti senget, cap Bulan Sabit Merah adik dia punya pun dia tibai, baju mesti jersi Hoki Ais Amerika jenama FUBU berkilat-kilat, kasut mesti Nike Air dan Adidas Lo-Fi yang beli dekat bundle kasut. Breakdance dekat Menara Condong, wajib, walaupun masa tu tengahari terik. Tuala putih mesti ada kat poket belakang dan leher. Ini semua terpengaruh dengan Too Phat punya pasal.

Tapi itu tak lama. Dalam 2 tahun lepas tu, scene hiphop ni mula slow. Masa tu skinhead tengah naik.

Ah, dia pun nak jugak jadi Mat Skin. Buang habis baggy, jersi hockey, cap, dan kasut Nike Air, tukar kepada baju Fred Perry, seluar mesti kecik kat bawah, lepas itu mesti ada suspender yang boleh gantung seluar dekat bahu tu, kasut mesti kena pakai yang brand Doctor Martin (Docmart) , tali kasut mesti warna merah, tali pinggang mesti ada paku-paku, buku lima mesti bawak, paling wajib, kepala mesti botak. Kalau tak botak, tak skin la namanya woih. Lepas tu zine mesti beli tiap-tiap bulan, lagu-lagu dari ACAB dan Roots and Boots mesti kena hafal. Lepas tu kalau bergaduh dekat depan supermarket, kira otai habis.

Itu pun tak lama. Lepas setahun dua, budak-budak Grunge naik. Dah dia pun ikut budak-budak jadi Mat Grunge pulak. Lepas itu, ikut Bad Chemical Romance pulak, pakai celak macam lepas itu entah apa pulak. Sekarang dia jadi ala-ala Mat Indie pulak. Rambut mesti macam Noh Hujan. Ah...ini semua POSER beb. POSER semata-mata.

Poser ni, kalau dalam kamus mana entah maksudnya ialah berpura-pura dalam sesuatu perkara. Tapi pada aku, poser ialah POYO. Poyo gila. Apa orang buat, dia pun nak follow jugak, Kalau tak follow, takut di cop "ko ketinggalan kereta api". Kejap tukar kejap tukar. Takde pendirian. Poser-poser macam ni jangan dipuji sangat, nanti dia orang bertambah poser. Bila bertambah poser, nanti kita bertambah meluat.

Paling tak tahan, dia pernah mengaku yang dia ni budak PEKIDA. Kalau berani, usiklah dia, nanti dia panggil abang-abang PEKIDA dia tu hentak korang baru korang tahu. Ini memang betul POSER PEKIDA. Macam gampang. Siapa-siapa tak tahu apa itu PEKIDA, korang carilah dekat internet. Jangan malas-malas.

http://thesharkox.blogspot.com/2010/10/p-o-s-e-r-gila.html

3 comments:

koshary said...

semoga dia jumpa cahaya nak kenal diri dia yang sebenar nanti, jumpa identiti diri =D

r.k said...

if he is a poser cunt why bother . just let he live the life he want as long as he do no harm .

poser is also an human being what .

Fina Sophie said...

dia masih mencari siapa diri dia. give him the chances :)