Wednesday, February 2

Dilema Penunggang Motosikal Wanita

Salam perkenalan buat semua pembaca di sini dan semoga setiap pertemuan dan perpisahan itu adalah kerana ALLAH. Seperti yang kita sedia maklum, penunggang motosikal adalah antara pengguna jalan raya yang mempunyai risiko tinggi untuk mengalami kemalangan jalan raya. Kebanyakan kemalangan yang menimpa mereka ini juga sering kali membawa maut. Saya sebenarnya bukan nak sentuh tentang statistik berkaitan kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal.

Sebaliknya saya ingin menyentuh serba sedikit isu tentang sikap pengguna jalan raya yang lain terhadap si penunggang motosikal terutama bagi golongan wanita ini. Sering kali kita lihat terdapat beberapa aksi kurang sopan si pengguna jalan raya yang lain apabila mereka melintasi penunggang wanita. Antaranya ialah pemandu lori akan membunyikan hon dengan sengaja seolah-olah si penunggang wanita ini menghalang laluan mereka. Mereka juga turut menjenguk ke luar tingkap sambil menyengitkan mata atau melemparkan senyuman.

Apakah maksud di sebalik bunyian hon sebentar tadi? Adakah si penunggang telah membuat apa-apa kesalahan yang tidak sepatutnya atau adakah si pemandu lori ingin menunjuk kenderaan yang besar tidak setanding dengan yang kecil? Selaku pengguna jalan raya kita hendaklah sentiasa berhemah dan saling menghormati antara satu sama lain apabila berada di atas jalan raya. Hal ini kerana kita mampu mengelakkan sebarang kemalangan yang berkemungkinan boleh meragut nyawa sesiapa sahaja.

Selain itu, terdapat juga pelbagai bunyi-bunyian dan siulan yang sering dibuat-buat oleh kaum adam yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Bunyian seperti ini boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual sebenarnya. Selaku insan yang bernama manusia, di manakah kebijaksanaan anda sepanjang menggunakan jalan raya? Seboleh-bolehnya bertindaklah secara bijak dan belajarlah menghormati orang lain.

Sikap menghormati antara pengguna jalan raya yang lain mampu mengelakkan kemalangan jalan raya yang sering berlaku di Malaysia. =)

Mengenai Penulis Entri Ini :
Pearl Apple juga penulis untuk blog Pearl Apple. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Pearl Apple. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Melayu is Races, ISLAM is Religion, Tolong Lar Bezakan Dengan Bijak Sikit.

10 comments:

una berry said...

betul tu. slalu kena sampai terkejut. kadang2 naik kereta pun kena. xfahamlah.

d_tieah said...

Suka entri ni sebab selalu sangat hadapi situasi yang mcm tu..
Serius, meluat ok..
Kenapa kaum adam tak boleh ke nak tengok kaum hawa naik motor???
Ape motor tu memang hak milik lelaki je ke?
Siot je kan..
Tak pelik pun perempuan tunggang motor..
Bukan nya dorang bogel atas motor!
Bencilah sebab aku adalah penunggang motor jugak!
Nak naik keta je selalu susahlah sebab minyak pun naik harga..

Latest entry : Misi Menyelamatkan Pelajar Malaysia di Mesir dan Hosni Mubarak Umum Berundur
Latest entry : Lagi Isu Krisis di Mesir dan Nasib Rakyat Malaysia

therosputih said...

pengalaman sendiri, kena hon lama2 dek satu kete penuh ngan laki mcm kita ni buat salah besar, tatau salah apa, pastu saya kejar, lintas, bagi hon terbaek punya...siap jeling lagi kat dorang...huh...

lelaki miang, gatal...salah orang la dorang ari tu nak buat hal gitu...

CouLeur de Chiqu3 said...

sllu je jumpe gitu...WAJIB but bodo saje..

kusut said...

hish teruk sungguh kaum adam ni.

:D

aku rase la kan. org2 yg buat bunyi2 camtu tujuan dia adelah utk express interest. tapi, cara dia adalah sangat salah sangat offensif dan jugak sangat tak gentleman (tak jantan).

agaknye betul kot, ramai lelaki melayu ni kurang romantik tapi terlebih rempit kot

chenta said...

saya seorang perempuan yang tak reti bawa motor...heheheh

Zulkifly Omar said...

pandangan aku la kan... perbuatan macam tu ble dikira gangguan seksual woo.. huhu yer la... dah nampak perempuan cantik bawa motor.. dorang kacau2 larr.. cuba laki yang bawak.. kalau kena siul juga.. ntah lah.. haha samada yang bersiul tu ada masalah atau laki yg bawak motor tu ppakai skirt.. haha

humbleyat said...

situasi yg biasa..kira gannguan yg sengal ni..tak selesa kot. diskriminasi atau mencari peluang? :-)

nn said...
This comment has been removed by the author.
nn said...

tu namanya diorang bosan. and gatal. and takde kerja. kesian ek kalau naik motor cemtu. dah lah tak ada extra protection.

kalau naik kereta kena kacau pun dah seram. ini kan lagi naik motor.