Monday, February 14

Masalah dalam persatuan.


Assalamualaikum dan semoga sihat sentiasa. 

Saya beranggapan, ramai dalam kalangan pembaca blog ini terdiri daripada pelajar universiti. Mungkin ada di antara kita yang memegang jawatan dalam persatuan di universiti masing-masing. Namun, dalam berpersatuan, kita tidak dapat lari dari menghadapi masalah dalaman dalam sesebuah organisasi. 


Kadang kala, walaupun bekerja dalam satu persatuan, namun tidak semua ahli dapat memberi kerjasama yang sewajarnya. Buktinya, ada yang memberontak dan menentang presiden, ada yang bercakap-cakap di belakang bila exco bercakap, ada yang tidak menghormati exco-exco dalam organisasi sendiri, ada yang bersikap sambil lewa dengan kerja, tidak amanah dan ikhlas apabila melakukan sesuatu kerja, melakukan kerja dengan terpaksa dan banyak lagi masalah yang timbul dalam persatuan.

Mengapa semua ini terjadi? Mungkin rasa ketidakpuasan hati terhadap cara gaya yang dibawa oleh presiden persatuan. Maka, sesetengah exco mula menimbulkan masalah yang menyebabkan organisasi itu tidak kuat untuk berdiri. Seterusnya, exco yang bermasalah itu merasakan bahawa idea yang dilontarkan tak diendahkan oleh semua exco. Pabila menyuarakan pendapat, exco berkenaan tidak mendapat sokongan majority. Maka, berlaku lah masalah-masalah seperti di atas. Selain itu, mereka beranggapan bahawa pangkat tak penting. Hanya sekadar pada nama sahaja. Jadi, mereka bekerja sambil lewa dan dalam keadaan terpaksa. In organization pangkat tak beri apa-apa makna. 

Jadi, bagaimana caranya untuk mengatasi masalah-masalah ini? Pertama, Presiden yang bertanggungjawab dalam mengatasi masalah-masalah yang terdapat dalam organisasi. Kerana, presiden berperanan penting dalam usaha untuk menarik hati exco-exco dan menyatu padukan semua exco. Bagi masalah exco yang tidak menghormati presiden, sepatutnya presiden atau Majlis Tertinggi menjadikan diri mereka setaraf dengan exco-exco lain bagi mengelakkan jurang antara para exco. Presiden memainkan peranan penting dalam usaha untuk menyelamatkan organisasi yang bermasalah. Yang mana, ungkapan ‘berjiwa rakyat’ harus ada dalam diri presiden tersebut. 

Kesimpulannya, bilamana semua exco dapat memberi kerjasama dan presiden berusaha untuk menyemai istilah ‘presiden yang berjiwa rakyat’, maka sesebuah organisasi itu akan berjaya dengan jayanya tanpa ada masalah-masalah besar.


Mengenai Penulis Entri Ini :
afifaa. juga penulis untuk blog .wilayah afifaa.. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label afifaa.. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Tolong baca untuk saya boleh? wajib baca satu-satu :P.

3 comments:

kusut said...

oh office politics (tak kisah la level universiti atau profesional) memang satu benda yg leceh. tapi aku rase fact is, kita manusia takkan boleh puaskan hati semua. so like it or not, office politics are here to stay

aku rase mempersoal tu bagus. tapi it's better lah kalau tak terlebih emotional bila mempersoal. which is what lots of people fail to do.

nn said...

kalau nak mempersoal something make sure untuk kepentingan bersama. bukan untuk kepentingan sendiri sahaja.

paling tak best, bila before jadi presiden persatuan bukan main baik dengan semua orang. lepas dah dapat jadi presiden, berlagak bukan main. semua benda dibuat untuk kepentingan sendiri. menyampah dengan golongan macam tu.

anyss said...

Salam,
Ramai orang ada agenda sendiri bila berpesatuan. Kalau agenda tu terlampau diutamakan, itu yang nampak pincang kat sana sini. Dah tak ramai yang nak "berjuang" sebenarnya...payah nak cari dah. mesti ada sebab perjuangan tu...


Terkini di blog saya;

Berapa banyak Cukup Untuk Kita