Monday, February 28

Laserdisk : Moyang Kepada Blu-Ray


Laserdisk
Menakjubkan apabila survey yang aku buat di internet, rata-rata title filem yang pernah dicetak ke Laserdisc (LD) agak rare dan kuantiti yang diconvertkan kepada DVD amat terhad kecuali filem Box Office. Contohnya filem RAD (BMX), dan banyak lagi. Kalau dulu harga sekeping LD boleh mencecah hingga RM500 seunit tapi kini dari RM 5 hingga RM 30 saja. Yang bestnya, kesemua LD ini adalah original dan tak ada pirate copy.

Laserdisk filem RAD : cerita pasal BMX

Memang tak ramai yang tahu pasal LD ni dan mungkin juga kegunaan LD ni amat terhad sebab saiznya sama besar dengan Piring Hitam (LP) iaitu 12 inci. Namun begitu, kepuasan menonton filem dari LD amat menakjubkan. Seolah-olah menonton mini pawagam dirumah (sebab dulu mini pawagam memang guna format LD untuk tayangan). Harus diingat, penggunaan LD ini juga hanya terhad kepada set televisyen lama saja. LCD, LED tak boleh sebab tak dapat menampung kualiti gambar LD.

Cara simpanan macam piring hitam

Kalau saiz LD pun dah 12 inci, bayangkanlah saiz playernya. Setakat ni aku ada lebih kurang 10 keping LD saja (including playernya).  Longgokan LD boleh diperolehi dengan mudah dan harga yang amat murah. Di Pulau Pinang, boleh cari di Lorong Kulit (Ropewalk), Ipoh - Lokkin, KL - Amcorp dan nak mudah lagi di mudah.my.

Ok ni lah saiz sebenar laserdisk bila dibandingkan dengan disk biasa. Besar punyaaa..

Mengenai Penulis Entri Ini :
Tupai Karan juga penulis untuk blog @hatitupai. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Tupai Karan. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Boleh Bikin Harta Pusaka.

4 comments:

KeCiK said...

First!

Kool gila. Last time tengok movie in LD form was Rambo. Paling best tengok arrow dia bentuk cone shape, real gila.

Dulu LD punya player macam PS, tempat letak cd bukak dari atas.

nn said...

first and last time tengok LD ni Michael Jackson punya music videos kot. masa tu 1998. tu pun, member punya. tak mampulah kalau nak ada kat rumah sendiri. huhu

Fina Sophie said...

tak pernahhhh tsk T_T

humbleyat said...

tetiba teringat piring hitam zama P.Ramlee..T.T

nice info:-)