Friday, February 18

hormati cikgu anda


wah...perasan tak, aku terlepas satu entry minggu lepas, sume sbb gara2 idup aku yang masih terumbang ambing di bumi baru ni...

sekarang ni, aku masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri, so, masih lagi belajar dan belajar...yelah kan, pembelajaran itu adalah satu proses yang berterusan dan tak pernah berpenghujung...

apa yang aku nak kongsikan kat sini, adalah pengalaman pertama aku di sekolah baru, tempat baru...mungkin takdelah menarik sangat, tp ada something yang aku nak share bersama kalian sume
buat masa sekarang ni, aku masih belum dapat jadual sepenuhnya, so, masih lagi tatau kena ngaja sesi pagi ke petang...tp awal2 ni, aku gi sekolah pagi2...pastu kalu kena sit in, masuk kelas sit in, pastu wat kerja2 seokongan yang lain...memang tak pernah duk diam...

ada sekali aku masuk kelas, budak2 buat donno je kat aku, bagi salam jauh sama sekali...ada sorang students ni, duk pecah2kan cermin tingkap, aku tegur dengan lembut, sebab aku takmo nnti dia luka, tp aku plak yang kena sound sebab sibuk2 pasal hal dia...adeh...

pastu, ada students mintak nak kuar rehat awal, aku nasihat, sabar, nnti kita kuar rehat sama2...lagipun, masa tu, lagi 10minit nak rehat, tak bolehla kuar sesuke ati kan...alih2, aku jugak yang kena maki hamun, sebab halang dia kuar rehat...adeh...

sesungguhnya, kami guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan students sepanjang di bawah pengawasan kami...jadi, kalu ada berlaku pape, kami jugak yang dipersalahkan...bila mahu menjaga students, kami jugak yang dipersalahkan...jadi, di mana hak kami sebagai guru?

aku perasan sesuatu, pelajar ari ni semakin kurang menghormati guru mereka, tak kisahla guru tu mengajar kita atau tak, kita wajib hormat mereka sebagaimana kita hormat masyarakat di sekeliling...so, kepada semua students, sama2la kita hormat menghormati sesama insan...tak salah rasanya untuk kita saling hormat menghormati bukan?

notakaki : aku sedih

Mengenai Penulis Entri Ini :
therosputih juga penulis untuk blog therosputih. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap hari Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label therosputih. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah sit in .

10 comments:

nn said...

makin lama, makin tak ada adab budak-budak sekarang. tulah jadinya bila dididik dengan internet and TV. diorang banyak terpengaruh. bila dah terpengaruh dari kecik susah sikit lah nak beza mana baik mana buruk.

budak-budak dulu pun ada yang kurang ajar tapi tak ada lah sampai macam apa yang diperihalkan dalam entri ni.

therosputih said...

nn
susah...zaman sekarang ni, ibu bapa lebih percayakan anak2 daripada sistem persekolahan....

dulu, ibu bapa bagi rotan kat guru, suh rotan anak dorang, supaya anak dorang jadi insan yang baik, pendek kata jadi manusia...sekarang ni? usahkan rotan, sentuh, cubit, sume tak boleh...

g0m0k9enDek said...

tu lah masalahnya.. bila guru nasihat anggap guru mengahalang kebebasan mereka. sedangkan niat guru nak beri yang terbaik untuk anak murid.. tapi?

Aida Ismail said...

InshaAllah lagi dua tahun cikda jadi cikgu jugak. Lecturer cikda yang dekat sini, even they're British, but they totally understand how Malaysian students behave sebab diaorang dah pernah observe Malaysian schools. They said teachers should not show their friendly image to their students. We may choose to be friendly if we want to, tapi bukan mula mula. Bagi imej tegas, sebab nanti kalau tak diaorang akan pijak kepala. But as time passes kita boleh slow slow show our friendly manner. Students should be taught the manner of "respect"

therosputih said...

g0m0k9enDek
itulah...kadang2 terfikir, pada siapa harus aku mengadu ttg isu sebegini...

therosputih said...

Aida Ismail
gud luck ye cikda...nnti sama2lah panjangkan ukhuwah antara cikgu2 nih...

setuju ngan pendapat lecturer cikda...nnti nak apply lah...hehehehe

anyss said...

Salam,
Sokong pendapat cik Da. First time masuk kelas kena jadi KEJAM, ganas, garang, tak bagi muka...bagi peluang depa setkan dalam kepala yang depa tak boleh main2 dengan kita.Suara juga kena kuat.

Lepas tu pelan2 boleh berlembut dengan depa...


Terkini di blog saya;

Berapa banyak Cukup Untuk Kita

therosputih said...

anyss
betul tu, mula2 masuk masyaallah, garang je, dah lama2 nnti boleh la nak berlembut ngan dorang...

r.k said...

ghua ingat ghua dah cukup iblis dah masa sekolah dulu , budak sekrang lagi dajal rupanya ..
tapi akhirnya , guru juga yang kena pilih cara untuk menggubah budak-budak ni .. though job yo !

thats why ghua taknak jadi cekgu .. XD

therosputih said...

r.k.
tulah, kadang2 aku respek ngan guru2 yang hebat nih...aku? pengalaman pun nan hado aje...