Thursday, February 24

Jawapan kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"


Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".


Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ


Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬


Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا


Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ


Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ


"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ


"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا


"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Sumber: Sila klik di sini.


Mengenai Penulis Entri Ini :
Fadzrul Hisyam juga penulis untuk blog Fadzrulhisyam. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fadzrul Hisyam. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kabinet MPP UMP Sesi 2011/2012.

10 comments:

zahidah dihaz said...

thank for sharing...hari tu pun saya agak pelik kenapa mereka menyebarkan tentang jangan guna "salam"..


New Entry: Cincin pertunangan patah, cincin perkahwinan hilang: Apakah petandanya?

||aLeaSaRa|| said...

kite pun tsk brpa setuju dgn artikel tu.pelik ngape 'salam' pun tak blh.jgnlah mengelirukan fikiran umat islam..cukup2lah...byk lagi benda penting yg perlu umat islam kaji,selidik dan perbaiki.

nn said...

ni lah yang jadi bila orang tafsirkan ayat ikut kepentingan dia je. nak buktikan dia punya teori betul. orang lain pulak percaya bulat-bulat.

setakat ni tak pernah baca and tak tau pun pasal artikel jangan guna perkataan SALAM tu.

Pilihan Raya Kampus 2011

zeqzeq said...

kembali kepad persoalannya bila tak faham terus tanya secara langsung..ini lah akibatny amalu bertanya bila ada forum. dgr dan salin.dgn khusuk.

konsep prioriti dalam islam..
byk perkara memang buat TAK SALAH kecuali yang termaktub HARAM..
yg ditekankan adalah lebih baik atau sia sia..
lebih baik sikit kurang baik..

satahu saya SALAM bukan asma husna..

hanya AS SALAM nama dari 99 Allah..
jadi dari segi lebih elok (tak semestinya ayat JANGAN)gunakan as-salam supaya tiap kata-kata dapat saham.

ayat "salam" tak boleh berdiri dgn sendiri..itu wajarnya..
..salam Rasul salam..

*pendapat peribadi.

sNoe~ said...

ya.. kadang-kadang kita perlu meneliti sebelum menyampaikan pada org lain..

Aida Ismail said...

Mungkin ada benarnya. Tapi macam mana pulak kalau perkara ini dilihat dari perspektif yang berlainan. Contohnya, seseorang menghantar SMS memulakan dengan perkataan "salam". Dan kadang-kadang, dalam diri manusia ni tak ada rasa sedar. Kita hanya baca perkataan tersebut dengan "salam" tapi tidak pula membalas dengan waalaikumussalam. Jadi boleh ke perkataan "salam" ni mewakili "assalamualaikum"? Sebagai contoh lain, bila kita dengar ada berita kematian. Cepat-cepat kita sebut "al-fatihah" tapi banyak mana je yang betul-betul baca surah al-fatihah? hanya sebagai renungan. cikda bukan yang arif, tapi sekadar meluahkan apa yang terfikir. =)

koshary said...

penggunaan salam banyak digunakan dalam dunia siber dan semasa sms, nak jimat masa agaknya kan, macam happy birthday jadi hb.=D

maksud perkataan 'salam' tu pun memang banyak, commentator bola mesir pun selalu guna 'ya salam' bila merujuk pada jaringan gol =D

apa pun isunya, apa salahnya kita beri salam secara penuh, 'salam' itu boleh membawa pada maksud 'sejahtera'. kalau assalamualaikum terlalu panjang, anda boleh tulis; 'salamalaik'-sejahtera ke atas mu, alternatif yang lebih lengkap dan membawa makna. tambah -alaik je.

salamalaikum semua =)

maicher said...

terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.

Man SorZ said...

Saya setuju dengan pendapat zeq-zeq.

ayat "salam" tak boleh berdiri dgn sendiri..itu wajarnya..

Setiap ayat yg mempunyai 'Salam' ada ayat permulaan dan ayat berikutnya.

ACIK said...

Kalau macam tu kata zeqzeq dan man sorz maknaya Salam 1 malaysua ada lah salah dan mufti mufti dan ahli agama dan ulamak ulamak di malaysia ne (dr maza, dr uzar, dato harun din, dato hassan din etc) tidak cukup berpengetahuan dlm isu salam or SALAM 1 MALAYSIA. Sebab ianya digunakan secara meluas di malaysia ne.