Thursday, February 10

Fasa-fasa Bercinta




ok kali ni aku mau cerita pasal fasa-fasa bercinta... hehe... berdasarkan apa yang aku baca dan perhatikan dalam kalangan kawan-kawan sekeliling aku... bercinta ni ada larr beberapa fasa... hehe... senang cerita aku bahagikan kepada tiga fasa larr yang paling mudah...



fasa 1 (3 bulan pertama)
fasa pertama adalah fasa paling indah bagi sapa-sapa yang mula bercinta... yalah bunga-bunga cinta baru mau mekar kan... hehe.. proses perkenalan masih bejalan. masing-masing teruja dengan pasangan baru masing-masingkan... jadi memang larr kan bahagia gila. inilah fasa bagi si lelaki menunjukkan kelebihan diri dia.. supaya yang perempuan teruja... perempuan pun macam tu juga.. masa ni lah mau tunjuk baik.. mau tunjuk manja... yalah.. mau tarik hati pasangan masing-masing. ...

dalam fasa ni larr juga orang yang bercinta ni kelihatan macam lupa kawan... yang utama adalah pasangan. kawan-kwan belakang kira.....bagi yang lelaki pergi tengok bola dengan kawan atau kuar minum dengan awek.. sudah tentu.. sudah pasti si kawan akan tengok bola sorang sebab minum sirap dengan awek adalah lagi penting dalam fasa ni....hehe...

fasa 2 (selepas 3 bulan hingga... 3 bulan seterusnya...)
dalam permulaan fasa ni biasanya akan berlaku sedikit konflik... sebab masing-masing sudah cukup kenal diri masing-masing... dah tau rutin pasangan masing-masing.. kalau dulu mesti sms "dah makan ker belum?" tapi dalam fasa dua ni sudah tak relevan nak tanya dah makan ker belum sebab memang dah tau rutin kan..  masa makan bila... masa tido bila... hehe...

jadi bagi sesetengah pasangan yang sebelum ni rasa sangat diambil berat.. apa bila komunikasi remeh macam 'dah makan ke belum?' tidak lagi berterusan.. mereka ada yang rasa terabai.. atau mengatakan pasangan mereka mula berubah... proses ni sebenarnya normal.  sebab secara logiknya.. pasangan anda cuba untuk kembali semula kerutin asal dorang... masa dengan kawan-kawan. kuar lepak.. habiskan masa dengan kawan-kawan.. 

sebab sebelum ni dorang dah tinggalkan sekejap semua tu demi untuk mengejar anda dan memastikan anda dorang yang punya.. skarang lepas 3 bulan macam tu dorang dah rasa secure atau pun selamat... jadi dorang pun mula lah dapatkan balik rutin kehidupan lama dorang sebelum dorang kenal anda...

jadi bagi lah dorang peluang ok.. hal ni cuma proses sementara.. sebab sebelum dah terbiasa kan dilayan bagaikan puteri... dan lepas 3 bulan ni lah juga sikap sebenar pasangan anda ditunjukkan.. jadi buatlah penilaian sehabis baik ok...huhu

fasa 3 (setahun dan seterusnya...)
kalau dah berjaya sampai ke fasa ni maknanya hubungan anda memang lah stabil sudah... tapi awas!! dalam fasa ni lain pula cabaran nya... cabaran paling utama adalah BOSAN!!.. yalah.. dah setahun sama-sama... itu-itu jugakan..  biasalah manusia ni... tak kira laki ka perempuan.. dua-dua sama saja.. cepat bosan... hehe..
dalam fasa ni berhati-hati larr.. pandai-pandai larr cari kelainan ok.. supaya tak bosan.. takpun cepat-cepat larr masuk meminang... setahun tu kira cukup lama dah... huhu.. lainlah kalau niat di hati tu masih mau bereksperimen... hehe...

heheh itu lah dia fasa-fasa asas dalam bercinta ni..boleh lah apply ilmu ni lepas ni.. . hehe owh  ini cuma teori semata-mata ok.. tak pernah dibuktikan secara praktikal oleh aku..hehe... 


Mengenai Penulis Entri Ini :
Zulkifly juga penulis untuk blog Dariku Zulkifly. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin/Selasa/Rabu/Khamis/Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Zulkifly. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Aku, Emosi dan Makan....

6 comments:

dyg said...

praktikalnya nanti...hehehe...

amalmeor said...

Entri yang menarik.
Rasanya memang betul pun.Masa mula2 dapat memang dunia ni hanya ada 'Engkau & Aku'.Tunggu la lama sikit then baru tau kan-er...berdasarkan observation experience org keliling!

koshary said...

dah lama sangat, cepat cepatlah meminang. bina keluarga penuh cabaran confirm tak bosan =D

student said...

perbezaan lelaki dan perempuan membuatkan kehidupan ini penuh warna-warni untuk 'dinikmati'!:)

UPDATE!
Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung

nn said...

agree. after 1 year memang susah juga relationship nak survive. kalau before tu gaduh biasa-biasa je, lepas 1 year, gaduh dia lain macam semacam. pening kepala.

puteri_kebayan said...

wah..nice entry;)
pd sy, 3 bln ptma tu...pnuh dgn cbaran sb masing2 bru nak kenal antra stu sama lain..byk nak kena blaja n terima diri dia seadanya dia...
huhuhuhu