Thursday, February 24

C.I.N.T.A - Gay Vs Lesbian?

Powered by BannerFans.com

Assalammualaikum.
Apa khabar kawan-kawan? Semoga sentiasa sihat walafiat dan semoga sentiasa bahagia disamping insan tersayang. Hari tu saya ada menonton movie Jepun. Tajuknya "The Handsome Suit". Kisah yang berkisarkan tentang seorang lelaki yang hodoh. Kemudian sempat lagi menonton drama Segi No Mikata. Kisah dua orang adik beradik perempuan. Si kakak yang kejam selalu membuli adik dan mempunyai perangai yang pelik. Sebelum itu menonton drama Yamato Nadeshiko Shichi Henge. Kisah tentang perempuan yang berubah sikap gara-gara cintanya ditolak.


Semuanya pun kisah tentang cinta. Cinta yang mampu mengubah seseorang. Dari perangai yang jelik kepada yang baik. Namun cinta juga yang memusnahkan. Dari seorang yang normal kepada seorang yang penakut dan terlalu merendah diri.


Dalam semua drama dan movie di atas, pasangan mereka mampu menerima diri pasangan masing-masing. Menerima kebaikan dan keburukan yang ada pada diri kita. Itulah yang dikatakan menerima seadanya apa yang dianugerahkan.

Kalau dalam movie, semuanya nampak indah. Adakah perkara tersebut berlaku dalam dunia nyata? Mungkin ada tetapi agak sukar untuk dijumpai. Mungkin orang lain sudah bertemu, cuma saya sahaja lagi yang belum menjumpai orang yang sanggup menerima keburukan dan kekurangan diri saya. Serta saya belum lagi menemui orang yang mampu saya terima kekurangan dia.

Tiga kali kecewa kerana cinta, mungkinkah itu sebagai penyebab takut untuk bercinta lagi? Dan adakah itu akan menjadi punca kepada lesbian? Saya pernah terbaca  kenapa lelaki menjadi gay penulisan dari d-tieah dan kemudian jom kenali ciri-ciri lelaki gay penulisan myravea. Tetapi tiada pula  yang menceritakan tentang lesbian.

Semasa menghadiri seminar IEM, berkenan pula dengan salah seorang penceramah. Tetapi dia adalah perempuan. Entahlah kenapa saya selalu tertarik dengan perempuan yang bercirikan lelaki a.k.a tomboi. Tetapi kena juga melihat ciri-cirinya yang lain. Kadang kala saya terasa bimbang sekiranya saya adalah songsang. Semoga dijauhi.

Rasanya prasaan saya terhadap dia bukanlah cinta, tetapi hanya kagum. Ya! Saya yakin tentang itu. Sebab mukanya nampak muda tetapi sudah mempunyai 10 tahun pengalaman dalam Ground Sources Energy. Sudahlah pernah bekerja di Eropah. Dan saya juga masih mempunyai ciri-ciri lelaki idaman. Semoga saya dijauhi dari sikap yang dilaknat oleh Allah. Amin.


Mengenai Penulis Entri Ini :
Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Keputusan SPM 2011

3 comments:

d_tieah said...

Thanx sebab bc sy punya artikel..
Sebenarnya semalam nak post pasal cerita lesbian tu..
Tapi masalahnya, tetiba line tak elok plak..
Next week lah insya Allah post pasal tu ek..
Dalam blog sendiri ade, dalam bulan januari kalo tak silap..

Entry Terbaru: Masturah Abu Bakar Sangat Popular Dari Ben Ashaari

Aida Ismail said...

benda yang kita mintak jauh sangat sangat. Semoga Allah sentiasa bersama kita. Amin =)

Fina Sophie said...

entri jujur =)