Friday, February 11

Kempen "Katakan Tidak Kepada Valentine's Day"


Assalamualaikum...

Ada banyak Si Tukang Tulis nak kongsi, memandangkan masa yang suntuk, jadi Si Tukang Tulis akan tumpukan kepada perkara yang lebih utama. Kali ini Si Tukang Tulis nak ajak sahabat sekalian untuk berkongsi kempen "Katakan Tidak Kepada Valentine's Day" yang pasti ramai yang menunggu ketibaan hari tersebut pada 14 Februari ini. Kebetulan khutbah Jumaat hari ini menjelaskan peri pentingnya kita mengingatkan para remaja dan sesiapa sahaja bahawa tiada alasan munasabah untuk umat Islam menyambut hari Valentine ini.

haih...apa isunya ni...

Umum mengetahui bahawa sambutan hari kekasih ini sangatlah bercanggah dengan norma dan prinsip Islam yang hanya menerima perkahwinan sebagai satu-satunya jalan untuk dua insan berlainan jantina berkasih-kasihan yang diikat dengan akidah Islam. Sesungguhnya kasih sayang sebelum perkahwinan adalah satu tipu daya syaitan yang mencantikkan kasih sayang itu supaya ia nampak indah dan lazat sehingga membawa kepada tuntutan syahwat.

Kesan daripada tipu daya ini akhirnya membawa negara kita semakin hampir dengan gaya hidup masyarakat Jahiliah sebelum kedatangan Islam di mana maruah wanita tergadai begitu sahaja, Lelaki menjadi buas dengan tuntutan nafsu dan akhirnya keduanya hanyut dalam lautan nafsu dan syahwat yang sementara. Apabila tersedar, segalanya sudah terlambat dan ia tidak lagi berguna...akhirnya berlakulah pembuangan bayi...pembunuhan anak-anak dan sebagainya yang kita dah tahu melalui media masa...

Untuk itu, mari kita sama-sama berkempen untuk "Katakan Tidak Kepada Valentine's Day" dengan membuat satu en3 berkaitan dengannya ataupun berkongsi gambar di bawah ini di sidebar blog kita semua. Semoga usaha yang kecil ini berupaya menyelamatkan segelintir mereka yang lalai...Kita hanya berusaha untuk menghalang perkara yang lebih parah dari berlaku. Tiada ruginya kita berpesan-pesan dalam kebaikan :)


I Luv Islam.com


Mengenai Penulis Entri Ini :
Si Tukang Tulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Si Tukang Tulis. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.

4 comments:

g0m0k9enDek said...

kempen nih patut buat sepanjang tahun...

FareedSairi said...

@gomok9endek
patutnyalah, tapi sempena org nak siuk Valentine day ni, kasi cucuk jarum skali. hehehe

Irwan said...

sebagai penguat kempen, kita ikuti ijmak ulamak tentang hari kekasih:

http://payabesarpedas.blogspot.com/2011/02/boleh-ke-idak-menyambut-valentines-day.html

sedangkan umat ilsam sepatutnya memperingati kekasih sebenar:


http://payabesarpedas.blogspot.com/2011/02/selamat-hari-lahir-ya-rasulullah.html

anyss said...

Salam,

Perlu ada gerakan besar-besaran sebar hal ni. Sekarang ni, sambutan benda ni macam WAJIB lah pulak...remaja kita terlalu suka ikut...

Terkini di blog saya;

Berapa banyak Cukup Untuk Kita