Tuesday, February 22

KISAH SI PUSTAKAWAN



Hello Readers......hai

jom kita ikuti kisah seorang Pustakawan......



Diceritakan bahawa pada suatu malam yang hening, seorang pustakawan di Perputakaan sebuah Universiti ternama baru sahaja pulang ke rumahnya. Walaupun beliau telah meninggalkan tempat kerjanya tepat jam 5.01 petang, tetapi beliau hanyalah tiba di rumah tepat jam 9.02 malam disebabkan jalan yang sangat sesak.

Setelah sampai, beliau terus mandi dan makan malam. Melihat jam sudah menghampiri pukul 1o malam, beliau pun terus menghidupkan TV untuk menonton filem yang bakal disiarkan oleh stesen televisyen swasta. Baru hendak melabuhkan punggung beliau di atas sofa merah yang empuk di ruang tamu, telefon rumahnya pulak yang berdering.


"King Kong mana pulak yang telefon malam-malam buta ni. Orang nak bersenang-lenang pun terbantut. Haih..." bisik hati kecil si pustakawan itu.

Walaupun punggung terasa berat seperti ada besi 32 tan kat dalam, tapi digagahkan jugak kudratnya untuk mengangkat gagang telefonyang menggunakan perkhidmatan Telekom Malaysia itu.

"Hello, siapakah gerangannya yang menelefon ini?" kata si pustakawan dengan ayat yang agak skema.

"Saya Fikri. Boleh saya tanya pukul berapa perpustakaan akan dibuka esok?" tanya si penelefon yang bernama Fikri itu dengan sopan santun dan penuh berhemah.


"Perpustakaan akan dibuka pada jam 9 pagi. Ada apa hal yang encik telefon malam-malam buta ni?" tanya si pustakawan dengan nada yang agak tinggi disebabkan telah terlepas menonton pembukaan siaran filem di televisyen buruknya itu.

"Err... Boleh tak kalau esok perpustakaan dibuka awal sedikit?" pinta si Fikri.

"What the fish! Saya makan gaji untuk buka perpustakaan jam 9 pagi tahu! Takde-takde... Esok ke, lusa ke, tulat ke, tahun depan ke, perpustakaan tetap akan dibuka jam 9 pagi. Ngerti?!" balas si pustakawan dengan agak kasar.


"Tapi cik... Saya mintak esok je encik tolong bukak awal sikit... Penting sangat... Boleh ye cik?" pinta Fikri dengan nada memujuk.

"Ahh! Apa yang penting sangat, hah?! Takkan la tak boleh nak tunggu sampai pukul 9 untuk masuk dalam perpustaakaan?!" kata si pustakawan dengan nada yang sedikit menjerit.

Dengan nada kesal, Fikri pun membalas, " Siapa kata saya mahu masuk... Saya sebenarnya mahu KELUAR..."



Pustakawan itu terkedu buat seketika.

pernah tak terperangkap dalam library...? huhuhu

ada pengajaran yang boleh kita dapati dari kisah ini...

Budi Bahasa Budaya Kita........tak salah rasanya kalau jawab elok-elok..betul tak...? Si Fikri punya la sopan santu...

renung-renungkan.......ye

Special thanks to : Mr Fiq

Mengenai Penulis Entri Ini :
nabilah_2908 juga penulis untuk blog APA KATA HATI. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap SELASA dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label nabilah_2908. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah AUTOMATIK PING BLOG KE FACEBOOK.

4 comments:

nn said...

tak pernah stuck dalam library tapi ada member pernah stuck dalam lab. lab tu dah lah menakutkan ada janin baby dalam balang, ular di awet and binatang-binatang lain. biasalah kan, lab sains.

anyss said...

Salam,
Penah terperangkap tapi 2 jam je...masa orang pi solat Jumaat. mana nak tau depa tutup masa tu hu hu hu


Terkini di blog saya;

Berapa banyak Cukup Untuk Kita

r.k said...

kalau stuck ada geng boleh layan la .. tapi kalau sorang-sorang nak buat kejadah apa kan ?

Fina Sophie said...

tragik juga, tp kalau fikir balik, msti funny kan? :)