Friday, February 25

Mana perginya Budi Bahasa?

Artikel ini adalah sumbangan daripada Cik Dara

Penat hari ni belum kebah lagi tapi masalah tak habis-habis datang bertimpa..
Ini yang buat aku hangin satu badan kalau budi bahasa tidak dipratikkan selalu..
Hari ni aku tak nak melalut panjang lebar,tak nak conar2 jauh-jauh,
aku hangin dengan orang yang buat-buat salah nombor ataupun aku yang salah nombor bila dail kat orang lain.

Situasi pertama:

Miskol....miskol...miskol....dan terus miskol..
aku paling hangin satu badan kalau tak de hal yang penting tapi miskol jer keje kat nombor aku..
'aku tanya 'salam,ni siapa main miskol-miskol,macam budak kecik jer?'
dia jawap pulak ' uii,garang sangat..kalau tak nak orang miskol,p dok utan lah'
Aku yang menanya dengan baik dan lemah gemalai,dia jawap aku macam tu..
Lepas tu cakap nak berkenalan..pirahhhhh! aku tak suka sebab ayat ko jawap tu dah petanda ko tak da budi bahasa.



Situasi ke-2:

Miskol...miskol dan miskol...
Aku tanya siapa ni,adahal penting ker sampai banyak kali miskol..
nak tanya,ni nombor nina {bukan nama sebenar} ker?
'Sorry ya,ni bukan nina tapi dara'
dia jawap balik, 'oi! ko jangan nak main-main,aku tanya nina!'
Sikit lagi nak jatuh jantung aku bila orang dah cakap kasar macam ni.
Masih sabar lagi dan cakap kat unknown tu, 'encik ke cik, nina yang awak cari tak ada dan awak salah nombor ni'
Lepas aku tiup sikit jer belaian jiwa,terus cakap nak berkenalan boleh?
porrrahhhhh! aku reject sama skali..sebab aku tak kenal mana asal usul ko.
Lepas tu hambur balik kata-kata kesat kat aku..
korang pk apa?


Situasi ke-3:

Abah aku anta mesej kat kawan dia tapi nombor tu dah hilang,
abah aku tanya tangki racun yang diorang pakai hari tu tapi apa yang abah aku dapat?
Abah aku dapat maki hamun,caci maki,kata-kata kesat dari si unknown yang kemungkinan pakai nombor tu..

Mana budi bahasa semua orang ni..banyak lagi tapi tak sempat cerita..
jangan sampai aku jadi hulk sudah..aku masih fikir mata-mata yang akan memandang bila aku bertukar nanti..bukan nak tengok apa pun kan..

p/s: orang yang kuat bukan sebab kuatnya dia mengangkat barangnya berat tetapi kuatnya dia bila dapat menahan sabar.

2 comments:

koshary said...

situasi 1 & 2, memang memalukan kaum Adam. malu malu =D

budi bahasa memang dah makin pudar, sampaikan bila pergi kaunter bank or tiket, kita mula dengan 'salamalaikum/selamat pagi' mesti orang kaunter tu terkejut, siap senyum layan kita dengan best sebab tak ramai buat macam tu, try tengok =D

Fina Sophie said...

ergh. alergik la dgn lelaki mcm tu. lepas itu ini, tak malu nak berkenalan? kalo face to face tu jgn harapla nak buat mcm tu XD