Tuesday, February 15

Kesabaran Hati


Assalam…
Selamat pagi..pagi yang damai moga-moga membawa seribu keberkatan..Sudah lama aku tidak menulis diruangan ini…sibuk sangat dengan test…dengan cuti..hehheee…kali ni baru ada kelapangan. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL bagi seluruh umat Islam..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi bernafas dibumi ini.
Untuk kali ini aku ingin berbicara tentang kesabaran hati..bukan Ketulusan Hati lagu Marshanda tu..hehehe... Bak kata “sabar itu separuh daripada iman” tetapi boleh kah kita mencapai kesabaran pada tahap yang tertinggi?? Kebahagiaan, kegembiraan, kekecewaan, kedukaan semua itu menjadi sebahagian daripada hidup kita. Dan sudah lumrah hidup juga, apabila kita tidak mendapat sesuatu seperti yang diimpikan, mulalah nak meraung tak hengat dunia..Justeru,disebabkan itulah sabar adalah elemen penting dalam hidup kita. 
Orang yang sabar adalah orang tidak pernah menyalahkan apa yang terjadi dalam kehidupan nya. Orang yang sabar adalah orang yang dapat melembutkan hati orang lain..contohnya dalam berpasangan, semestinya orang yang sabar memujuk pastinya akan lebih disayangi dan dihormati..betul tak??

Kesabaran juga dapat mendewasakan pemikiran seseorang..Contohnya,kalau kita berada dalam situasi pergaduhan…orang yang sabar takkan main tarik2 rambut..takkan main aci sepak jer..orang yang sabar hanya diam dan menegakkan kebenaran dengan cara yang betul. Orang yang sabar dapat menghapuskan seribu amarah didalam hatinya.
Begitu juga apabila kita berasa “down” terhadap apa yang kita lakukan..sabar dan yakinlah..yang pasti ada hasilnya nanti. Untuk menjadikan diri kita seorang penyabar..kita hendaklah pandai mengawal emosi. Contohnya apabila berada dalam keadaan marah, cuba2lah amik wuduk,beristigfar banyak2, jangan nak baling barang2 jer kejenyer..tak de pekdah namanyer..dan yang paling penting bertahan dalam senyuman..tapi jangan senyum tak tentu arah pulak..kang tak pasal2 orang cop baru kuar hospital bahagia..hehehe..
Aku nak jugak tanya korang…hurm..Apa pulak pandapat korang terhadap orang yang sabar ni??adakah mereka mudah dimanipulasikan atau tidak??adakah mereka terlalu naïf??Ceciter sikit..
Oklah…setakat ini sahaja bicara terhadap kesabaran..apapun “sabar separuh daripada iman,mutiara berharga bagi sebuah hati dan elemen yang penting dalam pembentukan jati diri kearah yang lebih baik..” Assalam..


Mengenai Penulis Entri Ini :
GadisMerahJambu juga penulis untuk blog Ceritera Gadis Merah Jambu. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Gadis Merah Jambu. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah P.S I LOVE YOU.

4 comments:

kusut said...

aku rase naif dan sabar tu berbeza. kesabaran brings composure dan jugak confidence, tapi naivety cumalah sorang yg tak sedar akan situasi sebenar yg ada depan dia.

org yg sabar ni bagus, satu virtue yg sekarang ni agak rare dlm manusia moden.

Gadis Merah Jambu said...

erm..mmg..tp kadang2 aku tgk org y sbr ni terlalu naif...kdg2 mgikut jer..smpaikan hti sendiri tluka..tp diorg ttp sbr...

Fina Sophie said...

hati yang terdidik adalah hati yang penuh dengan kesabaran :)

anyss said...

Salam,
Sabar pun ada batas, kalau sampai kena pijak kepala...hambuk je lah!
hah, tengok...dah pun tak sabar!

Kena tengok situasi juga kalau nak sabar. Ada masa sabar banyak selesaikan masalah, tapi kalau sabar tu akan tambah lagi masalah...kenalah pandai2 bertindak.


Terkini di blog saya;

Berapa banyak Cukup Untuk Kita