Monday, February 7

Mengenang Orang Yang Entah Di Mana

Kenangan-kenangan manis memang sedap untuk dikenang. Sekadar mahu berkongsi sedikit cerita hidup peribadi - kerana entri kali ini saya mahu supaya nadanya ringan-ringan sahaja - kerana saya sendiri tidak mahu menekan diri sendiri. Hari ini akan bermula waktu-waktu sibuk dan sukar semula.

Berbalik kepada hal yang mahu saya kongsikan - suatu masa dahulu sewaktu saya belajar di suatu kolej - masih belasan tahun ketika itu - saya telah terpesona melihat kecantikan seorang gadis - barangkali itu sesuatu yang biasa bagi seorang lelaki - dan saya tahu gadis itu sebenarnya senior saya - apabila terfikir semula, seperti lucu pun ada :)


Kali pertama melihat dia - dia memang ayu dan wajahnya manis serta kelihatan sangat tenang - bagai tiada yang mengganggu jiwanya. Mulanya biasa sahaja - sehingga hari-hari berikutnya di kolej itu - saya sentiasa melihat gadis itu - keayuan dan kemanisannya seolah semakin terselah.

Saya ciptakan satu puisi untuknya beserta sebuah "flash presentation" dilatari lagu "Istimewa" - saya "burn" kan dalam CD dan meminta tolong seorang kawan sekelas memberi kepada gadis tersebut. Dan saya kekal "anonymous" - tetapi akhirnya terbongkar.

Dia mahu bertemu dengan saya - dan saya "nervous" - katanya dia terharu dengan pemberian saya dan tidak sangka ada orang yang menghargainya sebegitu.

Ah, itu satu kenangan manis pada saya  - walau saya hanya kenal dia buat seketika. Kini saya tidak tahu di mana dia. Barangkali sudah berumah tangga dan punya cahaya mata. Dia memang cantik, ayu dan manis, tetapi pada saya dia umpama "kakak" dan saya tidak punya perasan lebih daripada itu.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Fyzal juga penulis untuk blog Fyzal's Territory Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fyzal. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah 

4 comments:

therosputih said...

teringat kenangan lama...

Liz said...

kenangan ku bersama mu lalaala~

Fyzal said...

yerp.. akhirnya sekadar sandarkan pada kenangan...

chenta said...

fuh..~~jiwang juga ni ^_^