Wednesday, February 2

Cantik Saja Tak Cukup...

Salam yuolls!
Kalau nak tanya semua orang tentang definisi cantik ni memang penatlah kan. Semua orang ada pendapat. Maklumlah orang kampung Texas aku kata 'beauty is in the eyes of the beholder' kan. Ada orang kata nak cantik kulit harus putih, hidung harus mancung, kalau yang free hair tu rambut ikal hitam berkilat, bibir merah, alis nipis...macam-macam! 

Seorang kawan baik aku selalu merungut. Dia kata dia gelaplah,tinggi sangatlah, berat dah 60kg jadi sudah gemuklah, kulit tak licin mata tak bersinarlah, rambut tak sihat...tapi kalau nak dibandingkan dengan aku, aku lagi gemuk, what! Sekarang dengan berat mencecah 100kg, kulit agak cerah dari dia tapi ada masalah jerawat dan ekzema dan lebih rendah dari dia. Tapi dia kata aku nampak confident saja, pakai apa pun cantik. Yaw, bukan nak puji diri ye hehe!

Pada aku pula dia dah cukup cantik dan boleh pakai kebaya, aku tak boleh! Apa lagi yang dia tak puas hati?

Pada aku, seseorang itu cantik bila dia menyenangkan. Sedap mata memandang pun cukuplah walau tak secantik Miss World. Dan setiap kali berinteraksi, dia nampak yakin dengan diri sendiri dan kita pun rasa selesa dengan dia. Tak perlu spesifikasi macam yang ditulis di atas tadi.

Makanya cantik fizikal saja tak cukup untuk buat orang sukakan kita. Macam mana kita bawa diri kita dengan orang, personaliti diri yang menarik, minda yang positif, mesra serta budi bahasa yang tinggi dah cukup untuk dikategorikan sebagai cantik. 

Kecantikan fizikal ni sangat subjektif dan berlalu mengikut peredaran masa. Masa muda cantiklah, lama-lama tua juga. Cantik juga berbeza mengikut budaya. Pada zaman Cleopatra, perempuan yang berbadan gempal diiktiraf sebagai cantik. Di era Hei Jepun, perempuan yang cantik ialah mereka yang bergigi hitam, maka berlumba-lumbalah mereka warnakan gigi. Masyarakat di China satu ketika dulu terpaksa menahan sakit untuk mengecilkan kaki, dan kaum Kayan Lahwi pula pakai rantai tembaga untuk panjangkan leher. 

Jelas tak yang CANTIK itu maknanya berbeza-beza?

Jadi tak perlu dengar cakap kawan sekuliah kau yang slim, kulit putih, pakai tudung Hana Tajima, bumper depan belakang tip top yang kata kau gemuk atau hodoh. Sebab mereka tak semestinya cantik 'dalam'. Sebab kau ada hak untuk jadi diri sendiri. Sebab Tuhan dah jadikan semua makhlukNya cantik termasuk diri kau. 

Tuhan bagi satu kelebihan, Tuhan juga bagi satu kekurangan.

Haih. Sekian dulu. 
Toodles :D

p/s: Gong Xi Fa Cai, Xinnian Kwai Le!




Mengenai Penulis Entri Ini :

Clarky Afif juga penulis untuk blog Naked Eccentricity. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Clarky Afif. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Birthday Wishlist 2011 .

10 comments:

Mr. TN_SkY said...

Cantik itu subjektif bukan? hehe :-D

KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA???

kusut said...

btul kot. beauty lies in the eye of the beholder. mcm mane rupa pun, ada je orang yg akan rasa dia cantik.

ade sorang student yg aku kenal ni, dia rasa diri dia tak cantik. self esteem rendah. selalu kutuk diri sendiri.. and dia rasa semua orang tak suka dia.

padehal dia ade ramai kawan.

Fyzal said...

cantik saja perangai buruk tak guna gak kan? lagipun cantik subjektif, lain orang lain penilaian..

so there is no reason to be low self-esteem.

chenta said...

pernah gak buat entry pasal cantik ni...cantik memang sangat luas...dan setiap orang ada pandangan yang berbeza tentang cantik sebab mata kan tak sama.. ^_^

Zulkifly Omar said...

cantik tu subjektifkan mcm mr. TN cakap tu.. kadang ada orang muka perfect tapi perangai hancus.. tetap gak org tgk tak cantik... huhu.. kadang ada orang besa2 ja,.. tp sebab sikap dia baik.. orang kata dia cantik.. huhu

humbleyat said...

cantik yer..contoh, cuba tgok drama, ada wanita cantik jadi jahat, mesti dia terus namapak tak cantik kan..means our attitude is more important...agreed with u..:-)

therosputih said...

cantik itu hak peribadi...kwang3

Clarky Afif said...

all: yep betul tu. hii sekarang ramai yang nak cantik luaran je.

z said...

cantik..hmm..nampak lagi cantik kalau akhlak indah... =)

nn said...

bak kata lecturer aku - muka cantik tapi badan busuk pun tak guna. haha