Monday, February 21

Namamu Dalam Ingatan


Pernahkah anda di dalam situasi ini, dimana anda tidak boleh mengingati nama orang lain? Pernahkah anda, tidak dapat mengingati nama orang yang pernah anda jumpa.
Bukan main bergurau senda bagai sudah lama kenal, tapi namanya tidak pernah nak ingat. Jangan risau, situasi ini banyak berlaku di kalangan kita.
Kadangkala ia amat mengecewakan, anda tahu siapa mereka, cuma nama yang anda tidak ingat.
Dan saya pasti, dan saya percaya, mereka pasti gembira dan senang hati, jika kita dapat mengingati nama mereka, setelah perjumpaan yang pertama.

Jangan bimbang, ianya semulajadi. [source]

Bagi saya, perkara ini selalu berlaku.
Tidak pernah dapat mengingati nama mereka.
Saya tahu siapa mereka tetapi malangnya, bukan nama mereka.



Dalam kehidupan ini, apatah lagi bagi mereka yang sudah dewasa, pasti selalu menjelajah ke sana ke mari. Dan pastinya dalam perjalanan itu, pasti kita akan menemui orang baru. Tidak kira lah orang asing, juga merupakan seorang penjelajah ataupun budak kecil yang menjadi penunjuk jalan dalam perjalanan itu. Yang pasti, kita akan berjumpa dengan orang baru. Tidak kiralah di mana jua sekalipun. Baik di tempat kerja mahupun di perantauan ataupun sekadar di kedai kopi. Walaupun begitu, bagi saya, tidak mustahil juga kita melupakan nama mereka ataupun mereka melupakan nama kita. Bukankah otak manusia tidak seperti komputer. Boleh menyimpan data dalam sekelip mata. Dan kadangkala, percaya atau tidak, kita keliru seketika. Wajah tidak dapat dikaitkan dengan nama. Apatah lagi jika nama dan rupa hampir sama. Jadi untuk itu, tips ini sangat berguna bagi mereka yang selalu lupa. Macam saya.

Jom, mari kita lihat tips berguna untuk kuatkan daya ingatan di dalam kepala:
1. Fokus
Sepertimana yang pernah saya utarakan sebelum ini, kebolehan mendengar sangat berguna. Dan di sinilah salah satu fungsinya. Dan di sini lah juga tibanya masa untuk mempraktiskannya. Untuk itu, di sini amat penting untuk memberi fokus kepada mereka. Tumpukan perhatian kepada segala kata-kata. Tumpukan minat untuk menarik perhatian mereka pula. Kerana pasti, ianya sangat berguna untuk langkah seterusnya.

2. Ulang
Ulangi nama mereka selepas mereka memperkenalkan diri mereka. Saya selalu melihat perlakuan ini dalam tayangan filem di barat sana. Ianya sangat berguna. Walaupun begitu, dalam budaya kita, kita jarang melakukannya. Ianya nampak pelik, kerana itu apa yang saya fikir dan saya rasa.
Tips Percuma: Bayangkan nama mereka di dahi mereka. [source]

3. Guna
Gunakan nama mereka dalam satu ayat. Contohnya; "Fieza, apa pendapat awak mengenai pemanasan global?", "Awak ada apa-apa nak cakap, Nana?" Gunakan nama mereka di peringkat awal perkenalan untuk beramah mesra. Tetapi, jangan berlebihan. Ianya akan nampak biadap dan kurang menyenangkan bagi mereka. Menimbulkan rasa tidak selesa.

4. Gabung
Apabila kita berjumpa dengan orang baru, cuba untuk bayangkan diri mereka didalam kepala. Cuba tangkap impresi pertama yang mereka tonjolkan. Cuba selami maklumat yang mereka sampaikan. Kemudian, barulah kita gabungkan nama dengan informasi tersebut.
Sebagai contoh:
"Fieza, rambut pendek, riverside, from lundu."
"Nana, baju kurung, skaf merah, kelab sains."

5. Simpan
Setelah langkah kelima, apa yang anda perlu buat kini, adalah untuk menyimpan semua data tersebut. Bukan setakat di dalam kepala, tetapi juga di dalam komputer riba, di dalam buku, ataupun lekatkan di dinding di tempat kerja. Supaya mudah, untuk anda rujuk semula. Bila memerlukannya.
Tidak perlulah pakai tag nama sepanjang masa.

Sebenarnya, masih banyak lagi tips dan cara untuk mengingati nama, tetapi sekurang-kurangnya anda sudah tahu mengenai salah satu cara untuk mengingati nama orang lain di luar sana.
Dan akhir kata, jika anda didekati oleh seseorang yang mengenali anda, tetapi anda tidak mengingati mereka, jangan malu dan jangan segan untuk bertanya. "Maafkan saya, pernahkah kita berjumpa sebelum ini?", "Maafkan saya, boleh saya tahu nama anda?". Setidak-tidaknya dengan cara ini, anda tidak berkelakuan kasar dan anda tidak akan peningkan kepala untuk mengingati nama mereka di kemudian hari. Jadi, dengan ini, jangan malu-malu dan beranikan diri untuk mencuba.

syaftome
letakkan deskripsi selepas nama di dalam kontak telefon


Mengenai Penulis Entri Ini :
syaftome juga penulis untuk blog Tour of My Existence. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label syaftome. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Pāto 31 ~ A Month Passed By.

10 comments:

Wyna Nubies said...

hohh??
pernah berlaku..
ha3

nn said...

pernah rasa cemni masa tengah larian. berlari-lari tiba-tiba ada orang panggil nama. kenal muka tapi tak ingat kenal dari mana and nama. segan gila nak tanya. adoi. sampai sekarang kengkadang terfikir siapa sebenarnya dia.



Somewhat Different : Black Swan

chenta said...

alami benda ni!selalu je jalan2 pastu orang panggil nama..pastu tak tahu nama dia..ahahaha..kesian orang tu :P

syaftome said...

wyna: kan...
semua orang pasti pernah lalui pengalaman tue...

nn: haha...itulah pasal...puas pikir...tp xkan pernah nak ingat balik...

chenta: memang kesian pun...kalau kena kat kita pun...mesti rasa sedih kan...

g0m0k9enDek said...

last2 kena tanya jugak ke?? malulah kalo dah lupe.. adesshh.. salu sangat kes nih berlaku. padahal orang tu tegur kita dengan semangatnya panggil nama kita kan?? haha..

ct N honey said...

kalau dah ditegur tu,layan aje lah,walaupun tak ingat nama.

syaftome said...

g0m0k9enDek: mesti kena tanya...kalau x...kesian kat dorang...

ct N honey: layan jer...jgn buat derk jer...hehe...

anyss said...

Salam,
Selalu jadi...sangat susah nak matchkan muka dengan nama orang


Terkini di blog saya;

Berapa banyak Cukup Untuk Kita

syaftome said...

Anyss: btul tue...kalau lahada nama dorang kat kepala...heehe

Fina Sophie said...

isu simple, tp penting dlm kehidupan harian kita kan? thanks for sharing ur thoughts :)