Thursday, February 10

Perbezaan dahulu dan sekarang

Powered by BannerFans.com
Assalamualikum.
Apa khabar kawan-kawan? Semoga sihat selalu dan sentiasa ceria. Minggu ini minggu pertama di tempat kerja. Juga minggu pertama bergelar pekerja. Hari pertama memang sangat rilek. Al-maklumlah, semuanya masih dalam mood cuti ataupun holiday blues. Memang terasa agak liat untuk datang kerja selepas bercuti selama hampir seminggu. Dikesempatan yang ada ini saya hendak berkongsi  tentang perbezaan makan dan makanan saya yang dahulu dan sekarang.
Dahulu saya tidak akan makan sayur-sayuran yang berwarna hijau. Saya hanya akan makan sayur yang berwarna oren seperti lobak merah, tomato dan terung asam. Sekarang, saya sudah dapat makan sayuran yang berwarna hijau. Tetapi sejak dahulu sehingga sekarang, saya tidak makan sayur terung. Pernah cuba tetapi entahlah, tidak dapat menerima sayur itu.

Dahulu rasanya saya makan hanya sedikit. Sehinggakan makcik dewan makan pun selalu menegur kenapa saya makan sedikit. Sekarang ini saya sudah makan banyak. Kalau boleh semua benda saya hendak makan. Setiap dua jam saya mesti akan rasa lapar balik dan saya mesti makan sesuatu yang boleh membuatkan saya kenyang walaupun hanya roti kering cicah dengan milo.Walaupun saya kuat makan sekarang, sejak dahulu hingga sekarang: berat saya tak pernah lebih 50kg. Pernah sekali sahaja berat saya mencecah 50kg, tetapi itupun hanya beberapa minggu sahaja.

Dahulu biasanya saya makan tidak berkuah. Saya lebih suka kalau nasi saya kering. Tetapi sekarang setiap kali makan saya mesti letak kuah walaupun sedikit. Kalau hendak tahu, sejak dahulu sehingga sekarang saya memerlukan masa yang lama untuk makan. Setiap kali keluar makan dengan kawan-kawan biasanya saya akan makan dahulu sehingga makanan saya separuh barulah mereka akan mula makan. Dan kami akan habis makan sama-sama.


Dahulu setiap kali makan saya mesti tambah mayonis di nasi. Sekarang ini sudah tidak lagi. Tetapi sejak dahulu hingga sekarang saya tetap suka makan keju. Rasanya itu sahaja yang berbeza antara dahulu dan sekarang. Sebab yang lain rasanya masih sama.

Yang saya hairan dengan diri sendiri, semakin banyak saya makan terasa macam semakin kurus pula. Sudah makan supplement untuk beratkan badan pun tiada kesan. Ada tak petua untuk tambahkan berat badan?


Mengenai Penulis Entri Ini :
Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Maknea Rebellion

1 comment:

student said...

umur makin dewasa, dalam fikiran mungkin penat dengan macam-macam..jadi banyak tenaga digunakan..

oh..hanya hipoteis awal daripada saya..:)

UPDATE!
Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung