Thursday, February 3

[Edisi Khas Dari Perantauan Mesir – Hak Kami Dinodai Pemimpin Berkuku Besi]




“They should have started these 30 years ago.”

“It should not be us, but our fathers should have done this for us. But, now, we have to do it for the sake of our future children.”

“He took everything from us; our food, medicine, education and our job. He took our money and feed his own mouth and his armies.”

Itulah yang keluar dari mulut seorang anak jati Mesir bernama Sya’rawi (bukan nama sebenar) yang kami jumpa Sabtu lalu.

Hendak dijadikan cerita, aku ke Mansurah pada hari Khamis lepas untuk menemui sahabat2 seperjuangan di sana. Pada hari Jumaat malam kami  berhajat untuk bertolak ke Kaherah namun terpaksa dibatalkan kerana rusuhan turut diadakan di Mansoura di kawasan stesen bas dan kereta api serta perintah berkurung yang baru dikeluarkan pihak kerajaan Mesir.  


Kami bertolak dari Mansoura pada keesokan hari dengan menaiki tremco. Setelah tiba di Syubra el-Kheima, tremco berhenti di situ kerana jalan ditutup dan tak dapat memasuki Bandar Kaherah. Kemudian kami berjalan kaki menuju ke Stesen Metro Syubra el Kheima tetapi dihalang oleh beberapa orang kanak-kanak arab yang memberi isyarat pistol. Kemudian kami ditegur seorang lelaki arab bernama ‘Amru. Dia memberitahu kami di depan sana terdapat rusuhan besar-besaran dan sangat bahaya untuk kami ke sana tambahan lagi perintah berkurung yang bermula pukul 4 petang sehingga 7 pagi. Pada waktu itu dah pukul 4 lebih dan kami berkira-kira untuk berpatah balik ke Mansoura ataupun bermalam di Tanta. Namun itu sangat mustahil kerana tremco dah tak beroperasi pada waktu ‘curfew’.

‘Amru menawarkan diri untuk membawa kami bermalam di rumah keluarganya yang berdekatan dengan tempat kami bertemu. Kami bersetuju disebabkan keadaan yang semakin gelap dan sangat merbahaya. Dalam perjalanan menuju ke rumah ‘Amru, kami bertemu dengan sahabat ‘Amru bernama Sha’rawi. Dia yang fasih berbahasa Inggeris memudahkan kami untuk berkomunikasi.

Kami dibawa ke pedalaman kawasan apartmen2 kecil. Jalan tanah yang kami lalui begitu sempit. Anak-anak kecil berlari di celah-celah kami dan tertarik dengan kehadiran kami, warga asing, di kawasan mereka. Anak-anak tangga yang kami naiki terlalu kecil dan sangat gelap. Kami tiba di rumah keluarga ‘Amru. Kedatangan kami disambut meriah oleh ahli keluarga ‘Amru. ‘Amru masih bujang dan merupakan anak kedua dari 6 orang adik-beradik. Tidak lama kami duduk dan berborak dengan Sha’rawi dan ‘Amru, kami dihidangkan dengan hidangan arab; Roti ‘Isy baladi, jeruk tomato, scramble egg, kentang goreng dan lada hitam. Bagi dua orang mamat yang bersama aku, Iswan dan Azam, mereka kelihatan agak tak biasa dengan makanan arab. Bagiku, apa yang ada di depan aku nilah makanan yang paling sedap pernah aku rasa. Mana ada kat Malaysia beb! Haha.

Setelah selesai makan, tiba-tiba terdengar bunyi kecoh di bawah bangunan. Kami semua menjenguk ke luar tingkap. Kelihatan beberapa lelaki keluar dari rumah sambil membawa kayu dan berlari ke suatu arah. Kulihat di sekeliling. Para wanita semuanya menuju ke beranda rumah untuk turut serta melihat peristiwa yang berlaku. Juga terdapat sekumpulan lelaki berjalan laju sambil membawa pistol dan masuk ke setiap rumah di tingkat bawah.

“Don’t worry, it is usual that people from other village to come and attack our village. They took whatever they want from us.”

Aku terkejut. Beginikah kehidupan yang mereka lalui setiap hari? Mereka yang hidup dalam kedaifan saling bergaduh sesama sendiri untuk teruskan hidup. Kami kemudian dipindahkan ke rumah abang sulung ‘Amru berhadapan dengan bangunan rumah keluarganya. Di sana, kami berbual panjang tentang rusuhan yang berlaku dan tentang Malaysia.

“If we didn’t have money, we will not have anything includes education, job, medicine, and food. All we can do is just open a small shop and sell anything or repair anything. That’s how we live here. The rich becomes richer, the poor becomes poorer. We didn’t get anything from the government.”

Tapi, satu yang membuat aku respect mereka, mereka saling membantu di antara jiran.

“We here are like a family. We happy together, we cry together.”

Sha’rawi sudah berkahwin pada tahun lepas dan mempunyai seorang anak perempuan yang telah meninggal dunia 15 hari selepas lahir.

“When I hold the baby, I already know that she will die because her appearance is like an angel from heaven. I also have a brother that died after his birth. My mother also said the same thing before. The baby will die because he has angel-like face.”

I wonder how angel-like face baby looks like. Tapi cerita Sha’rawy membuatkan aku menangis di dalam hati. Betapa pedihnya hati seorang ibu apabila dapat tahu bayi yang dikandung dan dilahirkan tidak dapat hidup lama.

“When I lost her, I feel like I’ve lost a part of my life. Allah loves her more.”

‘Amru pula masih bujang. Semua adik-beradik ‘Amru peramah. Ramai yang datang ke rumah abang ‘Amru kerana ingin bertemu dengan kami.

“You come here like a sunlight that shines our house.” Kata abang ‘Amru.

Begitu sekali mereka memuliakan kami sebagai tetamu. Pagi keesokan harinya, kami dihidangkan dengan sarapan lazim masyarakat arab; Roti ‘Isy baladi, foul (kacang) dan to’miyyah. Kemudian kami dihantar ke rumah dengan selamat oleh rakan ‘Amru. Kami rasa sangat terhutang budi dengan ‘Amru dan Sha’rawi. Bukan senang untuk jumpa dengan manusia yang baik seperti mereka. Walaupun hidup susah, mereka masih ingin membantu kami.

“Muslims are brothers and sisters. We have to help our brother and sister whatever it takes. Our president is not a good Muslim because he only thinks for himself and leaves us abandoned. ”

Aku sempat berkata kepada Sha’rawi, “You have helped us. One day Allah will send people to help 
you.” Dia hanya tersenyum. Aku sungguh berdoa supaya mereka mendapat hak mereka kembali. Segalanya di dalam tangan Tuhan. Dia yang tetapkan segalanya. Yang penting, kita usahakan apa yang kita mahu, the rest is up to Allah. Sungguh banyak pengajaran yang aku dapat semalaman tinggal bersama masyarakat miskin Mesir. Satu cebisan pengalaman berharga buatku. (^______^)

Written by Kimmy Ai straight from Terminal 3, Cairo International Airport. Sedang menanti flight ke Turki esok pukul 3.50 pm waktu Mesir. Dari Turki then to Greece. 12hb Feb ni baru balik ke Malaysia. Asada Ryutaro telah selamat berangkat ke Jeddah pukul 2 pm waktu Mesir tadi. Koshary tak dapat dihubungi. Doakan kami selamat pulang ke tanah air. ;)



Mengenai Penulis Entri Ini :
Kimmy Ai juga penulis untuk blog Rottkappchen's. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Kimmy Ai. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Turki-Greece in love. Bye Egypt~.

17 comments:

afifaa. said...

sedih dengan keadaan di sana. simpati dengan nasib pelajar Malaysia.

semoga semuanya selamat. InsyaAllah. Sesungguhnya Allah bersama kita.

humbleyat said...

alhamdulilah ada juga khbar berita dari kimmy..rasa lega sesangat...:-)

Zaiya said...

terharu membaca cerita ni.. huhuhu.. smpai masuk p jantung..
Semoga kamu semua selamat dan berjaya keluar dr sana...

wanie m'nJ said...

tu la,pemimpin yang menyebabkan rakyat hancur skrg ni.sedih kan bila ingatkan rakyat kita kat sana.moga Allah limdung mereka dari segalanya...amin44

Mummy Nana said...

Alhamdulillah..... syukur... semoga selamat segala galanya.. mmg sedih membaca, mendengar apatah melihat sendiri... Semoga Allah melindungi kita semua....

Sam Posmen said...

semoga semuanya selamat sampai di Malaysia.

dan berharap revolusi yang berlaku di Mesir berjaya seperti yang berlaku di Tunisia sebelum ini

ezzu said...

sedih dgn cerita nie..pe2 pun hrp semua selamat...lgipun kwn ezzu ad 2 org yg blajar kat sana...

Miss Kira said...

kira doakan sis n bro selamt pulang..
amin...

Zulkifly Omar said...

sedih dengar benda macam ni... entry ni dpt bagi gmbaran macam mana keadaan kat sna.. harap semua balik selamat...

kusut said...

alhamdulillah semua ok
koshary ok nampaknye. kat twitter ade la dia sebut dia balik msia harini kot

@livingkoshary <-- twitter dia

therosputih said...

semoga semuanya selamat...

anyss said...

Salam,
Kimmy, Asada & Koshary: moga kalian kembali dengan selamat. Ketika kita sedang menuntut ilmu, kita adalah pejuang...andai gugur, maka gugurlah sebagai SYAHID.

InsyaAllah, semuanya akan selamat.

chenta said...

alhamdulillah semuanya ok...risau gak bila memula tahu psl rusuhan..terus teringat rakan2 penulis yg berada di sana...

nn said...

semoga semuanya selamat di sana. sedih hari-hari dengar/baca berita pasal benda ni. tapi nak buat macam mana. ni je lah kot jalan yang rakyat ada untuk jatuhkan pemimpin yang macam tu. hopefully semua kematian dan pengorbanan tak jadi sia-sia.

koshary said...

aku pun dah selamat sampai ke tanah air kelmarin =)banyak halangan dia tapi syukur Alhamdulillah.

kimmy, ini pengalaman paling berharga and thank you sebab kongsi dengan kitorang, nanti bagi number telefon yehh, ada patut datang mansoura aku tak belanja makan, at least bakso :D

terima kasih atas doa anda semua, kimmy take care dan selamat ke turkey, greece and malaysia, asada, semoga anda selamat pulang nanti kita lepak kedai mamak :D

zahidah dihaz said...

semoga semuanya selamat di sana dan selamat dalam perjalanan kembali ke tanah air...


Hari pertama

anyss said...

Koshary: Alhamdulillah dah selamat balik Malaysia. Belanja orang Malaysia pulak ya ;) Kimmy lambat lagi nak balik untuk dibelanja...belanja kami dulu hu hu hu