Thursday, February 17

Help me!!

Powered by BannerFans.com
Assalamualikum.
Apa khabar kawan-kawan semua. Semoga sentiasa sihat walafiat dan bahagia selalu disamping insan tersayang. Macam mana dengan sambutan Valentine Day korang? Buat apa hari tu? Ada yang sanggup buat macam-macam alasan untuk cuti pada hari Valentine Day sebab esoknya cuti Maulidur Rasul. Sambutan Maulidur Rasul kawan-kawan bagaimana pula? Ikut perarakan ke tidak?  



Valentine Day tahun ini tidak menerima sebarang hadiah. Ops! Jangan salah anggap. Saya tidak menyambut Valentine Day dan saya juga tidak punya kekasih. Cuma entah kenapalah dia rajin sangat hendak memberikan hadiah pada setiap Valentine Day. Entah apalah yang difikirkannya.

Sebenarnya saya ada masalah. Tetapi bukanlah masalah tentang kekasih mahupun lelaki simpanan. Sebenarnya blog saya bermasalah. Rasanya sudah beberapa orang menghantar msg ke Facebook saya mengatakan yang mereka tidak mendapat update terbaru dari blog saya. Tak sangka ada juga yang sudi membaca.

Pada mulanya saya hanya ingatkan mereka tidak mendapat update dari networked blog. Jadi saya hanya biarkan sahaja. Rupanya apabila saya check daripada bloglist sehari sepotong ayat rupanya kali terakhir saya update adalah 2 bulan yang lepas. Padahal saya update setiap hari. Patutlah jumlah pelawat saya selalu kurang. Rupanya mereka sangka saya sudah tidak update blog.

Saya sudah cuba untuk mengatur setting yang ada tetapi masalah masih tetap sama. Kawan-kawan, tolong bantu apa yang perlu saya buat?


Mengenai Penulis Entri Ini :
Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kuli melahirkan tuan

3 comments:

Fina Sophie said...

mgkin ada kod xml yg terbuang time edit2 layout kot dear :) feeds setting ada cek tak?

zahidah dihaz said...

fina sophie: thank...dah try cek dah...

chenta said...

huuu..saya tak tahu hal ni..maaf tidak dpt membantu