Friday, February 25

permulaan hidup di perantauan


kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri....biarpun hujan batu, tetap menjadi pilihan di hati...tak kisahla best mana pun, kita tetap nak balik ke kampung halaman...

sekarang ni, aku sudah berkampung di bintulu, smpai bila, tatau lah, masih belum ada perancangan...setakat ni, aku seronok berada di sini, mcm2 yang aku belajar, mcm2 aku jumpa karenah orang mcm mana, sume tu dah jadi sebahagian daripada pengalaman aku...bak kata pepatah, jauh berjalan, luas pengalaman...



sepanjang aku duk sini, ada satu pengalaman yang memang aku tak leh lupa...satu ari, nak beli ikan ngan ayam, sebab bahan basah kat umah dah takde...sayur baru je beli sehari sebelum tu...so, merempit ngan kawan aku, sampai2 je sana...mak aih, aku sungguh teruja beb, tgk sayur tempatan dia, pucuk paku, pastu pucuk apatah lagi, aku sendiri pun tatau...

nak beli ayam, sekalik aku bau dedak...huh...pening jap..dlm ati, pelik dah, nape kuat sangat bau dedak dia...intai dalam kedai...mak aih, dia jual ayam sekor2 idup2 gitu ke...huh...ada ayam jantan, ayam betina, ayam kampung, mcm2...mcm2 saiz...terkejut aku...bantut perasaan nak makan ayam itu hari...nnti balik semenanjung nantilah makan ayam...

gi tgk ikan...teruja lagik sekalik...banyak ikan, segar2...harga? murah2 beb...sekilo 4,5 hengget je...aku ngan kawan aku ni tak tgk sangat keadaan sekeliling, terus aim ikan mana yang nak beli...alih2, baru kami perasan...mana penjual? pembeli pun mcm takut2 je nak masuk kedai ikan tu...kenapa?

pusing kiri pusing kanan pusing belakang...baru kami perasan, pihak imigresen ngah jalankan operasi pendatang tanpa izin, habis sume penjual yang takde ic, yang meragukan ditangkap...patutlah ada ramai orang kena tangkap kat luar kedai tu, tangan berikat sume, aku ingatkan nape...aih...cuak jugak...nasib baikla tak kena langgar ngan pendatang yang cuba nak selamatkan diri...cepat2 kami blah dari situ...tp sempatla jugak beli ikan 2,3 jenis, tu pun dari kedai yang ada penjual je...yang takde penjual, tak dapek den nak nolong...

balik umah, aku rasa mcm kelakar plak, aku tak pernah ada pengalaman mcm ni, selalu tgk kat tv3, cite 360 tu, tgk imigresen tangkap pendatang, kali ni, depan2 mata...hoho

pemandangan senja dari rumah aku

notakaki : masih belum hafal jalan raya area ni



Mengenai Penulis Entri Ini :
therosputih juga penulis untuk blog therosputih. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap hari Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label therosputih. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah sudahlah malang, pastu berbau pulak .

2 comments:

faiz said...

banyak btol pendatang kat malaysia ni sekarang...

koshary said...

nasib baik tak kena tahan dengan imigresen jugak takut dia angkut semua orang dekat situ, susah =D

seronok ada pengalaman baru, membuka mata pada dunia.

macam dekat mesir jugak yeh jual
ayam hidup =D