Wednesday, February 16

Fakta @ Auta : Sebab Lelaki Jadi Gay

Entry ini hanyalah pandangan aku semata-mata daripada penglihatan yang dipinjamkanNYA.. Bukan bermaksud apa-apa, cuma diharapkan apa yang ditulis tidak dijadikan isu sebagaimana nama yang digunakan mungkin merujuk kepada orang-orang tertentu.. Tiada apa-apa niat, sekadar penulisan biasa dan entry ini pernah disiarkan dalam blog peribadi sendiri di SINI.. Sila klik untuk meneruskan pembacaan..


*Gambar dari google*

Si Lelaki GAY : Tension dengan perempuan.. Sikit2 nak merajuk.. Bila tak pergi shopping mula nak tarik muka.. Macamlah muka tu cantik sangat.. Aku lagi cantik kot.. Dah tu, langsung tak memahami.. Kalo dia punya masalah, aku dah rasa macam dalam Zon Bengang HotFM.. Suka hati dia nak lepaskan marah.. Tension aku pulak, dia boleh tutup telinga dengar lagu "kalau cinta jangan kacau.. kalau sayang tak perlu marah.." Ceh! Yelah sayang, memang aku tak kan kacau dan tak kan marah sebab aku akan cari jantan!

*Gambar dari Google*

Si Lelaki GAY : Frust giler dengan minah tu.. Aku tau lah muka aku tak hensem macam Fahrin Ahmad, tapi aku ni sama level apa dengan dia.. Aku mudah nak menangis dan aku juga graduan dalam bidang undang-undang.. Ok, mungkin rambut aku tak macam Aidil Zafuan dan Adha Zaquan, tapi aku hebat jugak main bola tau.. Walaupun main peringkat sekolah je.. Banyak dah duit aku habis untuk belanja kau tengok wayang dan aku masih ingat lagi kita gelak sama2 tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah pastu kau peluk aku sebab takut tengok filem Khurafat.. Semua tu jadi memori terindah sayang. Tapi mengapa kau buang aku? Kenapa kau tak boleh terima aku as your boyfriend? Aku kecewa sangat sebab kau perempuan yang ke-7 tolak aku.. Baik aku cari jantan je!

*Gambar dari Google*

Si Lelaki GAY : Dah memang naluri I dari kecik perempuan, so? Tengok ni tangan I lagi lembut sebab I guna Johson's Baby.. Walaupun I bekerja keras kat dapur masak, tetap tangan I bersih, suci gitu.. Masakan I, maha hebat you all.. Kalah tiga orang anak dara pingitan jiran sebelah rumah I tu.. Dorang makan malam bukak yang ayam brands tu je.. Kadang2  lauk dorang telur dadar, telur mata lembu, telur rebus, tapi telur I dorang tak boleh usik tau.. No no no.. Bercerita pasal tangan, tangan I ni semua kerja perempuan I sapu  habis.. Lebih handal lagi, siap boleh jadi mak andam dan tempat Eric pun I boleh ganti.. Jangankan ruang tamu dan bilik tidur, bilik air pun I mampu deko cantik2 tau.. Macam rumah I and suami.. Opsss!

*Gambar dari Google*

Si Lelaki GAY : I memang tak tahan you tengok body macam ni.. Rasa nak terkam je.. Syok ape peluk2 lepas tu @#$%^&*(+ Maaflah sebab perempuan tak punya body macam ni, so I agak kurang bernafsu sikit..  Yang buat I bertambah tak tahan bila ada yang terbonjol.. Syaitan memang suka tau bisik2 kat telinga I suruh buat dosa ni.. Kadang2 tu memang termakan jugak dengan hasutan.. Nak buat macam mana, I bukan manusia yang sempurna.. Tapi perempuan seksi yang lalu depan I, I tak tengok sebab I rasa dorang gedik.. I benci sangat.. Tengok lelaki, kalau hensem sekali pun sentiasa cool.. Tu yang buat I cair you all.. With him!

(Nota Hatie : Jika ada yang tersama dalam kisah hidup kalian, mungkin ianya adalah kebetulan..)


Mengenai Penulis Entri Ini :
d_tieah juga penulis untuk blog d_hatie. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label d_tieah. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Ketahui Gred Url Blog Anda.

7 comments:

Wyna Nubies said...

Owh noo~sooo hell :P
ish3..'

kyle said...

hahaha....tuan blog nie laki ker pompuan ek?? :P just curious hehe

nn said...

"Homosexuality was a major force in ancient Greece. The warrior class considered themselves to be super masculine, and therefore the highest object of their affections and attention was other males. The preferred relationship was a seasoned soldier with a young boy. They viewed women as "breeders", an unfortunate necessity for continued population, but not ideal partners. In Sparta, each new recruit in the army (age twelve) was given to an older soldier to be his sex slave for two years. Plato and Socrates, the supposedly great Greek philosophers also were homosexuals, and lauded the practice"


diambil dari wall post member dekat Facebook. boleh jadi salah satu alasan/sebab lelaki jadi gay kan? tapi ni versi Greek purba. hehe

Kap said...

seseorang lelaki jadi gay, dan seseorang perempuan jadi lesbian sebab dia sendiri nak.
itu saja.

cik ain said...

kan bagus, kekecewaan tu ditebus dgn benda berfaedah.. ini tidak, kecewa dgn pompuan terus nk bercinta dgn laki pulak :p

anyss said...

Salam,
Tambah lagi satu sebab boleh? Kapel sama2 jantina ni payah sikit pejabat agama nak cekup...waqlaupun dah ada kes hu hu hu


Terkini di blog saya;

Berapa banyak Cukup Untuk Kita

Ahmad Haziq Azlan said...

menarik