Tuesday, February 22

Bersediakah anda?






Assalamualaikum rakan blogger sekalian. Bersediakah anda? Soalan dari aku untuk anda semua pada entri kali ini. Mengapa aku bertanya begitu? Sebab dalam apa jua keadaan dan ketika, itulah sebenar realiti yang patut ditanya oleh kita semua. Bersediakah anda untuk membaca entri aku hari ini?

Aku kehilangan semangat dan juga motivasi terhadap diri aku sendiri. Kenapa? Kerana aku tak bersedia. Aku tidak membuat apa-apa persediaan sehinggakan aku tidak bersedia untuk berhadapan dengan apa yang terjadi. Dalam segala hal, mungkin. Mengapa? Aku malas? Aku risau? Aku tidak berkemampuan? Yang pasti, kerana aku tidak bersedia.


Pernah korang semua berada dalam keadaan yang sama seperti yang aku lalui? Sangat perit dan mendukacitakan apabila sesuatu berlaku di hadapan mata, tapi kita tak mampu berbuat apa-apa, hanya kerana kita tak bersedia. Sama konsepnya dengan kita tahu kita akan mati (walaupun tak tahu bila), namun kita perlu bersedia untuk menghadapinya. Adakah kamu semua bersetuju dengan aku?

Sebagai pelajar, contoh paling mudah bila kita tak membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Baru sebentar tadi, dalam kuliah, prof aku ada menyentuh mengenai keberkatan dalam menuntut ilmu. Beliau bercerita dan berkongsi pengalaman tentang peluang besar yang terbuka di depan mata beliau untuk meniru semasa peperiksaan dijalankan (semasa beliau bergelar mahasiswa), namun kerana beliau berfikir akan keberkatan keputusan yang bakal diperolehi itu, beliau tidak meniru. Beliau bersedia untuk menghadapi peperiksaan itu dengan membuat ulangkaji, namun beliau diuji adakah beliau bersedia untuk memperolehi keputusan yang cemerlang berdasarkan 'peniruan' yang dilakukan?

Adakah anda bersedia untuk berkahwin? Mengapa persoalan ini yang ditimbulkan? Kerana, yang membaca blog ini majoritinya adalah golongan dewasa. Mungkin belum dan ada yang telah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin, bagaimana? Bersediakah anda dari segi kewangan? Bersediakah anda dari segi memikul tanggungjawab? Bersediakah anda dari sudut fizikal dan mental? Paling penting, ADAKAH PASANGAN ANDA BERSEDIA UNTUK MENJADI SUAMI ATAU ISTERI ANDA walaupun anda sudah bersedia dari segala sudut? Fikir-fikir dan renung dalam-dalam.


Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Cepat remove FB.

3 comments:

anyss said...

Salam,
Tak semua perkara kita kena buat bila dah bersedia. Tak bersedia pun kita kena masuk exam juga.

Ada kala, kita rasa dah bersedia sedangkan hakikatnya kita masih lagi belum sedia. bersedia itu subjektif sifatnya


Terkini di blog saya;

Berapa banyak Cukup Untuk Kita

syaftome said...

kalau ditanya tentang persediaan...
manusia tidak akan pernah bersedia dalam apa2 yg hendak dilakukannya...
tetapi mereka berani mengambil risiko...

kalau nak tunggu utk bersedia sepenuhnya...
pasti tiada apapun yg dpt dilakukan...

Fina Sophie said...

thats true, kdg2 kalau nak tunggu dah bersedia tu (terutama dr segi mental dan emosi), agak lambat kot if nak perfect serba serbi. so just trust in urself, and go for it.. ;)