Tuesday, February 8

Inikah dia cinta pandang pertama?






"Tumpang lalu," tiba-tiba seorang lelaki minta aku mengalihkan sedikit badanku yang mungkin 'terover' besarnya di tengah-tengah beranda kaki lima di hadapan kelas. Aku mengalihkan sedikit badanku sambil mengomel kecil, "Tak kan tak boleh lalu kot. Aku bukan besar pun."

Kisah itu berlalu beberapa ketika tanpa aku ingati. Namun ia kembali berlegar di ruang mata saat aku sedang menunggu pakwe adikku di foodcourt untuk pulang ke rumah selepas kuliah. Lama pula terpaksa menunggu pada hari itu sehingga aku dihimpit rasa bosan, aku pun meluaskan pemandangan. Eh, betul ke mengusya-usya sekeliling meluaskan pemandangan? Layankan saja lah labu.

Petang itu, adikku kata, dia ada hal. So, aku kena tunggu dia lama sedikit berbanding kebiasaannya. Aku memang merempit dengan adik aku ke kuliah. Sambil menunggu, aku konon-konon menelaah. Tak fokus pun sebab badan letih (alasan). Suasana foodcourt hingar-bingar dengan suara riuh-rendah pelajar yang tak reti duduk diam dan mahu pulang kerana foodcourt salah satu laluan utama pelajar untuk ke parking.

Kelihatan seorang jejaka tersenyum. "Macam pernah ku lihat, tapi di mana ya?," tertanya di benak hati. Aku hanya perasan mungkin. Dia senyum pada yang lain kot. Kembali berputar di kepala. Oh, dia lah yang minta lalu hari tue. Bukan besar sangat pun. Tiba-tiba aku tersedar bila adikku datang dan kami pulang.

*****

"Korang nak makan apa?," Nana bertanya sambil menggosok perutnya yang lapar. Masing-masing mula bangun, memegang dompet masing-masing ingin menuju ke kaunter makanan. "Aku tak lapar. Kau belikan aku air milo cincau. Tq," kataku sambil menghulurkan not RM 5 kepada Nana. 

Masing-masing senyap apabila makanan di depan mata. Aku menghadap air kegemaranku dengan penuh lahap sopan-santunnya. "Dik, ada orang kirim salam," tiba-tiba seorang kakak senior yang aku kenal datang berbisik kepadaku. Aku risik-risik, siapa yang berani-berani kirim salam kat aku (kirim duit ker, kereta ker, tak per lah juga), rupa-rupanya, "Mamat tue lagi!"

*****

Berlari-lari aku ke tandas kerana sudah tak dapat menahan untuk terkucil. Lama sangat menunggu pensyarah sampai aku sanggup menahan. Padahnya, yang ditunggu tak tiba, tetapi senior pula yang datang kerana diminta pensyarah untuk menjaga kelas bagi menjawab kuiz seperti yang dijanjikan. Cepat sajalah kuiz tue siap. Al-maklumlah, perbincangan beramai-ramai. Bincang okay, bukan meniru.

"Sapa kat dalam. Cepat sikit boleh tak?," nampak sangat aku sudah tidak tahan di situ. Lama pula menunggu minah kat dalam tue membuang. Apa sajalah yang dibuangnya di saat-saat kecemasan nie. "Kau rupanya Fie. Aku ingat sapalah. Apa yang kau buat lama sangat kat dalam tue?," tak sempat dia menjawab, aku kerkocoh-kocoh masuk mengambil tempat. Dari dalam, aku menjerit, "Tunggu aku tau. Balik kelas sama."

"Eh, tak nak lah. Malu aku. Jangan tinggal aku. Jom masuk tandas balik," aku merayu kepada Fie bila tiba-tiba saat kami keluar dari tandas, aku ditunggu oleh seseorang. Mukaku merah padam menahan malu kerana saat keluar tadi, pastinya budak itu melihat tindakan tak senonoh aku membetulkan kain yang senget. "Hensom giler weh. Dah orang suka, terima je lah," Fie mengejekku sambil memuja-muji budak tue. 

Belum sempat kami keluar tandas, "Dik, abang tue kirim salam." Kakak yang sama berkata perkara yang sama sekali lagi. "Kak, minta tolong. Adik segan lah. Minta dia jangan dekat situ. Adik nak masuk kelas," aku bersungguh meminta kakak itu menghalaunya memberitahunya supaya beredar.

*****

"Aku terima nikahnya ****************** dengan mas kahwinnya RM***** tunai." Sah. Bergema suara seorang lelaki melafazkan akad di ruang masjid itu. Kelihatan juraian air mata kesyukuran pada pengantin perempuan. Syahdu sungguh saat itu. Dipeluk kedua ibu bapa tanda restu mengiringi bersama. 

"Terima kasih sayang kerana menerima cinta abang. Kalaulah abang tak sabar, mesti abang tak dapat sayang. Abang mohon, sayang percaya pada abang. Paras rupa ini hanyalah ujian dari Yang Maha Esa. Kita sama-sama bina masjid cinta kita," kata-kata yang aku dengar tulus dari hatinya. Aku berdoa, moga jejaka ini tak berubah hati. Kalau dulu aku sangat bimbang dia mencari yang lebih menawan, kini aku yakin, hatinya telah ku tawan.

*****

Aku belum berkahwin. Part yang terakhir tue harapnya menjadi kenyataan. Nak percaya ker bila dia kata aku cinta pandang pertamanya? Aku sungguh bimbang. Namun di suatu sudut, aku akui, dia bersungguh walaupun aku selalu menghindari setelah hampir 4 tahun. Aku tak pasti kalau jejaka lain. Sanggup ker tunggu atau hanya kata manis di bibir untuk memikat.



Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kerana aku perempuan itu.

7 comments:

Fyzal said...

4 years - that pretty long period. I believe that guy has true love in his heart.

I have a friend who waited for 7 years but takde jodoh orng kata.

humbleyat said...

wow..tapi terpulang juga kpd individu..tapi ada juga yg lelaki matang berpendpat, lelaki ni cepat jemu betul ke..?wallahualam..:-)

chenta said...

saya tak jumpa lagi orangnya..huuu

izfanora said...

@fyzal: hope so.. harapnya dia tak mensia-siakan..

izfanora said...

@humbleyat: kita pun xtahu.. tp, manusia itukan berbeza.. :)

izfanora said...

@chenta: nantikan kemunculan mr. right kamu.. :)

chenta said...

amin.. ^_^