Friday, February 25

Percaya .



" Apa ? " Puan Baiduri berpura-pura terkejut dengan nada menyindir tatkala telinganya menangkap kisah gosip hari ini . Berita Puan Kat Leow diganggu makhlus halus ketika pulang dari Kedai Sivarani sudah tersebar luas di Taman Kencana Petang . Gara-gara kemajuan teknologi , berita tersebut telah menjadi topik bualan walaupun baru beberapa jam terjadi , lebih pantas dari Hussain Bolt .

Puan Baiduri bukanlah insan asing di Taman Kencana Petang . Seorang surirumah kepada seorang pesara posmen dan juga seorang ibu kepada empat orang anak lelaki . Suaminya Encik Shahidan Hasni kini mengisi masa lapang dengan berniaga apam balik di hadapan rumah mereka di kala waktu petang .


" Mana ada hantu-hantu ni , saintifik lah sikit ." Itulah yang sering keluar dari bibir mungil wanita lewat usia tersebut . Tak padan dengan tubuh yang kecil , Puan Baiduri sering menyenda rakan-rakan beliau dengan mengatakan hanya penakut sahaja percayakan hantu-hantu ni . 

" Awak ni , habis tu siapa yang ganggu si  Ah Leow tu kalau bukan hantu ? " Kedengaran suara suaminya dari dalam rumah dengan tangannya kemas memegang bekas berisi bahan membuat apam balik . Urat-urat tangan milik tenaga tua tersebut perlahan mengembang bagi memudahkan aliran darah . " Kita ni perlu percaya benda-benda ghaib ni Bai . Jin , setan , malaikat tu semua benda ghaib . Cuma hantu ni kerjanya cuma mengganggu orang saja . Jahat ! "  Sambung Encik Shahidan Hasni sambil menarik dan menghembus nafas perlahan mengawal stamina .

" Betul bang , Bai percaya dengan benda-benda ghaib tapi mana ada hantu bang oi .. " Balas Puan Baiduri yakin setiap kali lakinya berbicara soal benda-benda ghaib .

Puan Jalimahiran bersama kenalan yang lain hanya pakat senyum melihat perbalahan sihat antara pasangan suami isteri tersebut . Mereka sudah lali dengan pendirian pasangan tersebut . Yang lakinya percaya kan hantu tetapi berkata hantu ni adalah semata-mata makhluk yang jahat . Yang isterinya pula langsung tidak percaya keujudan hantu .

" Kamu berdua jadi ke pergi ke kenduri anak Falihim dekat Port Dickson tu ? " , soal Puan Jalimahiran dengan niat menukar topik setelah pasti tiada perkembangan positif mengenai topik hantu . 

" Jadi " ,  jawab pasangan tersebut seirama .

**********

" Ada kenduri doa selamat dekat rumah pakcik dia katanya bang , bertolak lambat sikit " . Jawab Puan Baiduri setelah disoal suaminya tentang asbab Puan Jamilahiran dan keluarga tidak pergi bersama-sama mereka . Sepanjang perjalanan mereka hanya ditemani celoteh penyampai radio dari stesen yang asik isi bakul angkat sendiri . Sesekali Encik Shahidan Hasni akan mengikut rentak dan lirik lagu yang diputar . Puan Baiduri macam biasa , tidur .

Encik Shahidan Hasni melihat matahari yang terik dilangit . Beliau mula terasa letih memandu jauh . Nak disuruh isterinya ganti , kesian pula . Kereta Perotiga Duhy nya yang gah menyusur lebuhraya Seremban-Port Dickson kini semakin menghampiri kawasan rehat . Tanpa syak wasangka dan yakin , Encik Shahidan Hasni meletakkan kenderaan mereka di tempat paling starategik , di bawah pokok nan rendang .

Redup dan nyaman , getus hati muda milik orang tua tersebut . Puan Baiduri bukan nak kata tersedar , makin nikmat tidur adalah . 

**********

" Kenapa ni Dan ? " tanya Encik Mahathevan , suami kepada Puan Sivarani yang kebetulan memasang niat berhenti di kawasan rehat tersebut . Mereka juga sedang dalam perjalanan ke rumah Encik Falihim .

Salam disapa dan mereka masing-masing pergi melihat ke arah kereta Perotiga Duhy milik Encik Shahidan Hasni . Sudah lebih tiga jam Encik Shahidan Hasni dan Puan Baiduri terkandas . Entah apa silapnya , setengah jam selepas berehat , Encik Shahidan Hasni gagal menghidupkan enjin keretanya .

Puan Baiduri yang terganggu tidurnya kerana kepanasan dan dilanda kebosanan kini ditemani Puan Sivarani . Rancak mulut mereka berdua berborak diselangi kunyahan makanan ringan yang dibawa oleh Puan Sivarani . Untung jadi Puan Baiduri , dalam kereta boleh tidur . Kereta rosak boleh makan .
Beberapa puluh minit mencuba , selepas peluh-peluh memercik-mercik dan beberapa kali kedengaran Puan Baiduri sendawa , lapar gamaknya , enjin kereta Perotiga Duhy berjaya dihidupkan .

" Yes " , perlahan suara Encik Shahidan Hasni yang agak kepenatan .

Selepas melempiaskan penat dengan beberapa cawan kopi o suam , kedua-dua biji kereta keluaran Perotiga tersebut meluncur seiring ke rumah Encik Falihim . Jam hampir menunjukkan pukul tiga setengah petang ketika Encik Shahidan Hasni sampai ke perkarangan rumah Encik Falihim .

Sedikit sesi salam menyalam dan Encik Shahidan Hasni pantas dengan agenda mengisi perut beliau yang kosong . Puan Baiduri sahaja yang kelihatan bersahaja kerana terlebih awal telah mengisi perut beliau . 

Sambil makan , Encik Shahidan Hasni ralit memandang ke arah jalan masuk . Kelibat Encik Mahathevan dan Puan Sivarani masih tidak kelihatan . Encik Shahidan Hasni tidak senang duduk kerana nasinya sudah kian sedikit dan perutnya sudah datang rasa kenyang . Rokok yang dikirim daripada Encik Mahathevan masih belum lagi nampak kotaknya .

" Hah itu pun dia sampai " , sedikit menjerit akibat kegembiraan kerana kelibat Encik Mahathevan sudah kelihatan . Puan Jamilahiran dan keluarga pun kelihatan tiba serentak dengan Encik Mahathevan .

**********

" You sudah demam kah , Dan? " Soal Encik Mahathevan . Encik Mahathevan , Puan Sivarani , Puan Jamilahiran dan Encik Abdul Fakree sekeras-kerasnya mengatakan bahawa mereka berempat bergerak bersama-sama dari Taman Kencana Petang .

" Korang jangan main-main , siapa yang tolong kami tadi ? " , kata Puan Baiduri sambil masih lagi sendawa kecil .

" Betul Kak Bai , kitorang tak tipu " , Puan Jamilahiran sungguh-sungguh meyakinkan pasangan tersebut . Puan Sivarani menggangguk laju mengiyakan kenyataan Puan Jamilahiran .

" Ah sudah ! " bentak Encik Shahidan Hasni dan Puan Baiduri seirama .


Mengenai Penulis Entri Ini :
jack 'r.k' raven
r.k juga penulis untuk blog Separuh Hayat. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label r.k. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Bila .

6 comments:

KeCiK said...

Owned.

Encik Shahidan Hasni and Puan Baiduri are speechless.

Rasa macam baca novel Tamar Jalis versi mini.

:)

Aida Ismail said...

mahu terkejut kak bai. nasib tak pengsan =D

nn said...

ah sudah. siang-siang pun ada hantu.

r.k said...

KeCik : takda maknanya Tamar Jalis .. jauh panggang dari api yo !

Aida Ismail : Janji kak Bai kenyang .. keh keh keh

nn : Ah Sudah .. siang-siang hantu baik yo ! hahaha

Fina Sophie said...

apa rasanya kak bai? oren? :P

humbleyat said...

kecik:
tamar jalis? lama tak baca buku dia..:-P