Friday, February 25

Berkarok di K-Box... bagus ke?

Artikel ini adalah sumbangan daripada Ibu Iman

Ditakdirkan saya telah bertemu jodoh dengan Encik Suami yang berbakat menyanyi.
First time dengar dia karaoke (K-Box jer) saya terus cair.
Saya ingat lagi masa tu dia nyanyi lagu Broery - Biarkan Bulan Bicara
Saya suka bangat. Bangat. Bangat.
Sedap. (Bagi saya la, taktau pulak orang lain)
Sejak itu saya terus register Kipas-Susah-Mati kepada suami sendiri.
Dan sejak kenal dia lah saya mula kenal apa itu K-Box.

Sebenarnya kan, karaoke ni bagus.
Kenapa saya kata bagus?


* Bila menyanyi, kita MESTI membuang semua perasaan malu dan segan, Kalau malu, macam mana nak nyanyi? Nak nyanyi, suara mesti keluar. Teriak.
* Melatih kita untuk mengeluarkan sesuatu perkataan mengikut intonasi yang betul. Di sini advantage untuk kemahiran komunikasi seharian kita.
* Belajar mengawal pernafasan.
* Mengurangkan stress. Kalau rasa stress, pergilah pergi ke K-Box untuk menjerit, oops, sebaiknya menyanyi lah ye.
* Boleh berlatih untuk public speaking, bagaimana nak memegang mic, mengawal kenyaringan/kelantangan suara dengan memanipulasi penggunaan mic yang betul.

Kesimpulannya.
Karaoke melatih kita untuk membina keyakinan diri.
Ya. Build our self-confidence.
Kalau dah biasa pegang mic kat K-Box, bila ada public speaking takde la terketar-ketar pegang mic kat depan orang ramai.

Dulu saya pernah mengikuti ToT untuk menjadi fasilitator.
Dan kami memang digalakkan untuk berkaraoke supaya lebih confident bila berhadapan dengan peserta.
Sampaikan di ofis pun ada disediakan set karaoke.

Lamanya dah tak karaoke ni.
Gian jugak rasanya.

4 comments:

kusut said...

kebetulan aku baru 1st time pegi karaoke weekend lepas. utk menghilangkan rase curious. dgn harga AUD$56 sejam, kitorang 8 orang pegi la jugak.

and i have to say, aku setuju dgn positive things pasal karaoke ni. betul jugak culture karaoke ni banyak berkait dgn yg tak elok, tapi ade jugak baik dia. as long as kita semua pandai jaga diri, it is fine kan?

chenta said...

ye...tempat karaoke tu kot yg buat org pkr buruk..tp kalau kita sekadar utk menyanyi dan tak buat bukan2..takde masalah pun

Fina Sophie said...

do u know that hmpir smua rumah org2 di sbh ada set karoke? :P

humbleyat said...

tak pernak karoke..nyayi sorang2 selalu la..

but bila kita ada ilmu, keyakinan pun ada juga :-)